Rafizi cadang Bersih ketuai himpunan bantah dakwaan penyelewengan SPRM

Rafizi cadang Bersih ketuai himpunan bantah dakwaan penyelewengan SPRM

AMPANG – Lapan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli akan menulis surat kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan membantah penyelewangan yang didakwa berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Malah, Rafizi berkata, beberapa pihak juga telah menghubunginya dan meminta beliau agar menganjurkan satu demonstrasi aman."Saya dulu penganjur demonstrasi berpengalaman tapi untuk buat demonstrasi ini jangan ikut ‘kepala’ masing-masing, ia perlu diketuai satu badan yang dipersetujui dan membawa semua pihak bersama."Jadi saya berpendapat dalam rekod dan sejarah negara kita, yang paling baik dan neutral untuk menganjurkan perhimpunan ini ialah Bersih walaupun mereka dituduh rapat dengan Pakatan Harapan (PH). Cuma dari segi logistik, tempat dan tarikh kita serahkan kepada Bersih untuk tentukan kalau mereka bersetuju," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkaitan laporan penyelewengan membabitkan SPRM seperti yang dilaporkan media antarabangsa, Bloomberg di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang di sini pada Jumaat.Tujuh lagi ahli Parlimen itu ialah Rodziah Ismail (Ampang), Wong Chen (Subang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), Ir Zahir Hassan (Wangsa Maju), S Kesavan (Sungai Siput) dan Tan Kar Hing (Gopeng).Media antarabangsa, Bloomberg sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd bersamaan 1.7 peratus berdasarkan penyata tahunan syarikat yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu.Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin lalu.Berikutan itu, Azam didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024 yang mengehadkan pemilikan saham penjawat awam dalam syarikat diperbadankan di Malaysia kepada tidak melebihi lima peratus modal berbayar atau bernilai RM100,000, mengikut mana yang lebih rendah.Bagaimanapun, Azam dilapor berkata, transaksi itu telah diisytiharkan dan saham berkenaan telah dilupuskan pada tahun lalu.  Beliau juga memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Bloomberg berhubung laporan itu.Bloomberg turut menerbitkan laporan berasingan yang mendakwa SPRM bersekongkol dengan beberapa ahli perniagaan ‘bagi menyokong kepentingan individu tertentu melalui ugutan, tangkapan dan penahanan eksekutif, termasuk dalam beberapa kes mencadangkan pendakwaan’.SPRM menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan semua siasatan dijalankan secara ketat mengikut undang-undang, berpandukan bukti serta dilaksanakan secara bebas tanpa takut atau pilih kasih.Rafizi menjelaskan, tindakan untuk mengadakan perhimpunan itu juga menjadi salah satu daripada lima langkah yang akan dibuat mereka bermula minggu hadapan selagi kerajaan tidak memberi reaksi positif terhadap dakwaan-dakwaan yang didedahkan Bloomberg."Sebagai ahli Parlimen kanan kerajaan, kami (juga) akan menulis surat kepada semua ahli Parlimen yang bukan menteri dan timbalan menteri merentas parti bermula minggu depan untuk mendapatkan persetujuan mereka kepada desakan supaya Azam digantung serta-merta dan satu siasatan bebas dimulakan segera."Sebagai solidariti ahli Parlimen, kami menggesa supaya setiap ahli Parlimen tidak kira parti kembali ke kawasan masing-masing dan memulakan sesi penerangan mengenai dakwaan-dakwaan ini kepada penduduk di kawasan mereka," ujarnya.Kata Rafizi, pihaknya juga akan menulis surat kepada pimpinan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka dalam kerajaan untuk menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersetuju untuk menggantung Azam dan memulakan siasatan bebas."Saya juga akan membuat satu laporan polis kepada Azam sebagai susulan kepada dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam satu kes melibatkan senjata api supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyiasat sebaiknya," ujarnya lagi.

[VIDEO] ‘Dah baling, pandai pecut kereta’

[VIDEO] ‘Dah baling, pandai pecut kereta’

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta jenis Proton Wira yang dipercayai membaling mercun di atas jalan raya ketika kenderaan lain sedang melalui kawasan berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Kontar), Pulau Pinang tersebut mengundang kecaman orang ramai. Kejadian itu dirakam kamera seorang penunggang motosikal yang kebetulan berada di lokasi sama sebelum video tersebut tular di ... Read more The post [VIDEO] ‘Dah baling, pandai pecut kereta’ appeared first on Kosmo Digital .

