Kartel ayam: Keputusan CAT beri mesej penyelarasan harga dalam rantaian boleh jejas pengguna

Kartel ayam: Keputusan CAT beri mesej penyelarasan harga dalam rantaian boleh jejas pengguna

KUALA LUMPUR - Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) yang mengekalkan penalti RM415.5 juta terhadap empat syarikat pengeluar makanan ayam dilihat memberi mesej jelas bahawa sebarang penyelarasan harga dalam rantaian bekalan makanan boleh menjejaskan pengguna akhir.Keputusan sebulat suara itu sekali gus mengesahkan dapatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bahawa wujud koordinasi menaikkan harga makanan ayam antara 31 Januari 2020 hingga 30 Jun 2022.Menerusi kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Datuk Iskandar Ismail menegaskan makanan ayam merupakan komponen kos utama dalam industri penternakan unggas."Sebarang kenaikan terancang pada peringkat input berpotensi meningkatkan kos pengeluaran ayam sebelum dipindahkan kepada pasaran runcit," katanya pada Rabu.Dalam konteks pasaran tempatan yang sensitif terhadap isu harga ayam, beliau menjelaskan tindakan menetapkan kadar kenaikan secara bersama boleh memberi kesan langsung kepada pengguna serta kestabilan rantaian bekalan protein negara."CAT bersetuju dengan dapatan MyCC bahawa Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd, Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad dan Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd telah berkoordinasi bagi menetapkan jumlah kenaikan harga makanan ayam."Tribunal berkenaan mendapati keputusan MyCC disokong bukti kukuh selepas meneliti dokumen serta mendengar hujahan kedua-dua pihak sepanjang prosiding rayuan," ujar beliau.Dalam penghakiman CAT mengesahkan bahawa perjanjian antara pesaing untuk menetapkan harga adalah satu pelanggaran serius di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 kerana ia secara automatik dianggap memudaratkan persaingan.Sehubungan itu, semua penalti kewangan serta arahan yang dikenakan MyCC dikekalkan, termasuk penalti tambahan terhadap sebuah syarikat kerana mengganggu proses siasatan.Tribunal turut menegaskan bahawa jumlah penalti berkenaan berada dalam had dibenarkan undang-undang dan setimpal dengan tahap keseriusan pelanggaran yang berlaku.Lebih penting, CAT menolak dakwaan syarikat terbabit bahawa MyCC bertindak tidak adil, tanpa asas atau melanggar prinsip proses sewajarnya.Tribunal memutuskan siasatan dijalankan dalam ruang kuasa sah serta mematuhi prosedur ditetapkan di bawah Akta Persaingan 2010.Tambah Iskandar, keputusan itu memperkukuh peranan suruhanjaya dalam memastikan pasaran berfungsi secara telus dan kompetitif."Pasaran berfungsi dengan baik apabila perniagaan bersaing secara jujur dan bebas. Apabila pesaing menyelaras harga, ia menjejaskan proses persaingan dan boleh memberi kesan negatif kepada pengguna serta ekonomi secara keseluruhan."MyCC akan terus memantau kelakuan syarikat terlibat serta pemain lain dalam pasaran bagi memastikan pematuhan penuh terhadap Akta Persaingan 2010."Suruhanjaya ini kekal komited mempertahankan keputusan dalam kes ini dan mengambil tindakan tegas terhadap perlakuan anti-persaingan demi melindungi perniagaan serta pengguna di Malaysia," katanya.Pada Disember 2023, lima syarikat pengisar makanan ayam dikenakan penalti berjumlah RM415.5 juta kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.Lima syarikat itu ialah Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup); FFM Berhad (FFM); Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin); Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).Selain penalti, MyCC juga mengarahkan lima syarikat terbabit untuk menghentikan penyertaan daripada terlibat dalam kartel makanan ayam dan mengemukakan laporan mengenai peningkatan dan penurunan harga makanan ayam.

