“Terkejut, bingung dengan apa yang berlaku”.- waris

“Terkejut, bingung dengan apa yang berlaku”.- waris

KAJANG: Keluarga kepada seorang kanak-kanak yang maut manakala dua adiknya kritikal dipercayai diberi minum metadon terkejut dengan kejadian yang berlaku sehingga membawa penahahan ibu bapa mangsa di Sungai Ramal Baru, di sini, hari ini. Salah seorang waris yang enggan dikenali berkata, dia berasa terkejut dan sedih dengan tragedi yang berlaku terhadap keluarga terbabit. Malah, ... Read more The post “Terkejut, bingung dengan apa yang berlaku”.- waris appeared first on Utusan Malaysia .

Empat lelaki ditahan robohkan kuil

Empat lelaki ditahan robohkan kuil

PETALING JAYA – Empat lelaki ditahan berhubung kejadian perobohan sebahagian sebuah kuil haram di kawasan Rawang, Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tangkapan dibuat susulan satu laporan polis yang diterima daripada seorang pengadu berkaitan insiden tersebut. Beliau berkata, turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah sebuah jentera traktor pertanian jenis backhoe yang dipercayai digunakan ... Read more The post Empat lelaki ditahan robohkan kuil appeared first on Kosmo Digital .

Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan kes rasuah RM3 juta

Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan kes rasuah RM3 juta

PUTRAJAYA – Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka akan direman pada Khamis berkaitan siasatan kes rasuah projek penambakan laut di sekitar Melaka.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menahan isterinya bagi membantu siasatan kes sama membabitkan nilai kira-kira RM3 juta.Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 2 petang pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki yang bergelar Datuk Wira dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara Februari hingga November 2021."Suspek disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi bagi projek penambakan laut di sekitar Melaka."Pasangan suami isteri itu juga disyaki menggunakan wang hasil rasuah berkenaan untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan penahanan pasangan terbabit.Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi tujuan permohonan reman.

Lelaki simpan RM2.1 juta dadah dalam kondo, kereta

Lelaki simpan RM2.1 juta dadah dalam kondo, kereta

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah bernilai RM2.1 juta selepas menahan seorang lelaki di kawasan tempat meletak kereta di sebuah kondominium di Bukit Mertajam di sini, semalam. Tangkapan terhadap suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, kira-kira pukul 4.25 ... Read more The post Lelaki simpan RM2.1 juta dadah dalam kondo, kereta appeared first on Kosmo Digital .