Kerajaan tumpu pembangunan usahawan bumiputera, perkasa daya saing

Kerajaan tumpu pembangunan usahawan bumiputera, perkasa daya saing

PETALING JAYA – Kerajaan memberikan tumpuan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan penyertaan mereka dalam ekonomi negara beralih ke sektor bernilai tinggi dan lebih berdaya saing.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, fokus tersebut digerakkan melalui intervensi yang lebih tersasar, terutama melibatkan 11 sektor berpotensi Bumiputera serta industri berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV)."Antara intervensi utama yang telah dirangka merangkumi pengukuhan institusi pembiayaan ekuiti, penyediaan dana pemangkin dan akses pembiayaan alternatif yang disediakan melalui agensi mandat bumiputera termasuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)."Kerajaan juga akan memberikan tumpuan untuk mengukuhkan model perniagaan dan menambah baik ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera supaya menyokong peralihan kepada aktiviti yang menghasilkan nilai tambah lebih tinggi, seterusnya menyumbang dengan lebih signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena program TERAJU Aspirasi Outreach 2026 di sini pada Rabu.Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Seri Nor Azmie Diron dan Timbalan Setiausaha (Penyelidikan Ekonomi), Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Ekonomi, Dr Nirwan Noh.Ujar Akmal Nasrullah, bagi memastikan agenda berkenaan bergerak pantas, inisiatif penskalaan PKS dilaksanakan menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan dengan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi pelaksana mengikut fungsi serta mandat masing-masing.Tambah beliau, TERAJU dalam ekosistem yang sama akan terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam mentransformasikan landskap ekonomi Bumiputera, khususnya dalam mempercepatkan penskalaan perniagaan dan penciptaan nilai syarikat."Selain itu, TERAJU juga berperanan memperkukuh ekosistem keusahawanan, memudah cara pelaburan bernilai tinggi serta membuka akses pasaran dan rantaian nilai strategik kepada syarikat Bumiputera."Saya berharap pihak TERAJU akan terus mengekalkan momentum pada tahun 2026 melalui inisiatif yang dilancarkan pada hari ini bagi mempercepatkan pertumbuhan perniagaan, merealisasikan penciptaan nilai syarikat yang sebenar dan memudah cara pelaburan berimpak tinggi," ujarnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Junady Nawawi berkata, pihaknya mengenal pasti wujudnya jurang pertengahan dalam ekosistem syarikat bumiputera seperti kekangan pembiayaan dan keupayaan organisasi serta akses pasaran modal yang terhad, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka untuk mengembangkan perniagaan.Katanya, justeru tahun ini TERAJU bukan sahaja melaksanakan program penskalaan syarikat, malah memperkenalkan program yang memfokuskan peningkatan dan penskalaan nilai secara lebih menyeluruh.Ujar beliau, empat program baharu iaitu ASCEND, ENHANCE, XCELERATE dan Dana Pengambilalihan Strategik Bumiputera (BSAF) turut diperkenalkan bagi memperkukuh keupayaan syarikat, meningkatkan kesiapsiagaan pelaburan serta mempercepatkan penskalaan perniagaan Bumiputera."Bagi syarikat yang mencapai tahap kesiapsiagaan tertentu, sokongan akan diteruskan ke fasa seterusnya sebagai persediaan ke arah penyenaraian awam."Bagi syarikat dalam kategori ‘upper small’ dan ‘low-mid market’ yang sering berdepan kekangan akses pembiayaan, TERAJU turut menyediakan satu lagi program pemudahcaraan strategik untuk memperkukuh kredibiliti perniagaan, supaya syarikat lebih bersedia dan layak mengakses pembiayaan daripada institusi kewangan serta dana pembangunan," kata Junady.

