Pertikaian peribadi isu tanah, laluan lori punca pacuan empat roda langgar motosikal - Polis

Pertikaian peribadi isu tanah, laluan lori punca pacuan empat roda langgar motosikal - Polis

KAJANG - Pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di Kampung Sungai Jernih di sini dikenal pasti sebagai punca insiden tular membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melanggar motosikal.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian itu pada jam 11.41 pagi, Khamis."Siasatan mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rentetan perselisihan faham antara dua pihak yang berlaku pada Khamis."Motif kejadian ialah berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, susulan insiden itu, polis telah menerima dua laporan berasingan di bawah klasifikasi Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/365 Kanun Keseksaan.Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis menjalankan tangkapan ke atas dua lelaki membabitkan seorang warga tempatan dan warga asing berusia 30 dan 34 tahun bagi laporan pertama.Katanya, bagi laporan kes kedua, polis menahan tiga lelaki tempatan berumur 24 hingga 38 tahun bagi membantu siasatan."Suspek dalam laporan kes pertama merupakan pengadu bagi laporan kes kedua, manakala pengadu kes kedua pula merupakan suspek dalam kes pertama," ujarnya.Shazeli menegaskan, insiden itu berpunca daripada perselisihan faham peribadi dan sama sekali tidak melibatkan unsur gangsterisme atau perkauman."Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang serta diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam," ujarnya.Tambah beliau, polis akan mengambil tindakan berlandaskan perundangan terhadap sesiapa juga yang melakukan tindakan yang menggugat keselamatan serta ketenteraman awam.

Pelembut kain ‘bau Malaysia’ pilihan pak Arab

Pelembut kain ‘bau Malaysia’ pilihan pak Arab

PETALING JAYA – Satu produk pelembut fabrik dijual di Arab Saudi mencuri perhatian orang ramai apabila ia turut menawarkan wangian ‘Malaysia’ kepada para pembeli. Menerusi video TikTok dikongsikan oleh @Muhammad Amran Azizan iaitu seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Arab Saudi, dia menemui pelembut fabrik jenama Sarbex dengan pilihan wangian ‘Malaysia’ itu sewaktu berkunjung ke ... Read more The post Pelembut kain ‘bau Malaysia’ pilihan pak Arab appeared first on Kosmo Digital .

Rogol anak OKU, bapa dijel 16 tahun dan sebat

Rogol anak OKU, bapa dijel 16 tahun dan sebat

KOTA MARUDU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya, dua tahun lalu.Tertuduh berusia 46 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim A Akhiruddin Acho.Mengikut fakta kes, lelaki berkenaan melakukan perbuatan terbabit terhadap anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun di sebuah kampung di daerah ini pada 21 Disember 2024.Mangsa membuat laporan polis pada jam 10.46 malam, 28 Disember 2024, mendakwa dirogol oleh bapa kandungnya.Bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu menahan suspek sebelum dia didakwa pada 26 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan serta mengenakan perintah pengawasan selama tiga tahun selepas tertuduh selesai menjalani hukuman.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tham Pou Jin.Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 43 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tujuh sebatan selepas didapati bersalah merogol adik iparnya di sebuah kampung di daerah sama.Kesalahan itu dilakukan pada 18 Jun 2018 ketika mangsa berusia 16 tahun.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan berkuat kuasa dari tarikh sabitan.

Bukan gangster, pikap langgar motosikal ekoran pertikaian peribadi

Bukan gangster, pikap langgar motosikal ekoran pertikaian peribadi

KAJANG – Siasatan polis mendapati insiden sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan di kawasan Kampung Sungai Jernih, di sini, hari ini tidak melibatkan unsur gangsterisme mahupun perkauman. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima dua laporan berasingan di bawah klasifikasi Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan ... Read more The post Bukan gangster, pikap langgar motosikal ekoran pertikaian peribadi appeared first on Kosmo Digital .