Pelakon James Van Der Beek meninggal dunia akibat kanser

Pelakon James Van Der Beek meninggal dunia akibat kanser

PELAKON Amerika Syarikat (AS), James Van Der Beek meninggal dunia selepas berjuang melawan kanser usus, lapor PA Media/dpa.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan keluarga pelakon itu pada Rabu memaklumkan bahawa beliau dilaporkan meninggal dunia "dengan tenang."Van Der Beek, 48, paling dikenali menerusi watak utama dalam drama remaja popular AS, Dawson's Creek."James David Van Der Beek yang kami kasihi menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pagi ini."Hari-hari itu akan tiba. Buat masa ini, kami memohon ruang privasi ketika kami meratapi pemergian suami, bapa, anak lelaki, abang dan sahabat yang kami kasihi," menurut kenyataan keluarga itu. - Bernama-PA Media/dpa

Forest pecat pengurus ketiga

Forest pecat pengurus ketiga

LONDON – Sean Dyche muncul pengurus ketiga menjadi mangsa pemecatan Nottingham Forest musim ini selepas kelab itu hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers di City Ground awal pagi semalam. Lebih malang, Dyche hanya sempat bertahan empat bulan bersama kelab itu sejak dilantik menggantikan Ange Postecoglou pada 21 Oktober 2025. “Nottingham ... Read more The post Forest pecat pengurus ketiga appeared first on Kosmo Digital .

Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman

Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 18 Mac depan untuk mendengar permohonan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman yang difailkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membatalkan prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah memfailkan permohonan terbabit pada 23 Disember lepas, bagi pihak ibu Zara iaitu Noraidah Lamat.Dalam permohonan itu yang disokong oleh afidavit, Noraidah selaku waris terdekat berkata, dia mempunyai kepentingan langsung dan ketara dalam prosiding dijalankan serta hasil inkues termasuk penemuannya.Noraidah menyatakan bahawa pemohon, Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela) tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung dalam prosiding inkues dan pembatalan inkues itu akan menjejaskan hak statutorinya untuk memperoleh penyiasatan yang menyeluruh, sah dan sewajarnya mengenai punca kematian.Pada 21 November 2025, Pembela memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya membatalkan keseluruhan inkues atas alasan ia dijalankan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Persekutuan dan bukannya mengikut Ordinan Inkues 1959.NGO itu berhujah bahawa undang-undang Sabah yang khusus menyediakan jaminan prosedur dan wajar diguna pakai dalam inkues berkenaan serta memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Ordinan Inkues 1959 sebagai undang-undang terpakai dan mengetepikan prosiding yang sedang berlangsung. - Bernama

[VIDEO] ‘Balik Amerika? Buat apa…Malaysia terbaik di dunia’

[VIDEO] ‘Balik Amerika? Buat apa…Malaysia terbaik di dunia’

PETALING JAYA – “Balik Amerika (Amerika Syarikat)? Buat apa?,” itu pertanyaan semula seorang warga Amerika Syarikat yang dikenali sebagai @Muscleboiiofficial di TikTok apabila ditanya mengenai hasratnya untuk kembali ke negara asal selepas menetap di Malaysia. Menerusi satu video yang tular di platform tersebut, lelaki berkenaan berkongsi keterujaannya tinggal di Malaysia dan mengakui tidak bercadang untuk ... Read more The post [VIDEO] ‘Balik Amerika? Buat apa…Malaysia terbaik di dunia’ appeared first on Kosmo Digital .

Juruterbang dipuji buat pendaratan cemas di pantai Somalia

Juruterbang dipuji buat pendaratan cemas di pantai Somalia

MOGADISHU: Seorang juruterbang menerima pujian selepas berjaya melakuan pendaratan cemas sebuah pesawat penumpang yang mengalami kerosakan teknikal di tepi pantai berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Somalia. Starsky Aviation berkata, tindakan pantas juruterbang itu amat penting kerana berjaya menyelamatkan nyawa 50 penumpang dan lima anak kapal tanpa sebarang kecederaan serius. Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Somalia ... Read more The post Juruterbang dipuji buat pendaratan cemas di pantai Somalia appeared first on Utusan Malaysia .

BMW Recalls Up To 575,000 Vehicles Due To Faulty Starter

BMW Recalls Up To 575,000 Vehicles Due To Faulty Starter

Earlier this week, BMW issued a global recall for up to hundreds of thousands of vehicles due to a potential fire hazard that is related to a faulty starter system. After a bit of probing, kfz-betrieb, a German news outlet, determined that the automaker is planning to recall up to 575,000 vehicles across multiple model […] The post BMW Recalls Up To 575,000 Vehicles Due To Faulty Starter appeared first on Lowyat.NET .