Lima tahun asah bakat tempatan

Lima tahun asah bakat tempatan

PETALING JAYA: Skuad bola sepak kebangsaan dijangka didominasi semula dalam kalangan pemain tempatan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, kata Datuk Ong Kim Swee. Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, kejayaan di peringkat pembangunan menerusi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tidak boleh dicapai dalam waktu yang singkat, sebaliknya memerlukan perancangan rapi dan penilaian ... Read more The post Lima tahun asah bakat tempatan appeared first on Utusan Malaysia .

Politik, parti dan penyokong yang pergi tanpa bising

Politik, parti dan penyokong yang pergi tanpa bising

Dalam mana-mana sistem demokrasi, politik tidak pernah wujud sebagai tujuan akhir. Ia hanyalah alat untuk mengurus perbezaan, membina keadilan dan menterjemahkan kehendak rakyat kepada dasar negara. Tanpa tujuan moral, politik akan berubah menjadi perebutan kuasa kosong. Tanpa sokongan rakyat, ia akan menjadi struktur yang mati. Ahli falsafah Yunani, Aristotle pernah menegaskan bahawa politik wujud demi ... Read more The post Politik, parti dan penyokong yang pergi tanpa bising appeared first on Utusan Malaysia .

Russia, Belarus ‘ganggu’ ruang udara Poland

Russia, Belarus ‘ganggu’ ruang udara Poland

WARSAW: Poland mengerahkan jet pejuangnya pada Khamis memintas sebuah pesawat peninjau Russia yang terbang berhampiran ruang udaranya di Laut Baltik. Insiden itu berlaku ketika pihak berkuasa Poland turut melaporkan beberapa pelanggaran ruang udara dari negara jiran, Belarus. Angkatan Tentera Poland berkata, pesawat Russia dipintas di perairan antarabangsa yang dikenal pasti secara visual dan diiring keluar ... Read more The post Russia, Belarus ‘ganggu’ ruang udara Poland appeared first on Utusan Malaysia .

Bila kata-kata menjadi senjata perpecahan

Bila kata-kata menjadi senjata perpecahan

BAGAI enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, inilah cara hidup masyarakat moden zaman ini. Sikap ananiah (mementingkan diri sendiri) yang semakin menebal dalam diri menjadikan kita semua semakin hari semakin alpa dan terasing daripada cara kehidupan bermasyarakat yang suatu masa dahulu menjadi amalan hidup bertamadun. Kini tidak ganjil lagi apabila ada antara kita yang ... Read more The post Bila kata-kata menjadi senjata perpecahan appeared first on Utusan Malaysia .

Kambing boleh jadi pengawal rumpai

Kambing boleh jadi pengawal rumpai

DI beberapa wilayah di Amerika Syarikat (AS), langkah proaktif diambil bagi mengurangkan penggunaan racun dan jentera untuk menghapuskan rumput dan tumbuhan renek yang tidak diingini. Antara pendekatan yang mendapat perhatian sejak beberapa dekad lalu ialah penggunaan kambing bagi membersihkan rumpai dan semak-samun di tanah lapang mahupun di kawasan tidak rata. Langkah menggunakan kambing dikatakan lebih ... Read more The post Kambing boleh jadi pengawal rumpai appeared first on Utusan Malaysia .

Lepas pasang AES semua jadi baik

Lepas pasang AES semua jadi baik

IPOH – Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Terowong Menora, Kuala Kangsar menunjukkan impak positif apabila jumlah kemala­ngan di lokasi itu menurun de­ngan ketara. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, statistik menunjukkan jumlah kemalangan di Ki­lometer (KM) 256.2 hingga KM267 Lebuh Raya Utara-Selatan sejak Januari hingga Di­sember 2023 sebanyak 489 kes. “Jumlah ... Read more The post Lepas pasang AES semua jadi baik appeared first on Kosmo Digital .

Suami pertama wanita berkahwin dua diminta buat laporan

Suami pertama wanita berkahwin dua diminta buat laporan

HAT YAI: Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIWS) meminta suami pertama wanita yang didakwa ‘memadukan’ lelaki itu tampil segera membuat aduan rasmi. Timbalan Yang Dipertuanya, Ismail Awang berkata, keha­diran suami pertama adalah penting bagi menentukan fakta sebenar status perkahwinan wanita berkenaan, sama ada akad nikah yang berlangsung di Songkhla dibuat atas dasar penipuan atau sumpah ... Read more The post Suami pertama wanita berkahwin dua diminta buat laporan appeared first on Utusan Malaysia .

