Sindiket pasport palsu Bangladesh tumpas

Sindiket pasport palsu Bangladesh tumpas

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pemalsuan pasport warga Bangladesh selepas menahan seorang lelaki warga asing dalam Operasi Khas di dua lokasi sekitar Sentul, di sini, semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi bermula pukul 6 pagi itu dijalankan hasil maklumat awam serta risikan selama sebulan oleh Bahagian ... Read more The post Sindiket pasport palsu Bangladesh tumpas appeared first on Kosmo Digital .

Ketua Bersekutu Bersatu Johor keluar parti, hilang percaya Muhyiddin

Ketua Bersekutu Bersatu Johor keluar parti, hilang percaya Muhyiddin

JOHOR BAHRU: Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang mengumumkan meletak jawatan serta keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata, peletakan jawatan dan keahlian itu dibuat susulan telah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya Tan Lek Khang dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Bersekutu Bersatu Negeri Johor, ... Read more The post Ketua Bersekutu Bersatu Johor keluar parti, hilang percaya Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia .

PKR miliki kekuatan sendiri ketika parti lain kelam kabut – Anwar

PKR miliki kekuatan sendiri ketika parti lain kelam kabut – Anwar

ALOR SETAR: PKR akan bangkit sebagai sebuah parti yang memiliki kekuatan tersendiri dalam keadaan parti-parti lain di negara ini yang masih berdepan ketidaktentuan ketika ini. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan itu juga bersandarkan rekod parti dalam mengurus negara dari sudut tatakelola dan ekonomi, walaupun masih berdepan kritikan serta cabaran daripada pihak luar ... Read more The post PKR miliki kekuatan sendiri ketika parti lain kelam kabut – Anwar appeared first on Utusan Malaysia .

Kerajaan perluas surau Jumaat di lokasi strategik, pusat beli-belah dan R&R - Zulkifli

Kerajaan perluas surau Jumaat di lokasi strategik, pusat beli-belah dan R&R - Zulkifli

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalu-alukan usaha pelbagai pihak dalam mengimarahkan masjid dan surau di negara ini, termasuk penaiktarafan surau Jumaat di lokasi strategik seperti pusat beli-belah serta kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya kini giat memperluas kemudahan surau Jumaat di lokasi strategik berkenaan berikutan projek perintis di R&R Seremban serta di IOI Mall Putrajaya menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran ribuan jemaah, sekali gus membuktikan keperluan kemudahan tersebut."Jika sebelum ini pihak yang ingin membina surau Jumaat perlu memohon, kini kami pula yang turun mencari lokasi sesuai. Kita telah menggerakkan pasukan untuk mengenal pasti tempat yang berpotensi, termasuk di pusat beli-belah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan watikah Solat Jumaat Surau Irtifa’ Menara Affin dan pelancaran rasmi aplikasi UsimMasjidPro, iaitu bagi mentransformasikan pengurusan masjid dan komuniti kariah ke arah digital secara lebih sistematik, telus dan efisien di Menara Affin Tun Razak Exchange (TRX) di sini pada Jumaat.Turut hadir, Pengerusi Affin Bank, Datuk Agil Natt; Ahli Lembaga Pengarah USIM, Datuk Dr Hasan Baharom dan Pengerusi USIM Holdings, Mohd Khair Ngadiron.Zulkifli berkata, antara lokasi yang kini sedang dinaik taraf bagi membolehkan solat Jumaat dilaksanakan ialah di beberapa pusat beli-belah termasuk Alamanda serta beberapa R&R di lebuh raya.Beliau turut memaklumkan ketika ini Malaysia mempunyai lebih 6,784 masjid berdaftar, lebih 1,000 surau Jumaat dan lebih 18,000 surau.Sementara itu, Mohd Khair berkata, sebanyak 500 masjid di seluruh negara telah berdaftar sebagai pengguna aplikasi UsimMasjidPro yang dilancarkan hari ini, sekali gus mencerminkan tahap penerimaan yang memberangsangkan terhadap inisiatif pendigitalan pengurusan institusi masjid."Ia bukan sekadar sebuah aplikasi, sebaliknya satu ekosistem pintar yang memudahkan pengurusan masjid dan komuniti kariah secara digital."Objektif utama kami adalah untuk memudahkan serta menggalakkan budaya berinfak, yang kini boleh dilakukan hanya di hujung jari, pada bila-bila masa dan di mana jua," katanya.Mohd Khair berkata, pembangunan aplikasi itu merupakan hasil sinergi antara USIM Holdings dengan kepakaran anak tempatan menerusi HPCS Sdn Bhd, sejajar dengan komitmen syarikat untuk memacu pemindahan teknologi tinggi dalam pengurusan institusi Islam.Beliau berkata, sistem berkenaan menggunakan akaun maya (virtual account) yang diuruskan dengan kerjasama strategik bersama Affin Bank Berhad sebagai bank penyelaras bagi memastikan setiap transaksi infak direkodkan secara sistematik, telus dan selamat.Antara modul utama yang ditawarkan menerusi aplikasi itu termasuk pengurusan kariah dan khairat kematian secara dalam talian, takwim aktiviti masjid, waktu solat, al-Quran dan tafsir, selain siaran langsung dari Makkah.Aplikasi itu turut menyediakan modul infak digital menerusi payment gateway atau QR Pay serta ciri ketelusan kewangan yang membolehkan hasil infak dipindahkan ke akaun masjid secara berkala berserta rekod transaksi lengkap.Mohd Khair berkata, pencapaian 500 masjid berdaftar setakat ini hanyalah permulaan, dengan potensi penyertaan ribuan lagi masjid dan surau pada masa hadapan."Kami melihat potensi yang amat besar untuk memperluaskan penggunaan aplikasi ini bagi memperkasakan ekonomi ummah dan memacu transformasi digital institusi masjid di Malaysia," katanya. - Bernama

