Keluarga pelajar dapat pampasan RM113 juta di AS

Keluarga pelajar dapat pampasan RM113 juta di AS

SEATTLE: Pentadbiran bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS) bersetuju membayar pampasan penyelesaian sebanyak AS$29 juta (RM113.4 juta) kepada keluarga Jaahnavi Kandula, seorang pelajar siswazah warga India berusia 23 tahun yang maut dilanggar oleh kenderaan polis pada 2023.  Peguam bandar itu, Erika Evans dalam satu kenyataan pada Rabu lalu menyifatkan kematian Kandula sebagai satu tragedi yang amat ... Read more The post Keluarga pelajar dapat pampasan RM113 juta di AS appeared first on Utusan Malaysia .

Suami isteri rentung kereta terbakar

Suami isteri rentung kereta terbakar

TEMERLOH – Sepasang suami isteri rentung apabila kereta jenis Proton Preve dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Porsche Cayenne di Jalan Industri Mentakab di sini tengah malam semalam Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 12.57 tengah malam mengenai ... Read more The post Suami isteri rentung kereta terbakar appeared first on Kosmo Digital .

Suspek kerat mangsa guna parang seorang diri

Suspek kerat mangsa guna parang seorang diri

‎KOTA KINABALU – Suspek kes bunuh dan kerat beberapa anggota badan seorang wanita yang ditemui di tempat pembuangan sampai di Taman Indah Permai di sini mengaku mengerat mangsa menggunakan senjata parang tajam seorang diri. ‎ Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, perkara itu dimaklumkan suspek ketika proses soal siasat yang dijalankan pihak polis. Katanya, ... Read more The post Suspek kerat mangsa guna parang seorang diri appeared first on Kosmo Digital .

‘Mama dikebumikan tidak sempurna, kaki kiri, tangan kanan masih hilang’

‘Mama dikebumikan tidak sempurna, kaki kiri, tangan kanan masih hilang’

KOTA KINABALU – Pemuda yang mendakwa dirinya anak kepada wanita mangsa bunuh dan dikerat dengan beberapa anggota badannya ditemui di tempat pembuangan sampai di Taman Indah Permai di sini memaklumkan bahawa jenazah ibunya dikebumikan dalam keadaan tidak sempurna. Dalam siaran langsung di TikTok malam tadi, dia berkata, pengebumian tersebut terpaksa dilakukan walaupun masih terdapat bahagian ... Read more The post ‘Mama dikebumikan tidak sempurna, kaki kiri, tangan kanan masih hilang’ appeared first on Kosmo Digital .

362 unit MyKiosk di Terengganu, hanya 20 masih kosong

362 unit MyKiosk di Terengganu, hanya 20 masih kosong

KUALA NERUS: Kadar pengisian MyKiosk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di negeri ini mencecah 94 peratus sejak ia diterima pada 2023 dan 2024. Sehingga kini, 342 daripada 362 unit Mykiosk telah beroperasi di seluruh Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian itu menunjukkan sambutan menggalakkan ... Read more The post 362 unit MyKiosk di Terengganu, hanya 20 masih kosong appeared first on Utusan Malaysia .

Helah makan ‘free’, pelanggan cabut, letak bulu ketiak dalam stik

Helah makan ‘free’, pelanggan cabut, letak bulu ketiak dalam stik

CANBERRA – Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai apabila sengaja mencabut dan meletakkan bulu ketiaknya ke dalam hidangan stik di sebuah restoran di Australia, lapor akhbar Mirror UK.  Kejadian berlaku di Pony Dining The Rocks di Sydney, baru-baru ini.  Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan menunjukkan sebuah keluarga terdiri daripada enam orang termasuk lelaki ... Read more The post Helah makan ‘free’, pelanggan cabut, letak bulu ketiak dalam stik appeared first on Kosmo Digital .