Tony Pua persoal bagaimana penjawat awam beli saham jutaan ringgit

Tony Pua persoal bagaimana penjawat awam beli saham jutaan ringgit

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mempersoalkan bagaimana seorang penjawat awam mampu memperoleh saham dan waran bernilai jutaan ringgit.Meskipun tidak menamakan individu yang dirujuk, namun kenyataan tersebut dipercayai dituju kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang kini terpalit dengan kontroversi pemilikan saham.Menurut bekas Ahli Parlimen Damansara itu, isu utama bukan semata-mata pengisytiharan pegangan saham tetapi bagaimana beliau mampu memilikinya."Soalannya bukan mengenai sama ada anda mendedahkan pembelian dan pelupusan saham tersebut."Soalannya ialah bagaimana anda mampu memperoleh semua saham dan waran bernilai berjuta-juta ringgit ini sebagai seorang penjawat awam."Dari mana dan bagaimana anda, sebagai seorang pegawai kanan kerajaan yang berkhidmat dalam kerjaya awam, memperoleh kekayaan sedemikian?" soalnya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.Media pada Selasa melaporkan, Bloomberg mendedahkan bahawa Azam disenaraikan memegang 17.7 juta saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan, Velocity Capital Bhd, berdasarkan penyata tahunan yang difailkan pada 3 Feb tahun lalu.Mengikut harga penutup pada Isnin, pegangan tersebut bernilai kira-kira RM800,000.Susulan pendedahan itu, ketua pesuruhjaya berkenaan berkata dia telah mengisytiharkan pegangan sahamnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tidak menyentuh isu kegagalannya mematuhi had RM100,000 bagi setiap syarikat yang ditetapkan untuk penjawat awam.Azam juga menyatakan bahawa dia telah melupuskan saham tersebut dalam tahun yang sama ia dibeli.Malaysiakini sekali lagi mendedahkan, Azam didakwa memiliki saham dalam sebuah lagi syarikat yang sekali lagi berkemungkinan tidak mematuhi peraturan had pemilikan ekuiti oleh penjawat awam.Semakan dengan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), portal berita itu mendapati bahawa setakat 13 Jan tahun ini, Azam memiliki lebih sedikit daripada 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad, atau pegangan sebanyak 1.08 peratus.Azam pada sidang media khas di ibu pejabat SPRM pada Rabu menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu."Saya tidak mempunyai sebarang saham lagi, tunjukkan kepada saya fakta jika saya masih mempunyai saham, Awan Biru mana? Saya tidak tahu," katanya.

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah beri sumbangan dana pada Najib

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah beri sumbangan dana pada Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku beliau sendiri mendengar perbualan sulit mengenai bekas Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah yang berhasrat memberikan sumbangan dana kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Jamil Khir berkata, beliau ketika itu, berdiri dalam jarak yang dapat mendengar perbualan ... Read more The post Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah beri sumbangan dana pada Najib appeared first on Kosmo Digital .

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah bagi sumbangan dana pada Najib

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah bagi sumbangan dana pada Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku beliau sendiri mendengar perbualan sulit mengenai bekas Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah yang berhasrat memberikan sumbangan dana kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Jamil Khir berkata, beliau ketika itu, berdiri dalam jarak yang dapat mendengar perbualan ... Read more The post Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah bagi sumbangan dana pada Najib appeared first on Kosmo Digital .

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah bagi sumbangan dana pada Najib

Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah bagi sumbangan dana pada Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku beliau sendiri mendengar perbualan sulit mengenai bekas Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah yang berhasrat memberikan sumbangan dana kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Jamil Khir berkata, beliau ketika itu, berdiri dalam jarak yang dapat mendengar perbualan ... Read more The post Jamil Khir mengaku dengar Raja Abdullah bagi sumbangan dana pada Najib appeared first on Kosmo Digital .

Mungkin perut saya yang buncit, Zahirah Macwilson nafi hamil anak ketiga

Mungkin perut saya yang buncit, Zahirah Macwilson nafi hamil anak ketiga

PETALING JAYA: Pelakon, Zahirah Macwilson menafikan dirinya sedang hamil anak ketiga selepas seorang individu mendakwa pernah terserempak dengannya seakan berbadan dua. Menurut Zahirah, perubahan bentuk badan yang dikatakan oleh individu tersebut hanyalah kerana perutnya yang membuncit. “Mungkin perut saya yang buncit,” katanya. Zahirah berkata demikian demi meleraikan spekulasi berbangkit selepas seorang netizen mendakwa dirinya sedang ... Read more The post Mungkin perut saya yang buncit, Zahirah Macwilson nafi hamil anak ketiga appeared first on Utusan Malaysia .

MAHKAMAH | Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Krai hari ini atas dua pertuduhan iaitu gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah, September tahun lalu.

#BuletinTV3 #BeritaTerkini #DoktorPelatih #GangguanSeksual

MAHKAMAH | Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Krai hari ini atas dua pertuduhan iaitu gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah, September tahun lalu. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #DoktorPelatih #GangguanSeksual

MAHKAMAH | Seorang doktor pelatih didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Krai hari ini atas dua pertuduhan iaitu gangguan seksual terhadap seorang wanita dan memiliki gambar lucah, September tahun lalu. #BuletinTV3 #BeritaTerkini #DoktorPelatih #GangguanSeksual

PDRM gerak 6,543 anggota cegah jenayah sepanjang Tahun Baharu Cina

PDRM gerak 6,543 anggota cegah jenayah sepanjang Tahun Baharu Cina

SUNGAI BULOH: Polis mengenal pasti sebanyak 3,148 kawasan titik panas (hotspot) pencegahan jenayah pecah rumah di seluruh negara berdasarkan analisis terkini Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS).   Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya memberi perhatian serius kepada aspek pencegahan jenayah pecah rumah pada Op ... Read more The post PDRM gerak 6,543 anggota cegah jenayah sepanjang Tahun Baharu Cina appeared first on Utusan Malaysia .