Mahkamah Persekutuan benarkan isu niat dibangkitkan dalam perbicaraan Muhyiddin

Mahkamah Persekutuan benarkan isu niat dibangkitkan dalam perbicaraan Muhyiddin

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan pada Isnin memutuskan untuk tidak menghalang peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada membangkitkan isu berkaitan elemen niat atau 'intention' di bawah Akta Hasutan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi nanti.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan tersebut juga membolehkan pasukan pembelaan Muhyiddin mengemukakan hujahan perundangan berhubung aspek niat berkenaan."Menurut peguam, Datuk Amer Hamzah, Akta Hasutan dalam kerangka sedia ada menyatakan 'niat' seseorang itu adalah tidak relevan. Tan Sri Muhyiddin tuntas dan sentiasa menegaskan pendirian bahawa beliau tidak pernah ada niat untuk menghasut semasa mengimbau fakta kejadian pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Di atas pandangan yang diusulkan oleh Mahkamah Persekutuan pagi ini yang membenarkan isu undang-undang tersebut dibangkitkan di Mahkamah Tinggi, Tan Sri Muhyiddin akan mengambil tindakan yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengembalikan kes hasutan Muhyiddin untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi selepas panel lima hakim enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu.Muhyiddin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 April tahun lalu untuk mencabar kesahihan peruntukan tertentu dalam Akta Hasutan 1984.Ia susulan, beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada 27 Ogos 2024, berhubung kenyataannya bahawa beliau kesal kerana Yang di-Pertuan Agong terdahulu tidak memanggilnya untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, walaupun mendakwa mendapat sokongan 115 ahli Parlimen.

Cuaca lebih lembap di Sabah, Sarawak selama 4 hari

Cuaca lebih lembap di Sabah, Sarawak selama 4 hari

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca lebih lembap dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak selama empat hari bermula 11 hingga 14 Februari ini. Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan tersebut berpunca daripada luruan angin timuran yang dijangka memasuki rantau negara berdasarkan analisis model-model ramalan ... Read more The post Cuaca lebih lembap di Sabah, Sarawak selama 4 hari appeared first on Kosmo Digital .

SWCorp keluar 644 notis kesalahan buang sampah merata

SWCorp keluar 644 notis kesalahan buang sampah merata

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengeluarkan sebanyak 644 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bagi kesalahan membuang sampah merata-rata, setakat pagi tadi, dengan kebanyakannya melibatkan pembuangan puntung rokok. Daripada jumlah itu, 500 notis melibatkan warga tempatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi sebanyak 173, diikuti Kedah (142 kes) dan Negeri ... Read more The post SWCorp keluar 644 notis kesalahan buang sampah merata appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: Program Pengganda30 perkasa industri ruminan negara

PARLIMEN: Program Pengganda30 perkasa industri ruminan negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Program Pengganda30 melibatkan kos berjumlah RM450 juta sebagai intervensi utama bagi melonjakkan industri ruminan negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, inisiatif itu bertujuan mencapai 50 peratus Kadar Sara Diri (SSR) ternakan ruminan menjelang 2030. “Program ini direka sebagai intervensi ... Read more The post PARLIMEN: Program Pengganda30 perkasa industri ruminan negara appeared first on Utusan Malaysia .

2.2 juta kenderaan sehari pada Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan

2.2 juta kenderaan sehari pada Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan

TAPAH – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan yang dijangka meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan, mendorong Plus Malaysia Berhad (Plus) melaksanakan pelbagai inisiatif baharu bagi melancarkan pergerakan trafik serta mengurangkan kesesakan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R). Pengurus Besar Kanan Operasi Plus ... Read more The post 2.2 juta kenderaan sehari pada Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Kos tinggi, pelaksanaan ART Putrajaya dibatalkan

PARLIMEN: Kos tinggi, pelaksanaan ART Putrajaya dibatalkan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak meneruskan cadangan pelaksanaan Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan di Putrajaya susulan kos pelaksanaan yang terlalu tinggi. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, hasil kajian awal mendapati anggaran kos pelaksanaan ART termasuk pembangunan infrastruktur, sistem, operasi dan penyelenggaraan mencecah ... Read more The post PARLIMEN: Kos tinggi, pelaksanaan ART Putrajaya dibatalkan appeared first on Utusan Malaysia .