Neuer tutup rapat pintu kembali ke skuad Jerman

Neuer tutup rapat pintu kembali ke skuad Jerman

LEGENDA penjaga gol Jerman dan Bayern Munich, Manuel Neuer sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik balik keputusan persaraannya di peringkat antarabangsa.Kenyataan itu hadir selepas spekulasi kencang bahawa pemain berusia 39 tahun itu mungkin kembali menyarung jersi Die Mannschaft susulan masalah kecederaan berpanjangan yang menimpa penjaga gol utama semasa, Marc-Andre ter Stegen.Sebelum ini, Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer secara terbuka menyuarakan sokongan agar Neuer kembali beraksi untuk negara, namun idea tersebut ditolak Neuer."Kata-kata itu tentunya manis untuk didengar, tetapi beliau (Hainer) tahu keputusan saya dengan sangat baik. Jadi, saya hanya mampu tersenyum sedikit," kata Neuer kepada Bild selepas kejayaan Bayern menewaskan RB Leipzig 2-0 dalam aksi DFB-Pokal pada Rabu.Apabila diasak dengan pertanyaan sama ada keputusannya itu adalah muktamad, Neuer menjawab ringkas: "Ya."Situasi semasa menyaksikan penjaga gol Hoffenheim, Oliver Baumann kini berada di barisan hadapan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol nombor satu Jerman pada Piala Dunia akan datang.Neuer turut menyuarakan keyakinan penuh terhadap kemampuan penjaga gol berusia 35 tahun itu."Dia kini adalah nombor satu dan sedang melakukan tugasnya dengan sangat baik."Secara keseluruhannya, dia telah mempamerkan prestasi yang cemerlang, dan saya tentunya mendoakan yang terbaik serta sentiasa menyokongnya," ujarnya.

Guru bawa e-hailing didakwa cabul kehormatan penumpang wanita

Guru bawa e-hailing didakwa cabul kehormatan penumpang wanita

JOHOR BAHRU - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kenderaan e-hailing dipandunya, awal bulan ini.Tertuduh, Alvin Choo Chee Hong, 26 membuatkan pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.Berdasarkan kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita warga asing dengan niat hendak mencabul kehormatan dengan cara memegang tiga anggota badan wanita itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam kereta Perodua Bezza antara Kedai Emas Ros Merah, Jalan Harimau Tarum, Taman Century dan R&F Princess Cove, Jalan Tanjung Puteri 1, Tanjung Puteri di sini antara jam 5.30 petang hingga 6 petang, 1 Februari lalu.Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha'ari menawarkan jaminan RM10,000, namun dibantah peguam Mark Jeyakumar yang mewakili tertuduh.Mark berkata, anak guamnya hanya berpendapatan kira-kira RM3,000 sebulan dan jumlah jaminan yang tinggi di luar kemampuan tertuduh.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan 13 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.Sebelum ini, Polis Johor mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun berhubung kes cabul kehormatan terhadap seorang wanita warga Vietnam yang tular menerusi video di media sosialKetua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan polis diterima daripada mangsa yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual oleh pemandu e-hailing di dalam kenderaan yang digunakan suspek.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kemudian dilaporkan berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu e-hailing terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang wanita itu menyebabkan pemandu terbabit tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

[VIDEO] Guru bawa e-hailing didakwa cabul kehormatan penumpang wanita

Polis kesan dua penunggang motosikal lawan arus, halang kenderaan

Polis kesan dua penunggang motosikal lawan arus, halang kenderaan

KAJANG – Tindakan dua penunggang motosikal menghalang sebuah kenderaan di Jalan Cheras Perdana, Batu 11 di sini pada Selasa mengundang padah apabila mereka dikesan polis susulan video kejadian itu tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Polis Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video dimuat naik dalam media sosial berkenaan oleh seorang pemilik akaun Facebook.Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 5.40 petang."Dua penunggang motosikal terbabit didapati sedang menunda motosikal mereka yang mengalami kerosakan sebelum berlaku pertengkaran mulut dengan seorang pemandu kereta."Mereka kemudian bertindak menghalang kenderaan terbabit walaupun pemandu berkenaan berada di lorong yang betul," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Katanya, tindakan kedua-dua penunggang motosikal itu yang melawan arus bagi menghampiri kenderaan terbabit turut mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain."Kes disiasat di bawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.Menurutnya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan tindakan dua individu mengherdik pemandu sebuah kenderaan.Aksi itu kemudian berlarutan sehingga ke satu kawasan persimpangan lampu isyarat apabila salah seorang individu itu bertindak menghalang kenderaan terbabit.Kejadian dipercayai dirakam kamera papan pemuka kenderaan itu sebelum ia didapati tular di media sosial.

