Ringgit ditutup mengukuh pada 3.92 berbanding dolar AS

Ringgit ditutup mengukuh pada 3.92 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya apabila mengakhiri urus niaga pada Selasa dengan mencecah semula paras 3.92 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).Prestasi itu dicatatkan ketika pelabur melakukan persiapan bagi tindakan selanjutnya menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2025 pada Jumaat ini.Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh di paras 3.9220/9260 berbanding dolar AS daripada paras 3.9325/9375 yang dicatatkan semalam.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pihak berkuasa China telah bertindak menasihati institusi kewangan negara itu bagi mengehadkan pendedahan terhadap bon-bon Perbendaharaan AS.Langkah itu katanya, hanya mendorong kepada pengukuhan yuan China berbanding dolar AS, sekali gus meningkatkan lagi nilai ringgit.Beliau berkata, ringgit juga terbukti mengekalkan pengukuhannya berbanding dolar AS, mencecah paras 3.9215 pada sesi pagi Selasa."Ringgit dilihat menjejaki aliran sama seperti yuan, susulan kaitan rapat antara kedua-dua mata wang itu pada pekali korelasi melebihi 90 peratus."Pada masa ini, ringgit mendapat sokongan baik dan pengumuman KDNK Malaysia pada Jumaat ini akan hanya memberi kewajaran seterusnya untuk mengukuh berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.Ini termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.5264/5292 daripada 2.5104/5137 semalam, rendah berbanding pound Britain pada 5.3610/3664 daripada 5.3482/3550 dan turun berbanding euro pada 4.6731/6778 daripada 4.6647/6707 sebelumnya.Namun, ringgit kebanyakannya ditutup mengukuh berbanding mata wang negara anggota ASEAN lain, kecuali susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0994/1028 daripada 3.0979/10.21.Ringgit naik berbanding rupiah Indonesia kepada 233.3/233.6 daripada 234.0/234.4, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.5866/6051 daripada 12.5876/6101 selain mengukuh berbanding peso Filipina pada paras 6.70/6.71 daripada 6.72/6.74 sebelum ini.- Bernama

Sumber pendapatan termasuk saham Azam Baki sudah diisytihar

Sumber pendapatan termasuk saham Azam Baki sudah diisytihar

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah media antarabangsa, Bloomberg, yang didakwa mengandungi pernyataan mengelirukan serta tohmahan tidak berasas terhadap Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki. Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan laporan tersebut bukan sahaja menjejaskan imej dan reputasi pegawai terbabit, malah secara tidak wajar mengaitkan suruhanjaya itu dengan ... Read more The post Sumber pendapatan termasuk saham Azam Baki sudah diisytihar appeared first on Kosmo Digital .

Dapat derma RM4 juta, ‘baham’ RM1juta, lama-lama kayalah – UAI

Dapat derma RM4 juta, ‘baham’ RM1juta, lama-lama kayalah – UAI

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah individu atau kumpulan yang menggunakan duit kutipan derma atau sumbangan orang ramai untuk kepentingan sendiri adalah haram. Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ketika ini ramai yang berebut-rebut menganjurkan kutipan derma untuk pondok ataupun pusat pengajian Islam, namun duit tersebut tidak sampai ke pihak sepatutnya. “Ramai sangat nak ... Read more The post Dapat derma RM4 juta, ‘baham’ RM1juta, lama-lama kayalah – UAI appeared first on Kosmo Digital .

Festival raya tanpa henti selama 88 jam bakal gegar WTCKL

Festival raya tanpa henti selama 88 jam bakal gegar WTCKL

PETALING JAYA – Festival raya berskala nasional dan antarabangsa, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, bakal mencipta fenomena apabila berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Festival yang bermula 12 Mac sehingga 15 Mac depan itu akan menggabungkan elemen keagamaan, perniagaan, fesyen, kecantikan serta hiburan patuh Ramadan. Pengarah Projek, ... Read more The post Festival raya tanpa henti selama 88 jam bakal gegar WTCKL appeared first on Kosmo Digital .

RM5 juta setahun bantu anak yatim, hilang keluarga akibat Covid-19

RM5 juta setahun bantu anak yatim, hilang keluarga akibat Covid-19

JOHOR BAHRU - Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) memperuntukkan kira-kira RM5 juta setahun bagi membantu kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim serta yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 sejak penubuhannya pada 2022.Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu digunakan untuk bantuan bulanan, bantuan pendidikan, sumbangan persekolahan serta bantuan khas sempena perayaan bagi memastikan kebajikan anak-anak terkesan terus terbela tanpa mengira kaum dan agama.Menurut beliau, YKM menanggung bantuan kewangan anak-anak penerima sehingga berusia 18 tahun, malah diteruskan sehingga ke peringkat pengajian tinggi di institusi awam dan swasta sehingga tamat pengajian ijazah pertama."Selain bantuan bulanan, YKM turut menyalurkan bantuan one-off sempena perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas, Kaamatan dan Gawai sebagai sokongan tambahan kepada keluarga penerima."Hampir 1,000 anak-anak di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif YKM setakat ini, dengan jumlah penerima dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya pada program ziarah kasih YKM di Jalan Merak Larkin Jaya pada Selasa.Hadir sama Pengerusi Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar.Sebelum itu, Ismail Sabri melawat guru piano Loke Kim Yen, 51 yang menjaga dua anaknya selepas suaminya meninggal dunia akibat Covid-19, lima tahun lalu.Anak sulungnya Soh Zhe Hon, 18, yang mengalami masalah pembelajaran kini belajar di Pusat Pendidikan Khas Integrasi SMK Tasek Utara 2 dan Soh Zhe Qi, 16, pelajar di SM Foon Yew.Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa YKM akan memperkenalkan kelas tuisyen percuma secara dalam talian tahun ini melibatkan 54 anak-anak YKM yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026, selain penganjuran program kem motivasi."Kelas tuisyen ini akan dimulakan seawal minggu depan dan dilaksanakan secara dalam talian bagi memudahkan penyertaan."Kita juga merancang untuk menghimpunkan anak-anak ini dalam satu program bagi membina motivasi serta semangat bekerjasama," katanya.

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah tidak berfungsi sebagai badan pemantau

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah tidak berfungsi sebagai badan pemantau

PETALING JAYA: Bidang kuasa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah disifatkan terbatas dan bukan bertindak sebagai badan pemantau. Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa berkenaan tidak membentangkan laporan di Parlimen, tiada perbahasan terbuka  dan tidak mempunyai kuasa untuk memanggil saksi atau membuat pendedahan. “Malah, ia hanya berfungsi di belakang tabir dengan kuasa yang terhad dan ... Read more The post Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah tidak berfungsi sebagai badan pemantau appeared first on Utusan Malaysia .

Azalina bentang agenda Reformasi Undang-Undang di peringkat Komanwel

Azalina bentang agenda Reformasi Undang-Undang di peringkat Komanwel

PETALING JAYA – Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan di pentas antarabangsa apabila menjadi negara pertama dari rantau Asia Tenggara membentangkan kertas perbincangan mengenai Pembiayaan Pihak Ketiga (Third-Party Funding) pada Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel 2026 (CLMM 2026) yang berlangsung di Nadi, Fiji hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk ... Read more The post Azalina bentang agenda Reformasi Undang-Undang di peringkat Komanwel appeared first on Kosmo Digital .