Larangan Penternakan Babi: Titah Sultan Selangor Cerminan Keprihatinan Kepada Rakyat

Larangan Penternakan Babi: Titah Sultan Selangor Cerminan Keprihatinan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua Wanita Hulu Selangor, Senator Datuk Rosni Sohar menyifatkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menegaskan bahawa tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini sebagai cerminan keprihatinan kepada rakyat. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata keputusan ini juga membuktikan bahawa kepentingan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa menjadi [...]

Bersih gesa Azam letak jawatan

Bersih gesa Azam letak jawatan

PETALING JAYA: Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini kerana isu pegangan saham melibatkan Azam bukan perkara baharu selepas beliau sebelum ini turut dikatakan  mempunyai pemilikan saham ... Read more The post Bersih gesa Azam letak jawatan appeared first on Utusan Malaysia .

Pembinaan rumah ibadat: Jangan politikkan isu agama, patuhi undang-undang – Agong

Pembinaan rumah ibadat: Jangan politikkan isu agama, patuhi undang-undang – Agong

PETALING JAYA – Semua pihak diingatkan supaya tidak mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Malaysia dibina atas asas keharmonian dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan terhadap undang-undang. Sultan Ibrahim mengimbas kembali pengalaman ... Read more The post Pembinaan rumah ibadat: Jangan politikkan isu agama, patuhi undang-undang – Agong appeared first on Kosmo Digital .

JPSM laksana Op Limau bendung pembalak, hasil hutan haram

JPSM laksana Op Limau bendung pembalak, hasil hutan haram

PEKAN - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melaksanakan Op Limau 2026 sebagai langkah membendung aktiviti pembalakan haram serta penyeludupan hasil hutan sepanjang musim perayaan.Operasi bermula 11 hingga 27 Februari ini melibatkan kerjasama strategik antara JPSM dan jabatan perhutanan negeri melalui pelaksanaan rondaan bersepadu, pemantauan berterusan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan sistematik di lapangan.Ketua Pengarah JPSM, Datuk Zahari Ibrahim berkata, pelaksanaan operasi ini merupakan langkah proaktif susulan peningkatan permintaan terhadap hasil hutan, khususnya kayu balak dan produk berasaskan kayu yang lazimnya berlaku menjelang musim perayaan.Menurutnya, ia berpotensi meningkatkan risiko pelanggaran undang-undang perhutanan."Operasi ini bukan sahaja bertujuan memastikan aktiviti pengeluaran, pengangkutan dan perdagangan hasil hutan dilaksanakan secara sah dan mematuhi peraturan semasa, malah turut berperanan dalam membendung aktiviti pembalakan haram serta penyeludupan hasil hutan sepanjang musim perayaan."Pelaksanaan Ops Limau 2026 juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan khususnya JPSM dalam menyokong agenda Kerajaan Madani khususnya dalam memperkukuh tadbir urus, integriti serta pengurusan sumber asli secara mampan demi kepentingan generasi kini dan akan datang selain melindungi khazanah hutan negara yang bernilai tinggi," katanya dalam kenyataan.Beliau sebelum itu melancarkam Flag-Off Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Op Limau 2026 JPSM dengan Jabatan Perhutanan Negeri sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di sini pada Rabu.Tambah Zahari, melalui pendekatan operasi bersepadu ini, JPSM turut memperkukuh penyelarasan antara peringkat persekutuan dan negeri, di samping memperkasakan peranan penguatkuasaan sebagai tunjang utama dalam pemeliharaan dan kelestarian sumber hutan negara.Tegasnya, pemeliharaan hutan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, malah memerlukan sokongan semua pihak termasuk pemain industri, komuniti setempat dan masyarakat umum."Dalam hal ini, orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan melalui saluran rasmi JPSM bagi membantu usaha membanteras aktiviti haram," ujarnya.Dalam perkembangan lain, JPSM merekodkan 304 kes berkaitan kesalahan hutan dengan 491 tangkapan membabitkan warga tempatan dan asing di Semenanjung Malaysia sepanjang tahun lalu.Kata beliau, sebanyak 75 kes dikesan melalui aktiviti rondaan secara berjadual dengan kerjasama anggota Unit Penguatkuasa daerah dan negeri."Kita melakukan 491 tangkapan sepanjang tahun lalu membabitkan 447 warga tempatan dan 44 warga asing."Warga asing yang ditangkap membabitkan 13 warga Myanmar, Indonesia (11), Bangladesh (6), Vietnam (3), China (3), Kemboja (2), Kenya (2) dan Pakistan (2)," ujarnya.Tegasnya, kesemua tangkapan telah diambil tindakan di bawah akta dan perundangan jabatan ini.

Kak KM nafi canang isu rumah tangga kakak sendiri

Kak KM nafi canang isu rumah tangga kakak sendiri

KUALA LUMPUR – Pempengaruh serta usahawan sensasi, Kak KM menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi penyebar kisah pergolakan rumah tangga kakaknya, Kak Nona yang kini dalam proses perceraian, sehingga tular dalam media sosial. Ujar Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 45, tuduhan mengaitkan dirinya dalam hal peribadi orang lain adalah tidak berasas. “Saya tak pernah ... Read more The post Kak KM nafi canang isu rumah tangga kakak sendiri appeared first on Kosmo Digital .

8 hilang nyawa ditembak di sekolah

8 hilang nyawa ditembak di sekolah

OTTAWA – Insiden  tembakan di sebuah sekolah di wilayah British Columbia menyebabkan lapan orang terbunuh termasuk penembak, manakala berpuluh-puluh lagi cedera, demikian menurut kenyataan polis Kanada semalam. Pasukan Polis Diraja Kanada (RCMP) berkata, seorang suspek ditemukan mati, dipercayai berpunca daripada tindakan mencederakan diri sendiri. Terdahulu, RCMP memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengenal pasti sama ada terdapat ... Read more The post 8 hilang nyawa ditembak di sekolah appeared first on Kosmo Digital .

Dua maut, motosikal rempuh belakang lori rosak

Dua maut, motosikal rempuh belakang lori rosak

SEREMBAN: Dua orang lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 254.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori yang ... Read more The post Dua maut, motosikal rempuh belakang lori rosak appeared first on Utusan Malaysia .

Sarawak sedia eksport babi ke Selangor

Sarawak sedia eksport babi ke Selangor

PETALING JAYA: Sarawak sedia meningkatkan ekport babi ke Selangor susulan larangan aktiviti penternakan babi di negeri berkenaan. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, Sarawak sebenarnya telah mula mengeksport babi hidup ke Selangor sejak beberapa tahun lalu. “Kami juga terbuka untuk membekalkan kepada negeri lain yang berhasrat ... Read more The post Sarawak sedia eksport babi ke Selangor appeared first on Utusan Malaysia .