Indonesia sedia hantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza

Indonesia sedia hantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang membuat persiapan awal bagi menghantar sehingga 8,000 anggota tentera ke Gaza sebagai pasukan pengaman antarabangsa. Ia merupakan langkah yang mencerminkan komitmen Presiden, Prabowo Subianto untuk memperkukuh peranan Indonesia dalam keselamatan sejagat dan usaha pembinaan keamanan pasca konflik. Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Maruli Simanjuntak berkata, rancangan itu masih di ... Read more The post Indonesia sedia hantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza appeared first on Utusan Malaysia .

Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik

Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menegaskan bahawa media ditugaskan untuk melaporkan berita berdasarkan fakta, bukannya berkempen untuk parti politik. Ini kerana katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi mendakwa media gagal membuat liputan mengenai kejayaan negeri tersebut dan sentiasa dizalimi ketika bertemu dengan para pelajar di Kaherah, [...]

16 barangan kawalan SHMMP Tahun Baharu Cina, 4 sayur ditambah

16 barangan kawalan SHMMP Tahun Baharu Cina, 4 sayur ditambah

MELAKA – Sebanyak 16 jenis barangan termasuk empat jenis sayur tambahan dikawal di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 yang berkuat kuasa mulai 13 hingga 21 Februari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, skim itu dilaksanakan selama sembilan hari meliputi ... Read more The post 16 barangan kawalan SHMMP Tahun Baharu Cina, 4 sayur ditambah appeared first on Kosmo Digital .

Aturan Kerja Fleksibel benar pekerja swasta mohon bekerja dari rumah

Aturan Kerja Fleksibel benar pekerja swasta mohon bekerja dari rumah

KUALA LUMPUR – Semua pekerja sektor swasta boleh memohon kepada pihak majikan untuk pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang meliputi perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja atau perubahan tempat bekerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, permohonan tersebut juga tertakluk kepada hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan dan lain-lain syarat perkhidmatan. Beliau ... Read more The post Aturan Kerja Fleksibel benar pekerja swasta mohon bekerja dari rumah appeared first on Kosmo Digital .

KEBAKARAN HUTAN | Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di kawasan bukit berhampiran Jalan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Kebakaran dianggar melibatkan kawasan seluas 13.7 hektar.

Setakat jam 4 petang, kebakaran berjaya dikawal dan pemantauan masih dijalankan bagi

KEBAKARAN HUTAN | Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di kawasan bukit berhampiran Jalan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini. Kebakaran dianggar melibatkan kawasan seluas 13.7 hektar. Setakat jam 4 petang, kebakaran berjaya dikawal dan pemantauan masih dijalankan bagi

KEBAKARAN HUTAN | Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di kawasan bukit berhampiran Jalan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini. Kebakaran dianggar melibatkan kawasan seluas 13.7 hektar. Setakat jam 4 petang, kebakaran berjaya dikawal dan pemantauan masih dijalankan bagi

PDX2026 dijangka tarik kehadiran lebih 10,000 peserta

PDX2026 dijangka tarik kehadiran lebih 10,000 peserta

GEORGE TOWN : Pameran dan Persidangan Pendigitalan Pulau Pinang 2026 (PDX2026) yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Spice di sini pertengahan Julai depan dijangka menarik kehadiran sehingga lebih 10,000 peserta. Pengerusi jawatankuasa penganjur, Lukas J. Tan berkata, jangkaan tersebut dibuat susulan kejayaan penganjuran PDX2025 yang menghimpunkan hampir 1,000 para usahawan serta pakar industri dalam negara, ... Read more The post PDX2026 dijangka tarik kehadiran lebih 10,000 peserta appeared first on Utusan Malaysia .

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

MELAKA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Batu Hampar, Bukit Baru, di sini pada Selasa.Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan kenderaan terbabit dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar beberapa kenderaan di laluan bertentangan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.AKAN MENYUSUL

Pemandu Myvi dipercayai alami ‘microsleep’, seorang maut dirempuh

Pemandu Myvi dipercayai alami ‘microsleep’, seorang maut dirempuh

MELAKA – [DIKEMAS KINI] Seorang maut manakala empat cedera selepas sebuah Perodua Myvi terbabas di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu sebelum merempuh lima kenderaan lain di laluan bertentangan pada Selasa.Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan Perodua Myvi dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum merempuh kenderaan berkenaan.Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, kemalangan melibatkan enam kenderaan iaitu tiga buah motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga buah kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi terbabit yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ (terlelap sejenak) telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Menurutnya, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan."Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan manakala pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan melecet di siku."Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan terhadap pemandu Perodua Myvi berusia 35 tahun itu didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.Difahamkan, pemandu Perodua Myvi dijangka dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman pada Rabu.

'PM perlu gantung tugas Azam Baki serta-merta' - Rafizi

'PM perlu gantung tugas Azam Baki serta-merta' - Rafizi

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku pemilikan saham terhadapnya.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, semakan keseluruhan pemilikan harta Azam juga perlu dilakukan segera untuk memastikan bagaimana beliau boleh mempunyai wang sebanyak itu.Menurutnya, tindakan lain termasuklah memastikan sama ada beliau terbabit, secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urus niaga melibatkan MMAG Berhad dan NexG Berhad terutamanya yang melibatkan perolehan awam."Laporan Bloomberg itu mendedahkan satu pelanggaran, iaitu pemilikan 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam Velocity Capital Partners Berhad. Berdasarkan harga hari ini, 17.7 juta saham ini dianggarkan bernilai RM800,000."Ini telah melanggar peraturan-peraturan mengikat penjawat awam, terutamanya terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang secara khusus menyatakan bahawa seorang penjawat awam tidak boleh memiliki saham bernilai lebih RM100,000 dalam mana-mana syarikat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, media antarabangsa Bloomberg melaporkan Azam didakwa memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Ia sekali gus pendedahan awam pertama mengenai pegangan saham besar atas namanya sejak kontroversi beberapa tahun lalu berhubung pegangan sahamnya yang mencetuskan protes menuntut beliau meletakkan jawatan.Rafizi menyifatkan, kontroversi melibatkan pemilikan saham Velocity Capital Partners Berhad bukan melibatkan pelanggaran peraturan penjawat awam semata-mata.Tegasnya, satu perkara mewajarkan satu siasatan menyeluruh diadakan segera ialah urusniaga yang beberapa kali mengundang persoalan melibatkan beberapa syarikat kerana urusniaga itu didakwa melibatkan bekas Setiausaha Politik kepada Anwar, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.