Dipecat Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal ‘bersyukur’

Dipecat Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal ‘bersyukur’

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan beliau telah dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur walaupun berdepan keputusan tersebut. “Alhamdulillah saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” katanya. Beliau bagaimanapun menegaskan akan terus istiqamah memainkan peranan sebagai ... Read more The post Dipecat Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal ‘bersyukur’ appeared first on Kosmo Digital .

PM Thai bentuk gabungan dengan Thaksin

PM Thai bentuk gabungan dengan Thaksin

BANGKOK: Parti konservatif Perdana Menteri Sementara Thailand, Anutin Charnvirakul yang memenangi kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya hujung minggu lalu, bersetuju membentuk gabungan kerajaan bersama parti bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Thaksin Shinawatra, menurut pengumuman kedua-duanya pada hari ini. Parti Bhumjaithai pimpinan Anutin yang pro-tentera dan pro-monarki mencatat prestasi pilihan raya terbaiknya dalam tinjauan yang diadakan ... Read more The post PM Thai bentuk gabungan dengan Thaksin appeared first on Utusan Malaysia .

Langgar janji pertunangan kena bayar lebih RM11,000

Langgar janji pertunangan kena bayar lebih RM11,000

JAKARTA – Sepasang kekasih di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membuat perjanjian pertunangan bagi menjamin hak dan persetujuan bersama sebelum berkahwin, lapor portal berita Lambe Turah.  Rakaman video dimuat naik di platform TikTok olah akaun @dillaafadilla_ menunjukkan pasangan itu sedang menandatangani surat perjanjian pertunangan.  Si lelaki berjanji untuk bekerja dan tidak keluar dengan rakan-rakan yang ... Read more The post Langgar janji pertunangan kena bayar lebih RM11,000 appeared first on Kosmo Digital .

KES BUNUH | Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental disyaki membunuh isterinya selepas mendakwa wanita sedang hamil itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

#BuletinTV3 #KesBunuh #IsteriHamil #KeganasanRumahTangga

Berita penuh di

KES BUNUH | Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental disyaki membunuh isterinya selepas mendakwa wanita sedang hamil itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain. #BuletinTV3 #KesBunuh #IsteriHamil #KeganasanRumahTangga Berita penuh di

KES BUNUH | Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental disyaki membunuh isterinya selepas mendakwa wanita sedang hamil itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain. #BuletinTV3 #KesBunuh #IsteriHamil #KeganasanRumahTangga Berita penuh di