Malaysia perketat syarat pengecualian visa warga China kekang penyalahgunaan

Malaysia perketat syarat pengecualian visa warga China kekang penyalahgunaan

KUALA LUMPUR: Malaysia memperkenalkan langkah kawalan lebih ketat bagi memastikan pengecualian visa 90 hari kepada warganegara China tidak disalahgunakan untuk mendapatkan projek dan bekerja di negara ini Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mekanisme langkah kawalan itu dilaksanakan menerusi Perjanjian Pengecualian Visa Bersama antara Malaysia dan China. Beliau berkata, perjanjian itu ... Read more The post Malaysia perketat syarat pengecualian visa warga China kekang penyalahgunaan appeared first on Utusan Malaysia .

Wanita dipercayai beri tiga anak minum methadone ditahan

Wanita dipercayai beri tiga anak minum methadone ditahan

KAJANG – Wanita yang dipercayai memberi tiga anaknya minum cecair berbahaya jenis methadone sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut, ditahan pada Rabu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, wanita terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut."Penahanan suspek bagi siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut," katanya pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, manakala dua lagi adiknya berusia sembilan dan lima tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone di sebuah rumah di Sungai Ramal.Kejadian itu dipercayai terbongkar selepas ketiga-tiga kanak-kanak terbabit dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.Difahamkan, polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 9.01 pagi hasil laporan pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).Pihak hospital sebelum itu menerima tiga pesakit kanak-kanak lelaki pada jam 7.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk rawatan kecemasan.Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala seorang adiknya berusia lima tahun kini ditempatkan di ICU dan seorang lagi menerima rawatan di Zon Merah, Unit Kecemasan.

Aniq enggan lepas takhta Komanwel

Aniq enggan lepas takhta Komanwel

PUTRAJAYA: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan melaungkan amaran awal apabila tekad mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada Julai ini.   Perjalanan atlet Segamat, Johor itu ke Scotland bukan mudah apabila dia terpaksa bangkit daripada kecederaan tendon bahagian hadapan lengan kanan yang menjejaskan prestasinya sepanjang musim lalu sebelum kembali pulih sepenuhnya menjelang Sukan ... Read more The post Aniq enggan lepas takhta Komanwel appeared first on Utusan Malaysia .

DAP desak Azam Baki disiasat secara bebas

DAP desak Azam Baki disiasat secara bebas

SHAH ALAM – DAP mendesak kerajaan segera melakukan siasatan bebas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan pendedahan pemilikan saham beliau dalam beberapa syarikat.Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, siasatan perlu dilakukan pihak ketiga yang bebas kerana prinsip keadilan menetapkan Azam tidak boleh menjadi hakim kepada kesnya sendiri.Katanya, isu itu melangkaui soal pengisytiharan aset semata-mata dan menyentuh teras integriti serta ketelusan SPRM."Walaupun Azam menafikan sebarang salah laku berhubung sahamnya dalam Velocity Capital Partner Bhd (Velocity) dan menegaskan bahawa beliau telah mengisytiharkan saham tersebut dengan sewajarnya dalam syarikat itu, beliau masih belum mengulas mengenai dakwaan pemilikan sahamnya dalam Awanbiru Technology Bhd (Awanbiru)."Tidak syak lagi bahawa kedua-dua perkara ini mesti disiasat lanjut oleh pihak ketiga yang bebas kerana jelas bahawa Azam tidak boleh menjadi hakim dalam kesnya sendiri," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.Terdahulu, media melaporkan Azam turut memiliki pegangan dalam Awanbiru berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sekali gus mencetuskan persoalan sama ada pemilikan tersebut mematuhi peraturan had ekuiti penjawat awam.Sebelum itu media antarabangsa, Bloomberg mendedahkan, Azam, 62, didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh syarikat berkenaan kepada kepada Suruhanjaya SSM pada 3 Februari tahun lalu.Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin lalu.Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut membangkitkan persoalan sama ada pembelian saham tersebut dalam Velocity dibuat melebihi had nilai yang dibenarkan kepada penjawat awam mengikut pekeliling tatatertib perkhidmatan awam."Mengapa saham Velocity dibeli dan dilupuskan dalam tempoh hanya setahun? Mengapa saham tersebut dibeli tidak lama selepas Azam terbabit dalam satu lagi pembelian saham yang dipersoalkan pada 2021 di mana beliau mendakwa saham berkenaan telah dibeli oleh abangnya menggunakan nama beliau."Berdasarkan perkara-perkara ini, adakah terdapat pembelian saham lain yang meragukan oleh Azam dalam syarikat-syarikat lain?" soalnya.Ramkarpal menegaskan, keyakinan awam terhadap SPRM hanya dapat dipertahankan jika siasatan sewajarnya dijalankan sementara Azam direhatkan daripada tugas, sekali gus memberinya peluang untuk didengar.Kata beliau, kerajaan tidak boleh mengabaikan perkara terbabit kerana integriti institusi itu sendiri mesti menjadi keutamaan tertinggi dan segala usaha perlu dilakukan untuk melindungi imejnya.

Joy Red Velvet sedia ‘merecik’ di Kuala Lumpur

Joy Red Velvet sedia ‘merecik’ di Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Buat pertama kalinya, penyanyi Joy daripada kumpulan Red Velvet bakal mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur. Konsert yang diberi nama Joy Splash itu dijadual bakal berlangsung pada 25 April 2026 di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam adalah sebahagian daripada siri jelajah 2026 Joy Asia Tour. Peminat kumpulan Red Velvet yang dikenali ... Read more The post Joy Red Velvet sedia ‘merecik’ di Kuala Lumpur appeared first on Kosmo Digital .

SPRM sahkan siasatan KP, TKP Jabatan Alam Sekitar selesai Jumaat ini

SPRM sahkan siasatan KP, TKP Jabatan Alam Sekitar selesai Jumaat ini

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan kes ke atas Ketua Pengarah (KP) dan Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkaitan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste) akan selesai pada Jumaat ini. Beliau berkata, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Bahagian Pendakwaan (DBB) pada hari yang sama. “Siasatan ... Read more The post SPRM sahkan siasatan KP, TKP Jabatan Alam Sekitar selesai Jumaat ini appeared first on Utusan Malaysia .