Kuching City tidak boleh selesa

Kuching City tidak boleh selesa

PETALING JAYA: Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak tidak mahu anak buahnya berada dalam kedudukan selesa biarpun memiliki kelebihan ke atas DPMM FC dalam aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia di Stadium Kuching, malam ini. The Cats sebelah kaki untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 dalam aksi pertama suku ... Read more The post Kuching City tidak boleh selesa appeared first on Utusan Malaysia .

Arsenal mula buat perangai lama

Arsenal mula buat perangai lama

LONDON – Arsenal terus dihimpit tekanan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 1-1 menentang Brentford awal pagi semalam sekali gus hanya berkelebihan empat mata di hadapan Manchester City dengan berbaki 12 perlawanan musim ini. Keputusan itu menguatkan pola membimbangkan buat The Gunners yang sekali lagi gagal memanfaatkan peluang untuk melebarkan kelebihan setiap ... Read more The post Arsenal mula buat perangai lama appeared first on Kosmo Digital .

‘Ramai ingat raya Cina untuk penganut Buddha saja’

‘Ramai ingat raya Cina untuk penganut Buddha saja’

TIGA hari menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, ibu kota mula berselimut rona merah, emas dan deretan gantungan tanglung berwarna benderang. Bagi orang Cina, ini bukan sekadar perayaan, sebaliknya lambang penyusunan semula hidup, menutup helaian lama dan membuka ruang untuk nasib serta azam baharu. Mengikut kalendar lunar, 2026 menyaksikan kemunculan Tahun Kuda khususnya bawah elemen Kuda ... Read more The post ‘Ramai ingat raya Cina untuk penganut Buddha saja’ appeared first on Kosmo Digital .

Niat kurangkan 'screen time', tangan anak pula jadi kanvas

Niat kurangkan 'screen time', tangan anak pula jadi kanvas

SHAH ALAM – Niat seorang ibu untuk mengurangkan masa penggunaan telefon pintar anak bertukar menjadi momen lucu apabila si kecil bertindak ‘kreatif’ sehingga hampir seluruh tangan dan kakinya dipenuhi cat air.Noreen Ismail, 37, berkata, kejadian berlaku ketika aktiviti hujung minggu di rumah ibu mentuanya di Melaka, kira-kira jam 12 tengah hari.Katanya, setiap kali mahu mengurangkan masa skrin, anaknya, Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang berusia 4 tahun pasti akan meminta permainan atau aktiviti lain untuk dilakukan."Dia memang minat dan suka explore dengan warna. Kebetulan masa itu mak mentua saya beri dia main cat air untuk conteng di atas buku."Pada mulanya dia guna berus, tapi lepas itu mula celup tangan dan buat cop tangan atas buku," katanya berkongsi cerita.Tambahnya, keadaan menjadi lebih ‘meriah’ apabila Khayla tiba-tiba duduk di bawah meja dan mula menyapu hampir keseluruhan tangan serta kakinya dengan cat air."Saya masa tu sedang buat kerja lain dan tak beri sepenuh perhatian. Bila perasan dia dah duduk bawah meja, saya terus sergah sebab takut dia warna sekali muka," katanya.Walaupun situasi itu mencuit hati, ibu tersebut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya yang kini semakin aktif dan ceria.Menurutnya, April ini genap hampir dua tahun Khayla menjalani pembedahan pemindahan hati."Alhamdulillah, walaupun pernah melalui fasa penolakan hati sebanyak dua kali, semangat dia untuk terus sihat memang kuat."Sekarang pun dia dah mula masuk sekolah," ujarnya yang tidak menyangka kisah 'kreatif' Khayla itu mendapat perhatian ramai.Khayla sebelum ini disahkan menghidap Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati selamat menjalani pemindahan hati di Hospital Renji, China pada 2024 selepas dana RM250,000 berjaya dikumpulkan.

Negara asal pemain warisan tidak buat tuntutan?

Negara asal pemain warisan tidak buat tuntutan?

PETALING JAYA: Peluang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya untuk menang di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) nampak cerah kerana dipercayai negara asal pemain terbabit dijangka tidak membuat sebarang tuntutan. Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, ketika ini, FAM dan tujuh pemain warisan berdepan halangan undang-undang daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sahaja ... Read more The post Negara asal pemain warisan tidak buat tuntutan? appeared first on Utusan Malaysia .

Dekorasi sembahyang laris menjelang Tahun Baharu Cina

Dekorasi sembahyang laris menjelang Tahun Baharu Cina

KUALA TERENGGANU: Dekorasi untuk ritual sembahyang mendapat sambutan tinggi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Cina di sini mendapati, masyarakat Tionghoa mula membuat persiapan termasuk mendapatkan pelbagai hiasan sembahyang sebagai pelengkap altar dan simbolik menyambut tahun baharu dengan penuh harapan. Seorang peniaga, Fong Lai May, 70, berkata, setiap ... Read more The post Dekorasi sembahyang laris menjelang Tahun Baharu Cina appeared first on Utusan Malaysia .