Karangkraf teruskan CSR Ramadan, bantu 1,000 keluarga B40

Karangkraf teruskan CSR Ramadan, bantu 1,000 keluarga B40

SHAH ALAM – Karangkraf meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu komuniti setempat, terutamanya golongan miskin bandar sepanjang Ramadan ini.Usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Nestlé Malaysia menerusi penganjuran Program Karangkraf Ramadan Food Drive 2026 yang menyasarkan 1,000 keluarga berpendapatan rendah (B40).Program membantu komuniti diteruskan meskipun penganjuran Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang memasuki tahun keempat pelaksanaannya tahun lalu direhatkan sementara pada tahun ini.Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Strategik Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, walaupun tiada penganjuran iftar, hasrat menyantuni komuniti tetap diteruskan melalui pendekatan berbeza."Walaupun tahun ini kita berehat sementara daripada Iftar Ala Madinah@Karangkraf, hasrat dan rancangan Karangkraf dalam membantu komuniti ini mesti diteruskan."Kita tetap melaksanakan program seperti ini dan menyambung objektif sebenar program CSR Karangkraf sepanjang Ramadan," ujarnya ketika ditemui pada sesi pembungkusan barangan di Karangkraf pada Jumaat.Program Karangkraf Ramadan Food Drive 2026 yang dilaksanakan pada minggu kedua dan ketiga Ramadan itu menyasarkan 1,000 keluarga di Lembah Klang dan Pantai Timur dengan agihan 1,000 set barangan keperluan asas bernilai antara RM250 hingga RM300 setiap set.Di Lembah Klang, program bermula pada 26 Februari di Kota Damansara sebagai majlis pembukaan sebelum diteruskan ke Subang Jaya, Klang, Bangi dan Shah Alam sehingga 4 Mac 2026, membabitkan 500 set sumbangan kepada 100 keluarga bagi setiap komuniti.Bagi zon Pantai Timur pula, program dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Mac 2026 di Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu dengan jumlah keseluruhan 500 set sumbangan.Antara barangan yang diagihkan ialah pek Milo, susu, mi segera, Nestum, bijirin sarapan Coco Crunch dan Honey Star, Nescafe 3 dalam 1, sos cili dan tomato, bahan masakan asas serta kit kebersihan wanita.Dalam masa sama, inisiatif baharu dikenali sebagai Kempen Satu Rumah Satu al-Quran turut diperkenalkan, iaitu setiap keluarga menerima senaskhah al-Quran terbitan Karya Bestari bagi melengkapkan keperluan rohani dan jasmani sepanjang Ramadan."Ramadan ialah bulan yang mengajar kita tentang empati dan kepedulian. Melalui program ini, kami berharap dapat mendekati dan memahami realiti kehidupan golongan miskin bandar di samping memberi sokongan moral agar mereka dapat menjalani Ramadan dengan lebih bermakna," ujarnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, Ramadan ialah detik istimewa untuk memperkukuh solidariti dan kebersamaan dalam masyarakat."Kami sangat komited untuk menyokong komuniti. Ramadan ialah momen istimewa apabila masyarakat berkumpul dan menunjukkan solidariti, khususnya kepada mereka yang memerlukan. Kami amat gembira dapat menyumbang bersama-sama," ujarnya.Beliau berkata, sebagai organisasi yang telah bertapak lebih satu abad, memberi kembali kepada masyarakat ialah tanggungjawab yang amat dihargai selain sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sekian lama mempercayai produk Nestlé.Menurutnya, usaha berkenaan selari dengan komitmen jangka panjang syarikat untuk menjadi warga korporat yang baik melalui pelbagai inisiatif termasuk kelestarian dan perlindungan alam sekitar.Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif murni ini.Beliau secara khusus menzahirkan penghargaan kepada Nestlé Malaysia atas sokongan padu dan kerjasama strategik yang diberikan, yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran agihan bantuan kali ini.Menurut beliau, sinergi antara korporat dan komuniti seperti ini amat penting dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.Program itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan semua pihak, sekali gus menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik bagi memperluas bantuan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.

