Letupan mercun punca unit kondominium terbakar

Letupan mercun punca unit kondominium terbakar

KAJANG – Letupan beberapa kotak mercun yang disimpan tanpa lesen di dalam sebuah unit kondominium di Bangi dipercayai menjadi punca kebakaran. Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam semalam, mercun yang dibeli dan disimpan untuk tujuan jualan oleh penyewa rumah itu dipercayai meletup sebelum api merebak dan memusnahkan keseluruhan unit. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron ... Read more The post Letupan mercun punca unit kondominium terbakar appeared first on Kosmo Digital .

Plus tingkatkan Smart Lane kepada 32 lokasi sempena Tahun Baharu Cina

Plus tingkatkan Smart Lane kepada 32 lokasi sempena Tahun Baharu Cina

SUNGAI BULOH – Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi melancarkan aliran trafik sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang dijangka menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan sehingga 2.2 juta sehari. Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha utama syarikat dalam menangani ... Read more The post Plus tingkatkan Smart Lane kepada 32 lokasi sempena Tahun Baharu Cina appeared first on Kosmo Digital .

Letupan mercun punca kebakaran, seorang lelaki ditahan

Letupan mercun punca kebakaran, seorang lelaki ditahan

KAJANG – Kebakaran sebuah unit pangsapuri di sini dipercayai berpunca daripada beberapa kotak mercun yang disimpan di dalam rumah tersebut meletup dalam kejadian pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.50 malam."Sepasukan anggota dari Balai Polis Bangi bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Bangi segera ke lokasi sebaik menerima maklumat sebelum kebakaran berjaya dikawal tidak lama kemudian."Siasatan awal mendapati, kebakaran berpunca daripada letupan beberapa kotak mercun yang dibeli dan disimpan untuk tujuan jualan tanpa sebarang lesen atau permit oleh penyewa unit berkenaan."Akibat kejadian itu, keseluruhan unit kondominium terbabit terbakar. Jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Naazron berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang juga seorang peniaga di sekitar Bangi pada jam kira-kira 12.17 tengah hari Isnin.Katanya, suspek akan dibawa ke hadapan Majistret bagi permohonan reman untuk membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Siasatan kebakaran turut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Ravin Ragayan ditalian 0126269250 bagi membantu siasatan," katanya.