15 mata untungkan pemain Eropah, China?

15 mata untungkan pemain Eropah, China?

KUALA LUMPUR: Perubahan format kepada sistem 15 mata yang sedang dipertimbangkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berisiko menguntungkan pemain Eropah dan China.   Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto menyifatkan tempoh perlawanan yang lebih singkat akan meningkatkan intensiti permainan, sekali gus menuntut perubahan taktikal.   Menurutnya, pemain tidak lagi mempunyai masa untuk bangkit selepas ketinggalan ... Read more The post 15 mata untungkan pemain Eropah, China? appeared first on Utusan Malaysia .

KDNK catat 6.3 peratus tertinggi dalam 3 tahun

KDNK catat 6.3 peratus tertinggi dalam 3 tahun

PUTRAJAYA: Permintaan domestik kekal kukuh dalam meneraju pertumbuhan eko­no­mi Malaysia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat tahun lalu mencatat sebanyak 6.3 peratus, ter­tinggi dalam tempoh tiga tahun dan mengatasi anggaran awal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, momentum ini mendorong pertumbuhan KDNK tahun 2025 kepada 5.2 peratus manakala 5.1 peratus pada 2024, ... Read more The post KDNK catat 6.3 peratus tertinggi dalam 3 tahun appeared first on Utusan Malaysia .

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

APABILA berpeluang menyertai program di luar negara, pengalaman yang diraih sebenarnya jauh melangkaui jadual rasmi yang telah disusun. Di celah-celah atur cara, kita berpeluang menyelami suasana kehidupan masyarakat setempat, menikmati keindahan mercu tanda serta memerhati budaya dan cara hidup yang mungkin berbeza daripada kebiasaan. Setiap langkah dan pertemuan membuka ruang untuk memahami dunia dari sudut ... Read more The post Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri appeared first on Utusan Malaysia .

Kokurikulum membina jati diri sepanjang hayat

Kokurikulum membina jati diri sepanjang hayat

MASIH ingat lagi suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Convent Aulong, Taiping, Perak di mana saya memulakan alam persekolahan. Untuk rekod, ada tiga sekolah Convent yang menggabungkan murid lelaki dan perempuan. Selain sekolah saya, terdapat SRK Convent Cameron Highlands di Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) St. Theresa’s Convent, Taiping dengan keunikan ini. Sekolah ... Read more The post Kokurikulum membina jati diri sepanjang hayat appeared first on Utusan Malaysia .

Hampir 80% unit di UDA Heights terjual di Johor

Hampir 80% unit di UDA Heights terjual di Johor

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) terus memperkukuh momentum pembangunan hartanah di Johor susulan sambutan memberangsangkan terhadap projek kediaman premium, UDA Heights dengan hampir 80 peratus unit habis dijual. Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu berkata, permintaan kukuh melibatkan unit banglo dan rumah berkembar dua tingkat dalam projek berkenaan mencerminkan keyakinan ... Read more The post Hampir 80% unit di UDA Heights terjual di Johor appeared first on Utusan Malaysia .

Rasionalisasi subsidi, perlukah rakyat terus diberi ‘tongkat’?

Rasionalisasi subsidi, perlukah rakyat terus diberi ‘tongkat’?

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tidak lagi mempunyai kemewahan untuk mengekalkan pendekatan subsidi secara pukal tanpa menilai keberkesanan dan keadilannya.  Perbelanjaan melebihi RM70 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif pada 2024, diikuti RM58 bilion pada 2025 dan unjuran RM49 bilion pada 2026, jelas menggambarkan betapa besarnya komitmen fiskal negara dalam menjaga kebajikan ... Read more The post Rasionalisasi subsidi, perlukah rakyat terus diberi ‘tongkat’? appeared first on Utusan Malaysia .

NTIS bukti teknologi tempatan tembusi pasaran antarabangsa

NTIS bukti teknologi tempatan tembusi pasaran antarabangsa

KUALA LUMPUR: Program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) membuktikan inovasi tempatan kini menerajui penyelesaian berasaskan penerimagunaan sebenar melalui penggunaan teknologi dalam ekosistem industri, sektor awam dan pasaran antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Ashran Datuk Ghazi berkata, penyertaan syarikat dan inovator dalam NTIS telah membentuk pendekatan inovasi yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah sebenar khususnya ... Read more The post NTIS bukti teknologi tempatan tembusi pasaran antarabangsa appeared first on Utusan Malaysia .