Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada pagi Khamis.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat."Kenyataan akan diberikan sebab ada penemuan baharu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Bagaimanapun, tidak dinyatakan penemuan tersebut melibatkan anggota badan lain atau sebaliknya.Sebelum itu, penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat dalam kejadian di tempat pembuangan sampah kira-kira jam 7 pagi.Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Menu RMT ditambah daripada 20 kepada 33 jenis

Menu RMT ditambah daripada 20 kepada 33 jenis

KUALA LUMPUR: Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan ditambah menu daripada 20 kepada 33 jenis bermula akhir tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penambahan itu dibuat kerana mengambil kira aspek keperluan kalori dan seimbang selepas perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM). Katanya, ia juga bertujuan menarik minat dan cita rasa murid melalui tawaran pilihan makanan ... Read more The post Menu RMT ditambah daripada 20 kepada 33 jenis appeared first on Utusan Malaysia .

Sharifah Aleya umum sudah bercerai

Sharifah Aleya umum sudah bercerai

PETALING JAYA: Penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, mengumumkan beliau kini sudah bercerai dengan suami, Mohammed Azam Abdullah. Walaupun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian, Aleya memaklumkan tempoh idahnya telah tamat hari ini. “Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain melalui ... Read more The post Sharifah Aleya umum sudah bercerai appeared first on Utusan Malaysia .

Kerjasama Mara-pemain industri Jepun dipertingkat

Kerjasama Mara-pemain industri Jepun dipertingkat

LANGKAWI – Kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan pemain industri Jepun perlu terus dipertingkatkan menerusi pengukuhan peranan Mara-Japan Industrial Institute (MJII) bagi memastikan pelaksanaan program latihan lebih tersusun dan berimpak tinggi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penglibatan syarikat Jepun yang lebih menyeluruh dan tersusun akan membolehkan MJII berperanan sebagai saluran ... Read more The post Kerjasama Mara-pemain industri Jepun dipertingkat appeared first on Kosmo Digital .