2,000 cerun berisiko tinggi dipantau rapi

2,000 cerun berisiko tinggi dipantau rapi

BALIK PULAU: Sebanyak 2,000 cerun berisiko tinggi di seluruh negara kini berada dalam pemantauan rapi Kementerian Kerja Raya (KKR) berikutan permulaan musim Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat berpanjangan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada lebih 27,000 cerun yang telah dikenal pasti di seluruh negara. ... Read more The post 2,000 cerun berisiko tinggi dipantau rapi appeared first on Utusan Malaysia .

Anggun Suri bantu pasangan muda

Anggun Suri bantu pasangan muda

MARAN: Lima pasangan muda bersyukur kerana hasrat mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan menerusi Program Anggun Suri (Kahwin Beramai-ramai) tajaan kerajaan negeri Pahang. Program itu bertujuan membantu pasangan muda dan berpendapatan rendah melangsungkan perkahwinan dengan kos yang jauh lebih rendah tanpa perlu meminjam atau berhutang. Taufik Hisam, 28, dari Taman Jengka Makmur yang disatukan dengan Aini ... Read more The post Anggun Suri bantu pasangan muda appeared first on Utusan Malaysia .

Anggun Suri bantu pasangan muda

Anggun Suri bantu pasangan muda

MARAN: Lima pasangan muda bersyukur kerana hasrat mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan menerusi Program Anggun Suri (Kahwin Beramai-ramai) tajaan kerajaan negeri Pahang. Program itu bertujuan membantu pasangan muda dan berpendapatan rendah melangsungkan perkahwinan dengan kos yang jauh lebih rendah tanpa perlu meminjam atau berhutang. Taufik Hisam, 28, dari Taman Jengka Makmur yang disatukan dengan Aini ... Read more The post Anggun Suri bantu pasangan muda appeared first on Utusan Malaysia .

Pasar Borong Gong Pauh bakal muncul lebih moden, tersusun

Pasar Borong Gong Pauh bakal muncul lebih moden, tersusun

KUALA TERENGGANU: Pasar Borong Gong Pauh yang terkenal sebagai pusat pengedaran hasil tani dan makanan laut di daerah ini bakal muncul dengan wajah baharu selepas kerja-kerja menaik tarafnya yang diluluskan kerajaan siap kelak. Pasar borong berusia lebih 25 tahun itu menerima peruntukan sebanyak RM15 juta daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk kerja-kerja menaik taraf ... Read more The post Pasar Borong Gong Pauh bakal muncul lebih moden, tersusun appeared first on Utusan Malaysia .

Pembahagian Kerusi Dimuktamadkan, Pertahan Kestabilan – Dr Zambry

Pembahagian Kerusi Dimuktamadkan, Pertahan Kestabilan – Dr Zambry

KOTA KINABALU, 9 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa BN telah meneliti dan memuktamadkan persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Menurutnya, pimpinan BN turut membincangkan aspek kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH), khususnya berkaitan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang kini telah dimuktamadkan. “BN telah membincang persiapan terakhir [...]

Ratchaburi penentu pemain takraw ke Sukan SEA

Ratchaburi penentu pemain takraw ke Sukan SEA

MELAKA: Sesi latihan terakhir skuad sepak takraw negara di Ratchaburi, Thailand dari 21 hingga 24 November ini akan menjadi penentu barisan pemain ke Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini. Ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharom berkata, sesi tersebut akan menentukan kedudukan 18 pemain yang akan dipilih untuk disenaraikan bagi kategori berpasukan, regu atau kuadran. Menurutnya, ... Read more The post Ratchaburi penentu pemain takraw ke Sukan SEA appeared first on Utusan Malaysia .

Cadangan Demokrat gagal ‘tundukkan’ Republikan

Cadangan Demokrat gagal ‘tundukkan’ Republikan

WASHINGTON: Republikan menolak cadangan yang dikemukakan pemimpin Demokrat Senat, Chuck Schumer, untuk menamatkan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah Amerika Syarikat (AS). Cadangan itu menawarkan lanjutan kredit cukai selama setahun di bawah Akta Penjagaan Mampu Milik (ACA) sebagai pertukaran kepada kelulusan semula pembiayaan kerajaan. Schumer berkata, langkah tersebut akan membolehkan rang undang-undang segera diluluskan bagi menangani ... Read more The post Cadangan Demokrat gagal ‘tundukkan’ Republikan appeared first on Utusan Malaysia .

Bermacam hinaan diterima, mereka panggil saya ‘anak syaitan’ – Dahlia

Bermacam hinaan diterima, mereka panggil saya ‘anak syaitan’ – Dahlia

“LAHIR dalam keluarga yang dikenali, semua orang perhatikan awak. Orang akan tunggu dan nilai, sama ada awak buat silap atau tak.” Penyanyi, Dahlia jujur sahaja mengakui kegelisahan dan remuk redam membesar dalam keluarga yang dikenali. Ibunya seorang penyanyi popular, Nora Ariffin, manakala arwah bapanya merupakan komposer dan penulis lagu-lagu hit di Malaysia iaitu Allahyarham Johan ... Read more The post Bermacam hinaan diterima, mereka panggil saya ‘anak syaitan’ – Dahlia appeared first on Utusan Malaysia .

Parti bertanding umum calon PRN Sabah hari ini

Parti bertanding umum calon PRN Sabah hari ini

PETALING JAYA: Berbaki seminggu hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung minggu seluruh Sabah khususnya Kota Kinabalu sibuk dengan kehadiran para pemimpin politik terma­suk dari Pusat yang tiba untuk memuktamadkan nama calon bakal bertanding. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba ke Kota Kinabalu lewat petang semalam ... Read more The post Parti bertanding umum calon PRN Sabah hari ini appeared first on Utusan Malaysia .

