Jimmy-Pei Jing kandas final Korea Masters

Jimmy-Pei Jing kandas final Korea Masters

PETALING JAYA – Pasangan beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong–Lai Pei Jing terus kempunan kejuaraan pertama musim ini selepas tewas 22-24, 18-21 kepada wakil tuan rumah, Kim Jae-hyeon–Jeong Na-eun dalam aksi final Korea Masters 2025, hari ini. Kekalahan itu menyaksikan pasangan pilihan ketiga tersebut menamatkan saingan sebagai naib juara buat kali ketujuh musim ini, sekali ... Read more The post Jimmy-Pei Jing kandas final Korea Masters appeared first on Kosmo Digital .

Lelaki rugi RM9,000, diugut dengan video bogel

Lelaki rugi RM9,000, diugut dengan video bogel

GOMBAK – Seorang lelaki berputih mata selepas menjadi mangsa ugutan video bogel oleh wanita yang dikenali menerusi aplikasi cari kenalan sehingga kerugian sebanyak RM9,000 baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 5 November lalu yang mendakwa diugut untuk disebarkan video bogelnya selepas berkenalan dengan wanita terbabit.Beliau berkata, mangsa berumur 23 tahun itu pada awalnya berkenalan dengan suspek melalui aplikasi berkenaan sebelum mereka bertukar nombor telefon dan mula berhubung menerusi aplikasi WeChat."Suspek menunjukkan minat terhadap mangsa dan memujuknya untuk membuat panggilan video."Semasa panggilan itu, suspek meminta mangsa menanggalkan pakaian dan turut berpura-pura melakukan perkara sama bagi meyakinkannya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, bagaimanapun, selepas sesi panggilan video itu, suspek menghantar mesej menerusi WhatsApp sambil mengugut akan menyebarkan rakaman berkenaan jika mangsa enggan membuat bayaran."Mangsa yang bimbang maruahnya tercemar kemudiannya membuat dua kali bayaran ke satu akaun bank."Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM9,000 selepas membuat bayaran kepada suspek," katanya.Menurutnya, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti pemilik akaun bank tersebut dan nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi mangsa."Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya.

Selesai tuntutan MA63 menerusi perbincangan, bukan ‘berperang’ - PM

Selesai tuntutan MA63 menerusi perbincangan, bukan ‘berperang’ - PM

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyelesaian tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan melalui perbincangan dan rundingan yang rasional, bukannya melalui konfrontasi, ‘berperang’ atau perselisihan.Beliau berkata, Kerajaan Madani komited menyelesaikan tuntutan itu secara menyeluruh, antaranya melalui perbincangan dan rundingan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof."Sekarang pun kita sedang berbincang. Datuk Seri Fadillah mengetuai jawatankuasa teknikal, kita adakan mesyuarat untuk bincang bersama. Jika setuju, kita laksanakan; jika tidak, bincang semula dan undi lagi. Inilah cara kita bekerjasama, bukan untuk ‘berperang’," katanya ketika berucap pada Program Rancakkan Madani di sini pada Ahad.Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, serta lebih 2,000 peserta program termasuk pelajar universiti dan komuniti setempat.Menyentuh mengenai tuntutan pemulangan hasil 40 peratus untuk Sabah, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya mendalami dan memahami perkara tersebut terlebih dahulu."Saya tadi (melawat) Jalan Gaya, dengar jeritan tentang hasil 40 peratus Sabah. Dengarlah dulu, fahami dulu. Memang terkandung dalam MA63, tetapi tiga tahun lalu (sejak Kerajaan Madani mentadbir), kita sudah membincangkannya," kata Perdana Menteri.AKAN MENYUSUL

Pang Ron mahu Su Yin terus semangat

Pang Ron mahu Su Yin terus semangat

HOO Pang Ron terus memberikan sokongan padu kepada gandingannya, Cheng Su Yin ketika beregu campuran negara itu berusaha bangkit semula menutup musim ini dengan momentum positif selepas berdepan ujian kecederaan. Beregu No. 20 dunia itu terlepas siri jelajah Eropah bulan lalu sekali gus memadam peluang untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir selepas Su Yin ... Read more The post Pang Ron mahu Su Yin terus semangat appeared first on Kosmo Digital .