Amaran hujan berterusan di empat negeri: JBPM tumpu penempatan pinggir laut

Amaran hujan berterusan di empat negeri: JBPM tumpu penempatan pinggir laut

KUALA LANGAT - Kawasan penempatan di pinggir laut merupakan fokus Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai langkah kesiapsiagaan depani musibah banjir selepas amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka melanda empat negeri bermula 25 Disember ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu dan Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh dari 25 hingga 28 Disember ini.Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dari 26 hingga 29 Disember.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, negara masih berada dalam fasa air pasang besar dan monsun timur laut (MTL) di mana dua fenomena ini diberikan perhatian di kawasan pinggir laut."Arahan itu telah kita maklum dan salurkan kepada semua balai di kawasan yang dikenal pasti khususnya bagi MTL dan pasang besar. Buat masa ini kita fokus di pantai timur," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Kampung Bukit Changgang JBPM di sini pada Rabu.Tambahnya, kesiapsiagaan tinggi JBPM dibuat termasuk penghantaran bekalan makanan di kawasan pedalaman."Minggu ini dan awal tahun depan kita selesaikan (bekalan makanan) di Gua Musang."Lepas itu kita akan mulakan dengan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai persiapan banjir," ujarnya.Katanya lagi, jumlah operasi JBPM sepanjang MTL bermula 13 November hingga 24 Disember ialah 6,162 pemantauan, 733 pemindahan mangsa, 4,050 operasi serta empat operasi mencari dan menyelamat (SAR).Menurut beliau, sepanjang tempoh itu juga, JBPM turut menerima 620 kes insiden pokok tumbang dengan anggaran dua kes harian.Tegasnya, sebagai langkah keselamatan ibu bapa dinasihatkan agar memantau anak daripada mendekati kawasan berisiko seperti sungai atau longkang bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.

Mayat lelaki dengan kesan cedera di leher, kepala ditemui tepi jalan

Mayat lelaki dengan kesan cedera di leher, kepala ditemui tepi jalan

TANGKAK – Mayat seorang lelaki yang mempunyai beberapa kecederaan ditemui di tepi Jalan Bukit Serampang, di sini pada pagi Rabu.Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim berkata, maklumat berhubung penemuan mayat itu diterima menerusi panggilan MERS 999 kira-kira jam 8.50 pagi."Satu mayat lelaki yang tidak dikenali telah ditemui dan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa merupakan warga asing serta tiada dokumen pengenalan diri ditemui."Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk tujuan bedah siasat.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Shahridhathul Aflaha Ismail di talian 019-269 9573 atau bilik gerakan di 06-978 5222.Sebelum itu, beberapa foto yang memaparkan penemuan mayat berkenaan tular di media sosial.

Lelaki maut semasa bekerja di tapak pembinaan lapangan terbang

Lelaki maut semasa bekerja di tapak pembinaan lapangan terbang

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut semasa sedang melakukan kerja-kerja di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LSTIP) Pengkalan Chepa di sini hari ini. Muhammad Mas Idham Mahamad, 22, yang berasal dari Selangor itu disahkan meninggalkan dunia selepas pasukan perubatan melakukan pemeriksaan lanjut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, sepasukan ... Read more The post Lelaki maut semasa bekerja di tapak pembinaan lapangan terbang appeared first on Utusan Malaysia .

Rakyat Malaysia diajak tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas

Rakyat Malaysia diajak tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas

PETALING JAYA: Rakyat berbilang kaum di negara ini diajak untuk memperkukuhkan tekad menolak kebencian dan menyemai empati sempena sambutan Hari Krismas yang disambut penganut agama Kristian esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian di semua peringkat. Beliau berkata, dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik ... Read more The post Rakyat Malaysia diajak tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas appeared first on Utusan Malaysia .

‘Pembuluh darah dia pecah, doakan moga ada keajaiban’

‘Pembuluh darah dia pecah, doakan moga ada keajaiban’

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terkesan dengan ujian yang menimpa seorang peminat setianya yang kini berada di unit rawatan tapi, Hospital Kuala Lumpur. Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, peminat yang dikenali sebagai Mohd Fadzil itu sentiasa berada di setiap acara membabitkan dirinya. “Saya memang kenal dengan ... Read more The post ‘Pembuluh darah dia pecah, doakan moga ada keajaiban’ appeared first on Kosmo Digital .

Kanak-kanak tunggang paus tengah laut

Kanak-kanak tunggang paus tengah laut

JAKARTA – Sekumpulan kanak-kanak di Lembata, wilayah Nusa Tenggara Timur mengundang perhatian ramai apabila dirakam menunggang seekor ikan paus gergasi di tengah laut, lapor portal berita Lambe Turah. Kejadian berlaku di Kampung Lamalera baru-baru ini.  Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infipop.id menunjukkan kanak-kanak itu secara bersahaja duduk sambil bermain di atas ... Read more The post Kanak-kanak tunggang paus tengah laut appeared first on Kosmo Digital .