Perkasa budaya 'Mesra Malaysia' lindungi imej negara - King Sing

Perkasa budaya 'Mesra Malaysia' lindungi imej negara - King Sing

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggesa semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta untuk memainkan peranan menjaga imej negara dengan mengamalkan budaya "Mesra Malaysia" yang lebih ikhlas dan profesional.Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata segelintir petugas yang tidak mesra, termasuk kejadian membabitkan pemandu bas pelancong dan petugas pengangkutan awam yang bersikap kasar terhadap pelancong asing, tidak boleh dikompromi."Kita tidak mahu imej negara terjejas sehingga dianggap sebagai sebuah negara yang tidak bersedia atau tidak mesra. Sikap seperti ini perlu diubah segera," katanya mengulas usaha kementerian memperkasakan kualiti perkhidmatan petugas barisan hadapan pelancongan.Tiong berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada majlis pelancaran Kempen Mesra Malaysia di ibu negara, hari ini.Sehingga Januari 2026, sebanyak 9,498 pembantu pelancong telah berdaftar di bawah MOTAC dan sebanyak 158 siri kursus dilaksanakan membabitkan 4,932 petugas barisan hadapan, bagi tempoh 2024 hingga 2025."Walaupun hampir 5,000 telah dilatih, jumlah ini masih belum mencukupi."Kita mahu rakyat Malaysia mencontohi budaya luar seperti di Jepun, yang setiap pertanyaan dijawab dengan penuh hormat dan kesopanan."Bukan sahaja kepada pelancong luar, tetapi juga sesama rakyat tempatan," katanya.Beliau turut menyeru agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus bekerjasama erat dengan kementerian bagi memastikan ekosistem pelancongan negara kekal selamat dan mesra kepada semua pelawat.Dalam perkembangan berkaitan, MOTAC juga merancang mengadakan pertemuan dengan pengendali pusat beli-belah dan premis perniagaan bagi memastikan petugas mereka tidak bersikap pilih kasih terhadap pelancong.Mengenai kemasukan pelancong asing, beliau memaklumkan pihaknya sedang giat mengadakan libat urus dengan syarikat penerbangan antarabangsa bagi meningkatkan kekerapan penerbangan ke Malaysia.Maklumat terperinci mengenai tambahan jadual penerbangan itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.Majlis turut menyaksikan penyampaian lencana Mesra Malaysia kepada wakil petugas barisan hadapan pelbagai sektor sebagai simbol komitmen dalam mengamalkan nilai layanan mesra pada peringkat operasi.Acara simbolik menampal pelekat magnetik Kempen Mesra Malaysia pada kenderaan terlibat turut diadakan sebagai tanda pelaksanaan kempen di lapangan, termasuk kerjasama strategik dengan syarikat perkhidmatan e-panggilan, sebagai medium promosi bergerak.Malaysia merekodkan 42.2 juta ketibaan pelawat pada 2025, sekali gus menyediakan asas kukuh bagi mencapai sasaran 47 juta pelawat di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).- Bernama

Jamil Khir akui dengar Raja Abdullah janji derma kepada Najib

Jamil Khir akui dengar Raja Abdullah janji derma kepada Najib

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau pernah mendengar sendiri janji derma yang didakwa diberikan oleh Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010.Jamil Khir, 64, berkata, perkara itu didengari beliau dalam satu pertemuan tidak rasmi antara Najib dan Raja Abdullah di istana baginda di Riyadh, yang turut dihadiri seorang jurubahasa Raja Abdullah, bekas Menteri Luar Tan Sri Anifah Aman, bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf dan beliau sendiri pada 11 Januari 2010.Bagaimanapun, beliau berkata perbualan itu tidak berlaku di hadapan umum, sebaliknya hanya antara Najib, Raja Abdullah dan jurubahasanya."Semasa kedua-duanya (Najib dan Raja Abdullah) berjalan bersama, Datuk Seri Najib memberi isyarat supaya saya menyertai perbincangan mereka."Saya kemudian mengekori mereka dan berdiri sedikit di belakang Datuk Seri Najib, namun masih dalam jarak untuk mendengar perbualan serta terjemahannya. Perbualan sulit itu antaranya menyentuh mengenai sumbangan dana oleh Raja Abdullah kepada Datuk Seri Najib."Jika tidak silap, Raja Abdullah turut memaklumkan bahawa sumbangan dana itu akan dihantar tidak lama selepas mesyuarat itu dan disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib atas sebab-sebab tertentu."Saya difahamkan akaun peribadi itu dipilih bagi memudahkan urusan politik beliau serta mengelakkan kerumitan sekiranya dana disalurkan terus kepada mana-mana entiti atau organisasi politik," katanya.Beliau berkata demikian dalam pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh peguam mewakili Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan SRC International Sdn Bhd bersama anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, terhadap bekas perdana menteri itu.Jamil Khir berkata, berdasarkan anggapannya, sumbangan yang didakwa daripada Arab Saudi itu diberikan kepada Najib kerana negara tersebut kagum dengan pendekatan Islam moden yang diamalkan Malaysia selain ketegasan Malaysia dalam menolak fahaman Syiah.Bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas oleh peguam Kwan Will Sen mewakili SRC International, beliau bersetuju bahawa pandangan mengenai Arab Saudi yang kononnya kagum dengan Malaysia itu hanyalah pendapat peribadinya.Saman sivil yang difailkan pada 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari itu menuntut pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta serta ganti rugi bagi penerimaan yang mengetahui, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam dan penyalahgunaan kuasa.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung 2 Mac. - Bernama

Tak tahu anak 7 tahun jadi Spiderman ikut mengemis

Tak tahu anak 7 tahun jadi Spiderman ikut mengemis

MELAKA – Ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tular memakai kostum Spiderman bersama seorang lelaki dipercayai bagi mengemis di sebuah stesen minyak di Cheng Ahad lalu mendakwa tidak mengetahui perkara itu berlaku. Nor Hafika Mohd. Shamsul, 30, berkata, dia terkejut apabila pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumahnya untuk melakukan siasatan berhubung ... Read more The post Tak tahu anak 7 tahun jadi Spiderman ikut mengemis appeared first on Kosmo Digital .

PENTERNAKAN BABI | Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perkara itu akan dilaksanakan dengan sebaik

PENTERNAKAN BABI | Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi di negeri itu. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perkara itu akan dilaksanakan dengan sebaik

PENTERNAKAN BABI | Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan aktiviti penternakan babi di negeri itu. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perkara itu akan dilaksanakan dengan sebaik