Karya Anak Pahang: 'Istimewa Ramadan Aokmer' gamit memori perantau

Karya Anak Pahang: 'Istimewa Ramadan Aokmer' gamit memori perantau

KUANTAN – Kerinduan anak jati Pahang di perantauan terhadap suasana unik Ramadan di kampung halaman kini boleh dizahirkan menerusi edisi khas pertandingan Karya Anak Pahang (KAP) 2026.Menerusi tema ‘Istimewa Ramadan Aokmer’, inisiatif Kerajaan Negeri Pahang itu mengajak rakyat negeri ini berkongsi nostalgia dan pengalaman Ramadan dalam bentuk penulisan, video atau gambar berserta kapsyen sepanjang Februari.Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer berkata, penganjuran tahun ini tampil berbeza apabila memperkenalkan dua edisi serentak iaitu bagi peserta dalam negeri dan Edisi Perantau Anak Pahang."Bagi yang berada dalam negeri, sama ada bekerja atau belajar di sini, kita kekalkan tema ‘Istimewa Ramadan Aokmer’."Namun kali ini kita tambah satu edisi khas untuk perantau dengan memberi fokus kepada emosi rindu dan nostalgia mereka terhadap Ramadan di Pahang."Sebelum ini perantau boleh sahaja menyertai pertandingan, tetapi bagi Februari ini kita khususkan satu kategori untuk mereka melalui Edisi Perantau Anak Pahang  yang bertemakan 'Rindunya, Ramadan di Pahang' " katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.Menurut Khairul Anwar, idea mewujudkan edisi khas perantau itu tercetus daripada pengalaman beliau sendiri yang pernah bekerja di luar Pahang sebelum kembali berkhidmat di negeri ini."Ketika merantau, setiap kali ke bazar Ramadan pasti teringat Pahang. Kita cari juadah tertentu, ada dijual tetapi rasanya tidak sama."Contohnya martabak, mungkin ada tetapi tidak seperti yang biasa kita nikmati di sini. Dari situ timbul rasa rindu terhadap suasana dan kemeriahan Ramadan di kampung halaman," jelasnya.Memori bersamaBeliau berkata, peserta bebas berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama keluarga, suasana tarawih di masjid atau surau kampung serta tradisi setempat yang berbeza antara daerah."Setiap tempat ada ceritanya tersendiri. Ada yang rindu suasana berbuka beramai-ramai di padang, kemeriahan bazar Ramadan atau kenangan zaman kanak-kanak."Kita mahu cerita-cerita ini dihimpunkan supaya menjadi memori bersama dan pada masa sama menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negeri Pahang," katanya.Menang RM200 setiap hariMengulas mengenai penganjuran KAP secara keseluruhan, beliau berkata, pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM200 setiap hari itu kini memasuki tahun ketiga dengan peningkatan penyertaan yang memberangsangkan."Tahun pertama kita menerima 583 penyertaan dan meningkat kepada 1,284 pada tahun kedua. Ini menunjukkan minat masyarakat terhadap platform ini semakin baik," ujarnya.Tambahnya, pemenang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar sekolah, mahasiswa, suri rumah, guru, pensyarah dan pengamal media yang menyertai pertandingan melalui Facebook, TikTok dan Instagram."Objektif kita adalah menggalakkan masyarakat menggunakan media sosial untuk berkongsi perkara positif mengenai negeri sendiri melalui medium kreatif."Malah ada peserta yang berjaya memenangi hadiah sehingga tiga kali dalam tempoh sebulan," katanya.Penyertaan bagi kedua-dua edisi dibuka sehingga 28 Februari ini dengan peserta kategori perantau perlu menggunakan tanda pagar #PerantauAnakPahang serta mematuhi syarat yang ditetapkan penganjur.

PKR Kedah sasar jadi alternatif terbaik rakyat

PKR Kedah sasar jadi alternatif terbaik rakyat

ALOR SETAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah menyasarkan untuk muncul sebagai alternatif terbaik kepada rakyat negeri ini menerusi pendekatan politik berteraskan integriti, penyelesaian serta tadbir urus yang adil dan berwibawa.Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, usaha itu selaras dengan iltizam Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Kedah diperkukuh semula sebagai antara kubu utama parti dalam meneruskan perjuangan reformasi.Menurutnya, kedudukan PKR yang semakin mantap dan tersusun ketika ini memberi keyakinan kepada parti untuk memperkukuh peranannya di negeri tersebut melalui perancangan strategik serta pengukuhan organisasi."PKR Kedah akan memberi tumpuan kepada pengukuhan struktur kepimpinan, kesiapsiagaan jentera parti serta penyatuan pengalaman pimpinan terdahulu dengan semangat generasi baharu bagi memastikan gerak kerja yang lebih berkesan dan berterusan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pendekatan politik PKR Kedah akan terus berteraskan fakta serta penyelesaian yang jelas, selain memastikan kepentingan dan keperluan rakyat terus diberi keutamaan.Katanya, parti itu komited untuk terus mendekati rakyat dengan memahami realiti setempat serta memperkukuh hubungan pada peringkat akar umbi."Keutamaan parti adalah memastikan PKR kekal dekat dengan rakyat melalui pendekatan yang adil, telus dan berwibawa."Seiring dengan hala tuju kepimpinan parti, PKR Kedah akan terus menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang serta menampilkan kepimpinan berprinsip dalam memikul amanah kepada negeri," ujarnya.Tambahnya, usaha memperkukuh organisasi dan memperkasa jentera parti dilihat penting bagi memastikan PKR kekal relevan dan berupaya menawarkan kepimpinan yang diyakini rakyat.Menurutnya, PKR Kedah optimis bahawa dengan kesatuan pimpinan dan anggota parti, usaha untuk memperkukuh kedudukan parti serta muncul sebagai alternatif terbaik kepada rakyat negeri ini mampu direalisasikan.