SPRM | Kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kanan akan dibuka selepas semua maklumat dan dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteliti.

#BuletinTV3

SPRM | Kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kanan akan dibuka selepas semua maklumat dan dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteliti. #BuletinTV3

SPRM | Kertas siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kanan akan dibuka selepas semua maklumat dan dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteliti. #BuletinTV3

Kes sita akaun Bersatu: Keputusan semakan kehakiman 1 Mac ini

Kes sita akaun Bersatu: Keputusan semakan kehakiman 1 Mac ini

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 1 Mac untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan dan penyitaan dua akaun bank parti itu.Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu, dan Peguam Persekutuan Kanan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan dan SPRM.Terdahulu, Chetan berhujah bahawa siasatan dan tuduhan jenayah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah peribadi dan tidak berkaitan dengan Bersatu.Sementara itu, Nurhafizza dalam hujan balas berkata, siasatan dan tuduhan jenayah terhadap Muhyiddin adalah atas kapasiti sebagai presiden Bersatu, kerana beliau menguruskan akaun parti itu, selaras dengan Seksyen 51(2) Akta Pertubuhan 1966.Beliau berkata, di bawah peruntukan itu, pegawai dan mereka yang terlibat dalam pengurusan sesuatu pertubuhan boleh didakwa walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam kesalahan berkenaan.Pada 30 Oktober 2023, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman untuk Bersatu mencabar keputusan SPRM membekukan dua akaun bank parti itu.Permohonan itu difailkan Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam Bersatu pada 29 Mei 2023.Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu), Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki masing-masing sebagai responden pertama dan kedua serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.Bersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Parti itu juga mendakwa bahawa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April 2023 menyatakan kedua-dua akaun telah disita pada 11 April 2023, namun Bersatu tidak pernah dimaklumkan mengenai penyitaan pada tarikh berkenaan. - Bernama

Kes sita akaun Bersatu: Keputusan semakan kehakiman 18 Jun ini

Kes sita akaun Bersatu: Keputusan semakan kehakiman 18 Jun ini

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 18 Jun Mac untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan dan penyitaan dua akaun bank parti itu.Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu, dan Peguam Persekutuan Kanan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan dan SPRM.Terdahulu, Chetan berhujah bahawa siasatan dan tuduhan jenayah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah peribadi dan tidak berkaitan dengan Bersatu.Sementara itu, Nurhafizza dalam hujan balas berkata, siasatan dan tuduhan jenayah terhadap Muhyiddin adalah atas kapasiti sebagai presiden Bersatu, kerana beliau menguruskan akaun parti itu, selaras dengan Seksyen 51(2) Akta Pertubuhan 1966.Beliau berkata, di bawah peruntukan itu, pegawai dan mereka yang terlibat dalam pengurusan sesuatu pertubuhan boleh didakwa walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam kesalahan berkenaan.Pada 30 Oktober 2023, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman untuk Bersatu mencabar keputusan SPRM membekukan dua akaun bank parti itu.Permohonan itu difailkan Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam Bersatu pada 29 Mei 2023.Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu), Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki masing-masing sebagai responden pertama dan kedua serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.Bersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Parti itu juga mendakwa bahawa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April 2023 menyatakan kedua-dua akaun telah disita pada 11 April 2023, namun Bersatu tidak pernah dimaklumkan mengenai penyitaan pada tarikh berkenaan. - Bernama

Polis Perak kenal pasti 74 lokasi kesesakan, kemalangan

Polis Perak kenal pasti 74 lokasi kesesakan, kemalangan

TELUK INTAN: Polis mengenal pasti 42 lokasi ‘hotspot’ kesesakan dan 32 lokasi ‘blackspot’ kemalangan di negeri ini yang akan diberi lebih tumpuan pada Kempen Op Selamat 25 bermula hari ini sehingga 20 Februari depan. Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, antara lokasi hotspot tersebut ialah Jalan Kuala Kangsar (Ipoh-Butterworth) dan Jalan ... Read more The post Polis Perak kenal pasti 74 lokasi kesesakan, kemalangan appeared first on Utusan Malaysia .