Arteta dikritik sekat kretiviti Eze

Arteta dikritik sekat kretiviti Eze

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta berdepan kritikan hebat berhubung corak penggunaan pemain bintang, Eberechi Eze susulan perpindahan bernilai £67.5 juta dari Crystal Palace ke Emirates pada musim panas lalu.Bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang kini bertugas sebagai pengulas sukan, Paul Parker mendakwa Arteta seolah-olah menyekat kreativiti pemain antarabangsa England tersebut.Prestasi Eze dilihat merudum apabila gagal mencetak sebarang gol atau bantuan jaringan sejak meledak hatrik memukau ketika menentang Tottenham Hotspur bulan lalu.Keadaan itu diburukkan lagi dengan kepulangan kapten pasukan, Martin Odegaard daripada kecederaan yang meningkatkan persaingan sengit bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.Parker secara terbuka mempersoalkan tindakan Arsenal membelanjakan wang yang besar untuk Eze namun akhirnya 'merantai' kebebasan pemain itu di atas padang."Saya suka apa yang dilakukan Morgan Rogers untuk Aston Villa, dan saya fikir ia serupa dengan apa yang dilakukan Eberechi Eze untuk Crystal Palace apabila dia bermain dalam peranan yang sama. Eze sangat cemerlang ketika itu, dan saya fikir dia adalah pemain tengah menyerang terbaik dalam Liga Perdana musim lalu."Namun, saya fikir kebebasan itu telah dirampas daripadanya oleh Mikel Arteta sejak berpindah ke Arsenal. Mereka membelinya kerana prestasi asalnya, tetapi apabila mendapatkannya, mereka cuba menyuruhnya melakukan sesuatu yang berbeza. Ia tidak masuk akal untuk wang sebanyak itu," kata Parker.Bagaimanapun, Arteta mungkin tidak bersetuju dengan penilaian tersebut memandangkan beliau sebelum ini menegaskan akan memberi kebebasan kepada Eze dalam kerangka taktikalnya."Saya sangat kagum dengannya (Eze). Dia sangat cerdas, mempunyai tenaga istimewa dan aura yang tersendiri."Dia sudah mengumpul banyak maklumat tentang apa yang kami mahu lihat di atas padang, memastikan dia mempunyai kebebasan dan kapasiti untuk mengekspresikan kualitinya yang merupakan sebab mengapa kami membawanya ke sini," jelas Arteta mempertahankan pendekatannya.Musim ini, Eze telah dikerahkan di pelbagai posisi bermula dari sayap kiri, perancang permainan, sehinggalah bertindak sebagai pemain tengah nombor lapan di sebelah kiri.Walaupun perubahan posisi itu belum diterjemahkan kepada hasil yang konsisten, Arsenal yang kini bergelut untuk menembusi pertahanan lawan mungkin memerlukan semula sentuhan magis Eze.

Pertandingan cari permata pemanah baharu Malaysia

Pertandingan cari permata pemanah baharu Malaysia

SHAH ALAM – Bagi mencari pemanah baharu negara, Muezza Archery Academy menganjurkan Muezza Archery Championship 2025 bermula 26 hingga 28 ­Di­sember dalam usaha mencungkil bakat baharu yang boleh diketengahkan dengan harapan mereka boleh mewakili negara pada masa hadapan. Pengurus program Muezza ­Archery Championship 2025, Muhammad Najmi Ismail berkata, sebanyak 573 peserta me­nyertai kejohanan berkenaan termasuk ... Read more The post Pertandingan cari permata pemanah baharu Malaysia appeared first on Kosmo Digital .

Kedai makan tepi cerun runtuh ditutup

Kedai makan tepi cerun runtuh ditutup

IPOH: Kedai makan, Port Lepak Jerung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, yang dikesan berlaku cerun runtuh diarah tutup mulai semalam sebagai langkah keselamatan. Pemiliknya, Shahidan Mohamad, 47 berkata, notis makluman penutupan sementara itu dikeluarkan oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung. Katanya, berdasarkan notis yang ditampal di kedainya, arahan menutup sementara sehingga 31 Januari ini ... Read more The post Kedai makan tepi cerun runtuh ditutup appeared first on Utusan Malaysia .