RM105,000 untuk masjid, surau Nibong Tebal imarahkan Ramadan

RM105,000 untuk masjid, surau Nibong Tebal imarahkan Ramadan

PETALING JAYA – Sebanyak 21 masjid dan 63 surau di Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan berjumlah RM105,000 bagi mengimarahkan sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sumbangan itu disampaikan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek pada Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar Madani di Masjid As-Solihin, Kampung Kepala Gajah, hari ini. Menurutnya, ... Read more The post RM105,000 untuk masjid, surau Nibong Tebal imarahkan Ramadan appeared first on Kosmo Digital .

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Selasa, 17 Februari bersamaan dengan 29 Syaaban 1447 Hijrah.Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam berkenaan melalui radio dan televisyen."Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah," menurut kenyataan itu.Kenyataan itu menyebut jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.Di Perak, lokasinya di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Pulau Pinang (Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh) serta Kedah (Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar).Lokasi lain ialah di Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.Selain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah dan di Pahang melibatkan Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188 juga menjadi lokasi melihat anak bulan.Turut terlibat adalah di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. - Bernama

Februari 2026 sempurna, tapi tidaklah terlalu istimewa

Februari 2026 sempurna, tapi tidaklah terlalu istimewa

PETALING JAYA – Dakwaan yang mengatakan bulan Februari 2026 sebagai bulan yang istimewa serta berlaku hanya sekali dalam 823 tahun adalah tidak tepat. Terdahulu, bulan ini dikatakan istimewa melalui banyak perkongsian daripada beberapa akaun di laman sosial yang mengatakan Februari tahun ini yang mempunyai empat minggu penuh, dengan setiap hari dari Ahad sehingga Isnin muncul ... Read more The post Februari 2026 sempurna, tapi tidaklah terlalu istimewa appeared first on Kosmo Digital .

Ada yang ‘bid’ harga Supra ikon di Johor Bahru

Ada yang ‘bid’ harga Supra ikon di Johor Bahru

PETALING JAYA – Model Toyota Supra yang pernah menjadi ikon di atas bumbung pusat jualan kereta Mutiara Motors di Johor Bahru kembali menjadi bualan hangat apabila gambar lama penurunannya tular semula di media sosial. Perkongsian terbaharu oleh akaun Facebook @Roda Panas menghidupkan kembali nostalgia orang ramai terhadap kereta tersebut yang pernah menghiasi panorama tepi jalan ... Read more The post Ada yang ‘bid’ harga Supra ikon di Johor Bahru appeared first on Kosmo Digital .

Samsung Now Offering Greater Discounts On Its Monitors Until 28 February

Samsung Now Offering Greater Discounts On Its Monitors Until 28 February

Samsung Malaysia is offering customers even further discounts on its desktop monitors, in conjunction with the ongoing Winter Olympics that are taking place in Italy. In light of the season, it’s also calling it the Monitor Winter Olympic Promotion, and it will be running starting today and till 28 February 2026. Some of the monitors […] The post Samsung Now Offering Greater Discounts On Its Monitors Until 28 February appeared first on Lowyat.NET .