Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemui selamat di tangga pangsapuri

Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemui selamat di tangga pangsapuri

KAJANG – [KEMAS KINI] Misteri kehilangan dua kanak-kanak perempuan dipercayai warga asing terungkai apabila kedua-duanya ditemukan selamat di tangga yang menghala ke bumbung Apartment Saville Kajang di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan dua kanak-kanak perempuan berusia bawah tiga tahun itu pada jam 1.46 pagi.Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 malam di Apartment Saville Kajang, Jalan Reko di sini."Sejurus menerima laporan, Polis Daerah Kajang menjalankan tindakan mencari dan mengesan dengan segera termasuk membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian."Hasil usaha itu, kedua-dua kanak-kanak berkenaan berjaya ditemui pada jam 10 pagi di tangga yang menghala ke bumbung (rooftop) apartmen berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kanak-kanak terbabit ditemui oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal."Kedua-dua kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kajang bagi tujuan pemeriksaan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.Naazron berkata, siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat unsur pengabaian dalam kejadian tersebut.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, supaya sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing.Tegasnya, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan dan sekiranya berlaku kecemasan, segera hubungi pihak polis atau talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.

Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemui di tangga pangsapuri

Susah sampai masa Muhyiddin berundur, bina semula kekuatan parti - Ronald

Susah sampai masa Muhyiddin berundur, bina semula kekuatan parti - Ronald

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatannya sebagai presiden bagi membina semula kekuatan parti.Ronald berkata, ia kerana bekas Perdana Menteri itu didakwa gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan."Lebih malang, Muhyiddin dilihat menggunakan seluruh baki kekuatan yang ada semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya sebagai presiden demi memenuhi agenda peribadi untuk kembali menjadi Perdana Menteri, termasuk menghalang laluan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada memimpin Bersatu pada masa hadapan."Oleh yang demikian, untuk memulihkan dan membina semula kekuatan sebenar Bersatu, termasuk memperkukuhkan hubungan strategik bersama rakan komponen Perikatan Nasional (PN), sudah sampai masanya Muhyiddin mempertimbangkan untuk berundur daripada jawatan Presiden Bersatu," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Hamzah didakwa bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua, bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan Lembaga Disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut, dan sebarang keputusan adalah muktamad.Ujar Ronald, tindakan Lembaga Disiplin parti yang menghadap Hamzah, atas tuduhan lama dan baharu dilihat sebagai langkah regresif serta bercanggah dengan usaha memperkukuh perpaduan dalaman parti."Lebih membimbangkan, tindakan menghadapkan ketua bahagian termasuk wakil rakyat ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Hamzah memperlihatkan penyalahgunaan prosedur disiplin secara terdesak."Ia bagi membungkam suara pimpinan utama parti daripada terus menyampaikan pandangan, teguran dan maklum balas demi kelangsungan serta masa depan Bersatu," ujarnya.Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan pandangan rakyat terhadap Bersatu semakin hilang arah dan tersasar daripada matlamat perjuangan sebenar."Ia seolah-olah perjuangan parti kini hanya tertumpu kepada usaha mengekalkan kuasa Muhyiddin serta melindungi kelompok penyokong pemimpin tertentu, tanpa mengambil kira hubungan dan kepercayaan rakan-rakan parti sahabat dalam gabungan Perikatan Nasional (PN)," katanya.

PARLIMEN: 428 kontena e-waste haram dipulangkan ke negara asal

PARLIMEN: 428 kontena e-waste haram dipulangkan ke negara asal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 428 daripada 701 kontena mengandungi muatan sisa elektronik (e-waste) haram yang ditahan dalam tempoh lima tahun lalu berjaya dipulangkan semula ke negara asal. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Joseph Arthur Kurup berkata, tindakan pemulangan itu juga dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Katanya, berdasarkan rekod, 1,241 kontena diperiksa oleh Jabatan ... Read more The post PARLIMEN: 428 kontena e-waste haram dipulangkan ke negara asal appeared first on Utusan Malaysia .

Kami pilih terus bekerja, nak jadi jutawan – Puteri Balqis

Kami pilih terus bekerja, nak jadi jutawan – Puteri Balqis

PETALING JAYA – Selepas menggegarkan dunia hiburan dengan pelbagai kisah sensasi, pelakon Puteri Balqis kini nekad untuk menutup buku lama dan fokus sepenuhnya membina kehidupan yang lebih stabil. Pemilik nama lengkap Puteri Balqis Azizi, 19, turut menyatakan hasratnya untuk tidak mahu lagi membuang tenaga terjebak dalam cerita tentang musuh. “Kami pilih untuk terus bekerja, berjalan. ... Read more The post Kami pilih terus bekerja, nak jadi jutawan – Puteri Balqis appeared first on Kosmo Digital .

WDS: MINDEF Akan Terus Sokong Usaha Perkasa Syarikat Tempatan – Mohamed Khaled

WDS: MINDEF Akan Terus Sokong Usaha Perkasa Syarikat Tempatan – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan terus menyokong usaha untuk memperkasa syarikat tempatan agar lebih berupaya dan berdaya saing, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia memaklumkan bahawa beliau telah meninjau reruai syarikat pertahanan Malaysia sempena World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh. “Sempena [...]