‘Kawal emosi’, nasihat majistret kepada lelaki baling kon

‘Kawal emosi’, nasihat majistret kepada lelaki baling kon

SHAH ALAM – “Kawal emosi dan bertolak ansur selepas ini.” Itu nasihat diberikan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman sebelum menjatuhkan denda RM100 terhadap seorang lelaki yang tular selepas membaling kon ke arah kenderaan lain serta mengeluarkan kata kesat di Plaza Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), minggu lalu. Hukuman itu diputuskan selepas tertuduh, K. Kanapathi, 35, mengaku ... Read more The post ‘Kawal emosi’, nasihat majistret kepada lelaki baling kon appeared first on Kosmo Digital .

Reman dua kenalan wanita maut dibunuh disambung lima hari

Reman dua kenalan wanita maut dibunuh disambung lima hari

SEBERANG PERAI – Reman terhadap dua kenalan lelaki kepada seorang ibu tunggal yang dipercayai maut dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Butterworth di sini Rabu lalu, disambung lagi lima hari, bermula hari ini. Perintah reman ke atas kedua-dua lelaki tempatan berusia 40 dan 45 tahun itu dijalankan sehingga 16 Februari ini, manakala seorang lelaki ... Read more The post Reman dua kenalan wanita maut dibunuh disambung lima hari appeared first on Kosmo Digital .

Kadar zakat fitrah Perlis RM9

Kadar zakat fitrah Perlis RM9

PETALING JAYA: Kadar zakat fitrah bagi Perlis untuk tahun ini ditetapkan kekal satu kadar sahaja, iaitu RM9 bagi setiap individu, sama sebagaimana tahun sebelumnya. Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan penetapan kadar zakat fitrah itu di Istana Siraj Kuala Lumpur pada petang semalam. ... Read more The post Kadar zakat fitrah Perlis RM9 appeared first on Utusan Malaysia .

Proses Penggantian Paip Usang Fasa Pra-Pelaksanaan – Abdul Rahman

Proses Penggantian Paip Usang Fasa Pra-Pelaksanaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Projek Kerja-Kerja Penggantian Paip Usang dan Menaiktaraf Paip Transmisi Dan Agihan Di Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan Sabah telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1, RMKe-13), dengan kos projek sebanyak RM200 juta melalui penyediaan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah secara pinjaman. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Datuk [...]

2,000 asnaf Selangor diperalat jadi keldai akaun

2,000 asnaf Selangor diperalat jadi keldai akaun

KLANG – Kira-kira 2,000 asnaf dikesan menjadi mangsa keldai akaun selepas diperalatkan sindiket penipuan di Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), Mohd. Khaidzir Shahari ketika mendedahkan perkara itu memaklumkan, sindiket dikatakan mengambil kesempatan terhadap golongan asnaf yang kesempitan hidup dan kurang kesedaran kewangan. Menurutnya, kebanyakan asnaf tidak menyedari mereka sedang dimanipulasi selepas ... Read more The post 2,000 asnaf Selangor diperalat jadi keldai akaun appeared first on Kosmo Digital .

11 bulan lagi tren pertama ERCL Gombak–Kota Bharu

11 bulan lagi tren pertama ERCL Gombak–Kota Bharu

KUANTAN: Hanya tinggal 11 bulan sebelum projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat sejarah dengan pelancaran tren pertama dari Gombak, Selangor menuju Kota Bharu, Kelantan.   Projek mega yang menjadi nadi pengangkutan baharu negara itu dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi, sosial dan budaya antara Pantai Timur serta Lembah Klang.  Dengan jarak 665 kilometer, ECRL ... Read more The post 11 bulan lagi tren pertama ERCL Gombak–Kota Bharu appeared first on Utusan Malaysia .

Op Selamat 25: 407 ‘hot spot’, 76 ‘black spot’ kemalangan jalan raya dikenal pasti

Op Selamat 25: 407 ‘hot spot’, 76 ‘black spot’ kemalangan jalan raya dikenal pasti

SUNGAI BULOH – Sebanyak 407 lokasi ‘hot spot’ dan 76 lokasi ‘black spot’ di seluruh negara dalam pemantauan polis bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya telah mengenal ... Read more The post Op Selamat 25: 407 ‘hot spot’, 76 ‘black spot’ kemalangan jalan raya dikenal pasti appeared first on Kosmo Digital .

Perkembangan ECRL capai 91.7 peratus, operasi jangka kekal Januari 2027.

Perkembangan ECRL capai 91.7 peratus, operasi jangka kekal Januari 2027.

KUANTAN – Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat kemajuan keseluruhan 91.70 peratus setakat bulan lalu.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tumpuan kini beralih kepada persiapan menyeluruh bagi fasa pengoperasian berikutan ketibaan dua set tren Electric Multiple Units (EMU) dan dua buah lokomotif elektrik (E-Loco) yang pertama.Menurutnya, perkembangan itu menandakan satu pencapaian penting apabila projek mega rel negara itu memasuki fasa akhir sebelum operasi komersial yang disasarkan bermula Januari 2027."Ia selari dengan perancangan keseluruhan projek ECRL yang dijangka beroperasi mengikut jadual pada Januari 2027."Secara keseluruhannya, ECRL menggunakan 11 set tren EMU dan dua set pertama telah tiba di Malaysia. Kesemuanya akan menjalani ujian menyeluruh sebelum digunakan dalam operasi sebenar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Khas Ketibaan Golden Tren EMU dan E-Loco Projek ECRL serta Penyerahan Surat Lantikan Penyedia Infrastruktur Rangkaian Mudah Alih Jajaran ECRL di Stesen Kotasas di sini pada Rabu.Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing.Loke berkata, tren yang dikilangkan oleh CRRC Dalian di China dihantar ke negara ini selepas berjaya melalui ujian komprehensif serta ujian penerimaan kilang yang disahkan oleh MRL selaku pemilik Projek ECRL."Melalui tren yang diterima ini, kita akan memulakan fasa penting bagi ujian dan pentauliahan, manakala baki tren akan dihantar secara berperingkat tahun ini," katanya.Loke berkata, tumpuan kini beralih kepada persiapan menyeluruh bagi fasa pengoperasian.Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pengoperasian komersial tren EMU dan E-Loco yang dijadualkan bermula awal 2027 bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ECRL sebagai mod pengangkutan hijau untuk penumpang dan kargo merentasi rangkaian rel elektrik sepanjang 665 kilometer melalui negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.Katanya, hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mengintegrasikan Pantai Timur dan Pantai Barat secara lebih tersusun melalui ECRL diyakini akan meningkatkan mobiliti rakyat, mengurangkan masa perjalanan serta merapatkan jurang pembangunan antara wilayah."Warga Pantai Timur yang berada di Lembah Klang hanya perlu menunggu satu Syawal lagi untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri 2027 menaiki ECRL," katanya.Tambah beliau, bagi memastikan keselesaan dan produktiviti pengguna, penyediaan infrastruktur rangkaian mudah alih di sepanjang jajaran ECRL membolehkan semua operator mudah alih negara menyediakan perkhidmatan 4G dan 5G kepada penumpang ECRL."Hari ini telah diadakan penyerahan surat lantikan kepada Maxis Berhad sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih jajaran ECRL," katanya.