Suasana hiba keluarga tuntut mayat mangsa letupan kapal kontena

Suasana hiba keluarga tuntut mayat mangsa letupan kapal kontena

JOHOR BAHRU: Seramai tiga individu termasuk seorang pakar kebakaran warga Britain maut dalam insiden letupan di atas kapal kontena Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu letupan di atas kapal Kyparissia berdaftar di Malta telah meragut nyawa tiga individu iaitu warga Malaysia bekerja sebagai Juruukur ... Read more The post Suasana hiba keluarga tuntut mayat mangsa letupan kapal kontena appeared first on Utusan Malaysia .

Siapa bakal menyerlah di Etihad?

Siapa bakal menyerlah di Etihad?

PERTEMBUNGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) tengah malam ini menjanjikan aksi menarik apabila Manchester City menentang juara bertahan, Liverpool di Stadium Etihad.Seperti musim-musim sebelumnya, pertembungan City-Liverpool sentiasa menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.Dalam lima tahun terakhir, kedua-dua pasukan konsisten bersaing di tangga teratas liga, menjadikan pertemuan kali ini sangat dinantikan.Sehingga minggu ke-10 EPL, persaingan di carta liga masih ketat menyaksikan City berada di tangga kedua dengan 19 mata, manakala Liverpool di tangga ketiga, hanya ketinggalan satu mata.Dengan kedudukan sebegini, perlawanan ini amat penting bagi kedua-dua pasukan mengekalkan peluang menjuarai liga pada penghujung musim.Menjelang aksi di Etihad, situasi kedua-dua pasukan juga berbeza.City mempamerkan konsistensi cemerlang, manakala Liverpool masih mencari rentak selepas empat kekalahan berturut-turut di liga.Namun, kebangkitan The Reds terserlah apabila menewaskan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) pada pertengahan minggu, memberikan keyakinan tinggi menjelang lawatan ke Etihad.Jika dilihat lima pertemuan terakhir, kedua-dua pasukan mencatat rekod seimbang dengan masing-masing dua kemenangan dan satu seri.Bagaimanapun, City memenangi enam perlawanan terakhir di laman sendiri dalam semua pertandingan, menjadikan mereka pasukan pilihan untuk mengekalkan rekod positif di Etihad.Pertemuan minggu ke-11 EPL 2025/2026 ini dijangka sengit kerana pemenang bakal menempati kedudukan naib juara sementara liga, memastikan kedua-dua pasukan beraksi habis-habisan.Slot tagih sentuhan EkitikeLiverpool kini menaruh harapan besar kepada penyerang muda mereka, Hugo Ekitike bagi merobek gawang City.Pemain Perancis berusia 23 tahun itu telah menjadi tonggak utama serangan The Reds dengan enam gol setakat ini, sejak menyertai kelab pada Julai lalu menerusi perpindahan bernilai 79 juta pound (kira-kira RM490 juta).Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui Ekitike perlu mempertingkatkan prestasinya dalam perebutan bola di udara memandangkan pemain itu berketinggian 190 sentimeter."Ekitike mempunyai kemahiran luar biasa dengan kaki tetapi dengan ketinggiannya, dia perlu lebih kuat dalam perebutan bola di udara," kata Slot.Ekitike menjadi pilihan Slot selepas penyerang termahal Britain, Alexander Isak diketepikan akibat masalah kecederaan.Mengulas situasi semasa Isak, Slot memaklumkan bahawa peledak Sweden itu sudah kembali menjalani latihan pada Jumaat selepas berehat selama tiga minggu, namun belum cukup cergas untuk diturunkan di Etihad.Keyakinan Haaland memuncakErling Haaland berada dalam prestasi terbaiknya menjelang pertembungan dengan Liverpool.Penyerang City itu sudah mengumpul 27 gol daripada 17 penampilan musim ini dan hanya memerlukan dua gol lagi untuk mencapai 100 gol dalam EPL, sekali gus memecahkan rekod Alan Shearer sebagai pemain terpantas menjaringkan 100 gol dalam liga.Pada masa sama, penyerang berusia 25 tahun itu turut memuji dan mahu terus belajar daripada Pep Guardiola yang akan menyambut perlawanan ke-1,000 sebagai pengurus tengah malam ini."Sejak saya menyertai City, Pep membantu saya dengan pergerakan dan posisi untuk menjaringkan gol. Dia memang genius," ujar Haaland."Sejak saya menyertai City, Pep membantu saya dengan pergerakan dan posisi untuk menjaringkan gol."Dia memang genius! Semua kejayaan yang dikecapinya adalah hasil dedikasi dan kerja keras."Kita perlu dengar arahan beliau dan bermain untuknya kerana Pep memang layak," tambah Haaland.Liverpool diramal menang 2-0Bekas pemain dan penganalisis, Paul Merson meramalkan Liverpool akan menundukkan City 2-0 dalam usaha mengejar Arsenal di puncak EPL.Merson berkata, kekuatan individu The Reds, terutama Virgil van Dijk yang diyakini mampu mengatasi Haaland."Saya yakin van Dijk boleh mengawal Haaland. Liverpool juga mempunyai pemain seperti Conor Bradley yang merantai bintang Real, Vinicius Jr dalam aksi UCL baru-baru ini."Malah, kombinasi pertahanan, sayap dan trio tengah (Ryan Gravenberch, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai) memberi kelebihan besar kepada Liverpool," katanya.Melihat faktor tersebut, Merson menjangkakan kemenangan 2-0 memihak Liverpool di Etihad.