Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman
Noraidah selaku waris terdekat berkata dia mempunyai kepentingan langsung dan ketara dalam prosiding dijalankan.
Noraidah selaku waris terdekat berkata dia mempunyai kepentingan langsung dan ketara dalam prosiding dijalankan.
KOTA KINABALU - Polis tidak menolak kemungkinan mangsa yang dikerat anggota badannya telah dibunuh di lokasi lain sebelum potongan anggota tubuhnya dibuang di kawasan Taman Indah Permai, Sepanggar, di sini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kota Kinabalu sedang menjalankan siasatan lanjut di lokasi mayat mangsa ditemui."Hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa bahagian anggota tubuh manusia ditemui di dalam tong sampah serta di sekitar kawasan rumah kedai Indah Permai."Kesemua bahagian yang dijumpai dipercayai milik seorang mangsa yang sama namun setakat ini, identiti masih belum dapat dipastikan dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti identiti serta mengesan waris terdekat," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) serta Unit Anjing Pengesan (K9) telah menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi bagi tujuan pengumpulan bahan bukti dan membantu siasatan."Berdasarkan pemerhatian awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh di lokasi lain sebelum bahagian tubuh tersebut dibuang di kawasan rumah kedai berkenaan."Bagaimanapun, siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian, modus operandi kejadian serta individu yang terlibat," katanya.Syed Lot berkata, mayat telahpun dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 8.30 pagi Jumaat."Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis."Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, ASP Rahman di talian 012-310 6882 atau boleh terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 dan segala maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan."PDRM memandang serius kejadian ini dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan," katanya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat dipercayai seorang wanita dikerat.Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.
KUALA LUMPUR: Against a backdrop of growing water security challenges across the region, Asiawater 2026 2026 hosted an exclusive media briefing, offering a first look at the 14th edition of the premier water and wastewater event for developing Asia. Read full story
KUALA LUMPUR: Against a backdrop of growing water security challenges across the region, Asiawater 2026 2026 hosted an exclusive media briefing, offering a first look at the 14th edition of the premier water and wastewater event for developing Asia. Read full story
This new chapter in premium dining was marked by the Malaysian debut of Gundagai Lamb GLQ5+ marbled lamb.
JOHOR BAHRU, Feb 12 — Three of the seven students in Johor who contracted tuberculosis (TB) have recovered, while...
SHAH ALAM, Feb 12 (Bernama) -- GM Klang now features a refreshed look with the addition of new tenants and a strengthened one-stop lifestyle centre concept that integrates shopping, fitness, recreation and community elements under one roof.
Yunus sifatkan pilihan raya pasca kebangkitan sebagai penamat 'mimpi ngeri' #BHDunia Menamatkan mimpi ngeri dan memulakan impian baharu.
KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menumpaskan satu rangkaian pengedaran dadah antarabangsa dengan nilai rampasan dadah mencecah RM78.6 juta dalam satu operasi khas pada Rabu.Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, dalam operasi tersebut, dua buah kapal telah ditahan aset Maritim yang melakukan rondaan kira-kira 107 batu nautika timur laut Kuantan berhampiran sempadan perairan Pahang dan Terengganu.Menurutnya, kapal pertama iaitu kapal tangki sepanjang 50.34 meter dikenali sebagai Kamal Bangkok yang didaftarkan di Thailand ditahan pada jam 10.47 pagi ketika berlayar ke arah selatan."Kapal itu membawa 13 kru terdiri daripada 10 warga Thailand dan tiga warga Indonesia berusia antara 33 hingga 68 tahun."Hasil pemeriksaan menemukan 76 guni mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat keseluruhan 1.572 tan."Turut dirampas kira-kira 50,000 liter minyak diesel," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, di sini pada Khamis.Mazlan memaklumkan, sebuah lagi kapal kargo sepanjang 39.8 meter dikenali sebagai Sail Fish 09 yang didaftarkan di Indonesia ditahan kira-kira jam 10.50 pagi di lokasi sama.Jelasnya, kapal itu membawa lima kru warga Indonesia berusia antara 33 hingga 71 tahun."Justeru keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah, minyak diesel dan dua kapal dianggarkan berjumlah RM83.75 juta."Dadah yang dirampas dipercayai boleh digunakan kira-kira sembilan juta penagih," ujarnya.Menurutnya, kesemua 18 kru termasuk dua nakhoda akan dipohon reman selama tujuh hari sehingga 19 Februari bagi membantu siasatan.Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1958.Tambahnya, kapal dan barang kes dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, Terengganu untuk tindakan lanjut."Tangkapan dan rampasan ini merupakan yang terbesar pernah direkodkan Maritim Negeri Pahang sejak penubuhannya," katanya.
PETALING JAYA – MBSB Bank dan Malaysia Rail Industry Corporation (MARIC) telah memeterai satu kerjasama strategik bagi memperkukuhkan ekosistem industri rel Malaysia dengan memajukan inovasi, meningkatkan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada pembiayaan mampan serta mempercepatkan pengkomersialan penyelesaian tempatan. Melalui kerjasama tersebut, MBSB Bank dan MARIC akan bekerjasama menyokong PKS berkaitan rel, penyedia teknologi ... Read more The post MBSB peruntuk RM1 bilion untuk perkasakan PKS dalam sektor rel appeared first on Kosmo Digital .
SEOUL, Feb 12 — A South Korean court today sentenced former Interior Minister Lee Sang-min to seven years in priso...
PUTRAJAYA: Kumpulan aktivis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang memegang jawatan pengurusan tertinggi di sebuah universiti awam di Melaka atas dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan serta rasuah. Sekretariat Aktivis Pembela Tanah Air (Peta) Kebangsaan merangkap Pengerusi Peta Melaka, Mohd. Zamri Abu Bakar berkata, pihaknya tampil membuat laporan kepada SPRM ... Read more The post Aktivis dakwa individu tertinggi universiti awam salah guna kuasa appeared first on Utusan Malaysia .
KUBANG PASU: Polis menggagalkan cubaan menyeludup 40 karkas babi dari Thailand ke Pulau Pinang dalam Op Taring Chiller dekat Padang Besar, Parlis, kelmarin. Operasi khas itu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan Risik Batalion 1 Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis. Komander Briged Utara PGA Ulu ... Read more The post 40 karkas babi gagal diseludup ke Pulau Pinang appeared first on Utusan Malaysia .
KUALA LUMPUR, Feb 12 — The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a thunderstorm warning for...
2 lelaki mengaku bersalah niaga minyak masak tanpa lesen
Kota Kinabalu: Wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam berikutan penemuan mayatnya yang terpisah kepada tujuh bahagian dipercayai dipotong menggunakan senjata tajam. © New Straits Times Press (M) Bhd