Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah Yeoh

Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bagi memperkukuh hala tuju Kuala Lumpur sebagai bandar pintar, selamat, tahan tekanan krisis dan berpaksikan rakyat.Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata, perbincangan yang diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din ke pejabatnya itu hari ini, antara lain menyentuh tentang peranan teknologi 5G.Hannah berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau menegaskan kepentingan teknologi digital, khususnya rangkaian 5G sebagai tulang belakang kepada dasar awam meliputi aspek keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan kesejahteraan rakyat.Perbincangan katanya, turut menyentuh keperluan integrasi teknologi pintar bagi mempercepat tindak balas kecemasan, meningkatkan keselamatan jalan raya melalui kerjasama strategik bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlindungan golongan warga emas serta memastikan kesinambungan komunikasi di terowong Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan lebuh raya."Bandar pintar bukan tentang siapa paling canggih. Bandar pintar ialah siapa paling bersedia melindungi rakyat ketika detik paling genting."Inilah komitmen Kuala Lumpur, iaitu memastikan teknologi bukan sekadar memudahkan kehidupan harian, tetapi menjadi perisai keselamatan warga pada saat paling kritikal," katanya. - Bernama

Intel Rumoured To Have Delayed Launch Of Panther Lake CPUs For Gaming Handhelds

Intel Rumoured To Have Delayed Launch Of Panther Lake CPUs For Gaming Handhelds

Intel is rumoured have to have delayed the launch of its Panther Lake CPUs for gaming handhelds. More specifically, handhelds powered by the blue chipmaker’s latest mobile CPU won’t be hitting the market at least till the second quarter of this year. Word of the delay was first leaked by serial leakster Golden Pig, via […] The post Intel Rumoured To Have Delayed Launch Of Panther Lake CPUs For Gaming Handhelds appeared first on Lowyat.NET .

PARLIMEN: Hanya peminjam PTPTN culas, berpendapatan tinggi dikenakan sekatan perjalanan

PARLIMEN: Hanya peminjam PTPTN culas, berpendapatan tinggi dikenakan sekatan perjalanan

KUALA LUMPUR: Hanya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan benar-benar culas akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, bagi peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, tidak akan dikenakan sekatan perjalanan bagi memastikan keadilan serta kelestarian dana pendidikan negara. “Ini ... Read more The post PARLIMEN: Hanya peminjam PTPTN culas, berpendapatan tinggi dikenakan sekatan perjalanan appeared first on Utusan Malaysia .

PARLIMEN: Program kerani berartikel buka peluang golongan kurang berkemampuan

PARLIMEN: Program kerani berartikel buka peluang golongan kurang berkemampuan

KUALA LUMPUR: Program kerani berartikel tetap relevan dan wajar diteruskan kerana ia memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan menceburi bidang perundangan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, program itu membuka laluan bagi anak-anak keluarga miskin mempelajari undang-undang dan seterusnya menjadi peguam berkaliber. Katanya, ia juga dapat memastikan akses ... Read more The post PARLIMEN: Program kerani berartikel buka peluang golongan kurang berkemampuan appeared first on Utusan Malaysia .

‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’

‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’

JOHOR BAHRU – Hati usahawan sensasi Madam Mariyah tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi namun berharap dijodohkan dengan bakal suami yang sekufu terutama dari segi kewangan.  Mariyah atau nama sebenarnya, Mariyah Yaakob, 51, bagaimanapun meletakkan urusan jodoh semua kepada ketentuan Ilahi kerana baginya, Tuhan sebaik-baik Perancang.  “Insya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah ... Read more The post ‘Bukan anti lelaki, saya tak nak suami tumpang senang bini’ appeared first on Kosmo Digital .

Gabriel Palmero sertai Kuching City FC

Gabriel Palmero sertai Kuching City FC

KUCHING City FC membawa masuk pemain warisan negara, Gabriel Palmero, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai masa depan pemain kelahiran Sepanyol itu menjelang saingan Liga Super musim ini.Pengesahan itu dibuat menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi kelab berkenaan hari ini yang menyaksikan Palmero kini sah menjadi sebahagian daripada skuad The Cats bagi menghadapi baki kempen liga.Sebelum ini, daripada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang diberi kebenaran untuk kembali beraksi, Palmero merupakan satu-satunya pemain yang masih belum memiliki kelab, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kariernya.Situasi tersebut mula mendapat perhatian apabila pemerhatian di media sosial mendapati Palmero mengikuti akaun rasmi Kuching City FC di Instagram, sekali gus menguatkan petunjuk perpindahannya ke Sarawak.Terdahulu, Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak, pernah membuka ruang kepada kemungkinan pasukannya mendapatkan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara bagi memperkukuh kekuatan pasukan.Kehadiran Palmero dijangka memberi nilai tambah kepada jentera Kuching City FC, khususnya dari segi variasi serangan serta pengalaman antarabangsa dalam usaha pasukan Sarawak itu meningkatkan daya saing dalam saingan Liga Super musim ini.

PGA lumpuhkan sindiket seludup migran

PGA lumpuhkan sindiket seludup migran

SEREMBAN - Sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan selepas 22 warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di sini, awal pagi Ahad.Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 12.30 tengah malam.Menurutnya, kesemua 22 tangkapan warga Indonesia itu terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, manakala empat lagi lelaki ialah tekong laut."Turut dirampas dalam operasi ini ialah dua kenderaan jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan selain enam unit telefon bimbit yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran terbabit."Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM239,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hakemal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Beliau menegaskan, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.Dalam perkembangan berkaitan, Briged Tengah PGA merekodkan 39 serbuan bagi tempoh 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini di kawasan tanggungjawab meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor."Hasilnya, seramai 161 individu ditangkap dengan rampasan mencecah RM8 juta," ujarnya.Tambah beliau, pihak polis menyeru kerjasama masyarakat untuk menjadi barisan hadapan dalam menyalurkan maklumat sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan bagi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan.

PARLIMEN: Penglibatan swasta dalam Smart Sawah Berskala Besar masih rendah

PARLIMEN: Penglibatan swasta dalam Smart Sawah Berskala Besar masih rendah

KUALA LUMPUR: Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) tidak gagal meskipun sasaran 80 peratus tahap sara diri (SSL) belum dicapai. Menafikan kegagalan program itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, kekangan utama pelaksanaannya berpunca daripada penglibatan sektor swasta yang masih tidak mencukupi, mengehadkan peluasan projek ke kawasan tertentu sahaja. ... Read more The post PARLIMEN: Penglibatan swasta dalam Smart Sawah Berskala Besar masih rendah appeared first on Utusan Malaysia .