Singapura guna dron, robot kurangkan kos

Singapura guna dron, robot kurangkan kos

SINGAPURA:  Syarikat-syarikat di Singapura kini menggunakan dron, robot dan kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan bangunan. Ketiga-tiga teknologi itu digunakan bagi menjimatkan masa pemeriksaan, di tengah-tengah kos pembinaan yang meningkat dan kekurangan tenaga kerja. Pasukan pengurusan fasiliti di Hab Sukan Singapura hanya mengambil masa tiga hari untuk mengumpul dan menganalisis ribuan gambar dekat ... Read more The post Singapura guna dron, robot kurangkan kos appeared first on Utusan Malaysia .

Liverpool sedia tawar RM373 juta pancing Kounde

Liverpool sedia tawar RM373 juta pancing Kounde

KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dilaporkan bersedia mengemukakan tawaran bernilai £70 juta (RM373 juta) untuk mendapatkan khidmat pertahanan Barcelona, Jules Kounde.Langkah drastik The Reds ini difahamkan sebagai usaha memperkukuhkan benteng pertahanan mereka susulan keraguan mengenai masa depan Ibrahima Konate di Anfield.Kontrak Konate bakal berakhir pada musim panas ini dan pemain itu sering dikaitkan dengan perpindahan percuma ke Real Madrid sebaik sahaja kempen musim ini tamat.Biarpun prestasi Konate menunjukkan peningkatan ketara kebelakangan ini dan terdapat tawaran kontrak baharu di atas meja, Liverpool enggan mengambil risiko.Menurut laporan portal Sepanyol, Fichajes, selepas berjaya memintas Chelsea untuk menandatangani Jeremy Jacquet dengan nilai £60 juta pada Januari, Liverpool kini menyasarkan Kounde sebagai rekrut pertahanan seterusnya.Difahamkan, kapten Liverpool, Virgil van Dijk turut mendesak pihak pengurusan kelab untuk segera membawa masuk pertahanan bertaraf dunia bagi memastikan kelab itu kekal kompetitif.Kounde bukanlah nama asing bagi kelab Inggeris, memandangkan dia hampir menyertai Chelsea pada musim panas 2022 sebelum membuat keputusan menyertai Barcelona.Sejak itu, pemain antarabangsa Perancis tersebut menjadi tonggak utama di Camp Nou berikutan kualiti dan versatiliti yang dimilikinya, sekali gus menarik minat pengurusan tertinggi The Reds yang sedia meletakkan bidaan tinggi.Tawaran lumayan itu dikatakan mampu mengubah senario perpindahan tersebut. Barcelona yang masih bergelut dengan masalah kewangan dilaporkan sedia mempertimbangkan pelepasan Kounde pada harga berkenaan, walaupun pengurusnya, Hansi Flick menganggap pemain itu sebagai aset penting projek pasukannya.Laporan minggu lalu turut mendakwa saingan EPL merupakan satu 'godaan besar' buat Kounde yang selesa beraksi di posisi bek kanan mahupun pertahanan tengah.Selain Liverpool, Manchester United turut dikatakan memantau situasi pemain itu yang dilihat Barcelona sebagai peluang terbaik untuk menaikkan nilai pasarannya daripada €65 juta kepada €80 juta.

BAM tunggu keputusan Zii Jia, DinFei

BAM tunggu keputusan Zii Jia, DinFei

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) kini menanti keputusan pemain profesional, Lee Zii Jia serta beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sama ada bersetuju menyertai skuad kebangsaan pada kempen Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark. Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan pihaknya sudah menghantar jemputan rasmi kepada pemain-pemain itu bagi menyertai kem latihan ... Read more The post BAM tunggu keputusan Zii Jia, DinFei appeared first on Kosmo Digital .

Resolusi AGM Aneka Jaringan mendapat kelulusan daripada pemegang saham

Resolusi AGM Aneka Jaringan mendapat kelulusan daripada pemegang saham

PETALING JAYA – Para pemegang saham Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) sebulat suara meluluskan semua resolusi yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-7 yang diadakan semalam. Para pemegang saham  menerima Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025, berserta penyata kewangan yang telah diaudit dan Laporan Pengarah dan Juruaudit mengenainya. Antara ... Read more The post Resolusi AGM Aneka Jaringan mendapat kelulusan daripada pemegang saham appeared first on Kosmo Digital .