BAM ‘pening’ kos Terbuka Malaysia

BAM ‘pening’ kos Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui penganjuran Terbuka Malaysia tahun depan bakal berdepan cabaran susulan pembaharuan format baharu diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), termasuk peningkatan hadiah wang tunai serta tempoh kejohanan yang lebih panjang. Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, walaupun status Terbuka Malaysia sebagai kejohanan World Tour Super 1000 berjaya dikekalkan, implikasi ... Read more The post BAM ‘pening’ kos Terbuka Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .

Bersatu Johor kekal sokong Muhyiddin, desak tindakan tegas terhadap Hamzah

Bersatu Johor kekal sokong Muhyiddin, desak tindakan tegas terhadap Hamzah

JOHOR BAHRU – Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan dakwaan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ketuanya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, dakwaan yang dibuat oleh segelintir Ketua Bahagian itu tidak benar, mengelirukan dan tidak pernah mendapat mandat daripada BPN Johor mahupun majoriti Ketua Bahagian Bersatu di negeri ini.Menurutnya, kenyataan terbabit hanyalah pendirian peribadi individu tertentu dan sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan parti di peringkat negeri."BPN Johor kekal menyatakan sokongan penuh kepada Presiden parti."Kepimpinan beliau adalah tonggak kestabilan parti dan sebarang usaha untuk menimbulkan persepsi sebaliknya hanya akan melemahkan organisasi serta mengelirukan ahli di peringkat akar umbi," katanya dalam kenyataan.Terdahulu pada Selasa, seramai 14 Ketua Bersatu Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan memimpin parti.Ketua Bahagian Tanjung Piai, Musa Khamis berkata, ia termasuk kegagalan menguruskan krisis dalaman secara efektif serta penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama parti.Dalam pada itu, BPN Johor mendesak Lembaga Disiplin Bersatu supaya mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta mana-mana penyokongnya yang didakwa berulang kali mengeluarkan kenyataan terbuka dan melakukan tindakan bercanggah dengan perlembagaan parti serta keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).Katanya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tindakan dan kenyataan pihak-pihak yang dikaitkan dengan Hamzah jelas mencabar autoriti parti dan mencetuskan ketidakharmonian dalaman, sekali gus berpotensi menjejaskan kesiapsiagaan parti menghadapi cabaran politik akan datang."BPN Johor bersama Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Johor, selari dengan pendirian kepimpinan di beberapa negeri lain, telah mencapai ketetapan untuk mengemukakan satu memorandum rasmi kepada Presiden dan MPT Bersatu bagi mendesak Lembaga Disiplin memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin."Memorandum ini bertujuan memastikan tindakan disiplin yang tegas, adil dan muktamad diambil terhadap mana-mana individu yang secara berterusan melanggar Perlembagaan Parti serta mencabar keputusan parti," katanya.Sebelum ini, Hamzah didakwa bakal dipanggil menghadap lembaga disiplin parti itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Muhyiddin.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan Lembaga Disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Program Licensing Tuisyen Online jana pendapatan tambahan buat ibu bapa

Program Licensing Tuisyen Online jana pendapatan tambahan buat ibu bapa

SHAH ALAM – Ibu bapa yang men­daftarkan anak-anak mereka dalam program Math Expert ba­­kal memperoleh pendapatan tam­­bahan atas usaha mereka mem­bantu mempromosikan per­­khidmatan kelas tuisyen tersebut melalui Program Licensing Tuisyen Online. Ini adalah satu kaedah baharu hasil idea dan kreativiti empat pakar pendidikan yang memiliki pengalaman luas dalam bidang tersebut yang mahu membantu anak-anak khususnya ... Read more The post Program Licensing Tuisyen Online jana pendapatan tambahan buat ibu bapa appeared first on Kosmo Digital .

Misi Harry kembalikan taring perseorangan negara

Misi Harry kembalikan taring perseorangan negara

KUALA LUMPUR: Misi mengembalikan maruah perseorangan lelaki negara kini bermula dengan kehadiran jurulatih baharu, Harry Hartono yang tampil bersama reputasi besar dan harapan tinggi di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara. Harry bukan calang-calang jurulatih apabila namanya pernah terpahat dalam kejayaan melatih jaguh Indonesia, Anthony Ginting dan Jonatan Christie, selain menjadi antara individu terawal yang ... Read more The post Misi Harry kembalikan taring perseorangan negara appeared first on Utusan Malaysia .

Dapat 20 tempahan lepas ‘conteng’ rumah ibu

Dapat 20 tempahan lepas ‘conteng’ rumah ibu

KUALA PILAH – Usaha seorang anak muda untuk menghias dinding pagar rumah keluarga­nya dengan lukisan mural membawa hikmah apabila dia mendapat banyak tempahan selepas kejadian itu tular di media sosial. Muhammad Syafiq Mohd Adib, 32, berkata, dia memang sudah lama berhajat untuk mengubah dinding rumahnya di Air Mawang di sini kepada lukisan mural sebelum diizinkan ... Read more The post Dapat 20 tempahan lepas ‘conteng’ rumah ibu appeared first on Kosmo Digital .