Anwar receives courtesy call from Perlis MB
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim received a courtesy call from Perlis Menteri Besar Abu Bakar Hamzah at his office in the Parliament building. Read full story
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim received a courtesy call from Perlis Menteri Besar Abu Bakar Hamzah at his office in the Parliament building. Read full story
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim received a courtesy call from Perlis Menteri Besar Abu Bakar Hamzah at his office in the Parliament building. Read full story
Bloomberg report contains 'misleading statements, unfounded allegations', commission says.
JAKARTA – Seorang lelaki di Ngawen, wilayah Jawa Tengah membuat laporan polis selepas dia dibelasah dan dimalukan orang ramai ketika ditangkap basah di sebuah rumah semalam, lapor laman berita Detik. Lelaki dikenali sebagai Cimut, 23, berkata, dia melantik peguam selepas membuat laporan polis ke atas kira-kira 30 individu di Kampung Srigading. Dalam kejadian pukul 12.30 ... Read more The post ‘Saya dimalukan’- Lelaki ditangkap khalwat nekad mahu saman appeared first on Kosmo Digital .
KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 anggota keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat dan 14 bekas pelajarnya memperoleh ganti rugi berjumlah RM1.43 juta dalam satu saman fitnah terhadap pemilik pusat tahfiz itu dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr Suzana Muhamad Said yang membenarkan sebahagian tuntutan dimohon oleh kesemua plaintif turut memerintahkan pemilik pusat tahfiz, Mohd Zahid Mahmood dan isteri Samsurini Mohd Anuwi serta MAIWP membayar ganti rugi kesedihan RM10,000 bagi setiap waris keluarga yang kehilangan anak mereka.Mahkamah juga mengarahkan ketiga-tiga defendan membayar kos RM20,000 kepada setiap plaintif.Ganti rugi RM1.43 juta itu termasuk ganti rugi teladan dan teruk sebanyak RM500,000 yang perlu dibayar secara bersama oleh ketiga-tiga defendan serta ganti rugi nominal sebanyak RM30,000 yang perlu dibayar kepada setiap plaintif.Suzana dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati kesemua defendan telah cuai dalam memastikan keadaan dan keselamatan pelajar tahfiz serta guru-guru yang berada dalam bangunan berkenaan."Keputusan mahkamah bergantung kepada pembuktian… mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan berdasarkan emosi dan kesesuaian, tetapi berpaksikan undang-undang sedia ada serta beban untuk membuktikan tuntutan adalah kepada pihak plaintif. "Tidak dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa kebakaran berlaku, kematian dan kecederaan berlaku. Jadi siapa bertanggungjawab? "Pihak defendan tidak mengaku bertanggungjawab tetapi semua menyatakan ia akibat aktiviti jenayah yang sudah diputuskan oleh mahkamah jenayah. Kes ini membabitkan tuntutan sivil dan siapa sebenarnya cuai serta bertanggungjawab," katanya.Bagaimanapun, Suzana menolak tuntutan plaintif-plaintif terhadap ganti rugi trauma, kecederaan dan gangguan emosi serta tuntutan wang derma yang diperoleh pusat tahfiz daripada orang awam."Ia tidak dapat dibuktikan oleh plaintif bahawa wang yang masuk bertujuan untuk pembahagian kepada plaintif, tambahan pula dimasukkan dalam akaun persendirian (pusat tahfiz)."Kesimpulannya, tiada amaun dapat menggantikan kehilangan namun mahkamah berpandangan jumlah pampasan dapat diberikan melalui ganti rugi nominal yang bersesuaian," katanya.Sementara itu, peguam Mohaji Selamat yang mewakili kesemua plaintif memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.Mohaji turut dibantu peguam Mohamad Azli Arba'ai, Muhammad Asif Zahari dan Muhammad Hadi Nafiz Mohammad Din manakala peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhayar bersama Nurul Syamimi Norazlan mewakili pemilik pusat tahfiz.MAIWP pula diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hasan, Nooron Aini Zakaria dan Nurfaiqa Fakhrul Azman.Pada Jun 2018, kesemua plaintif memfailkan saman berkenaan terhadap pasangan suami isteri itu dan MAIWP selepas mendakwa ketiga-tiga defendan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan sebahagian pelajar pusat tahfiz itu menjadi mangsa kebakaran selain tidak dapat menyelamatkan diri semasa berlakunya kebakaran pada 14 Sept 2017.Mereka menuntut deklarasi bahawa ketiga-tiga defendan itu cuai bagi memastikan kewujudan peralatan mencegah kebakaran di tangga jalan keluar pintu asrama pelajar itu, gagal mewujudkan dua laluan keluar pada bilik asrama dan membenarkan bangunan yang belum memiliki Perakuan Menduduki/Perakuan Siap atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk dijadikan asrama pelajar pusat tahfiz berkenaan.Tragedi kebakaran pusat tahfiz yang terletak di Kampung Datuk Keramat di sini berlaku pada 5.15 pagi, 14 September 2017 menyebabkan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran bangunan sementara itu.Pada 21 Mac 2024, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki berumur 22 tahun yang diperintahkan ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, selepas disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran pada 2017.Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati pemuda itu bersalah atas kesalahan membunuh dan memerintahkan dia ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.Lelaki itu berumur 16 tahun ketika melakukan kesalahan terbabit. Rayuan pemuda itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 11 September 2023.-Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah simpanan minimum RM15,000 bagi realiti semasa masih tidak mencukupi kerana kos mengerjakan haji secara muassasah bagi seorang jemaah adalah RM33,300. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, langkah Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan syarat baharu mewajibkan pendeposit menyimpan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun selaras dengan peningkatan semasa kos ... Read more The post Simpanan RM15,000 masih belum cukup untuk tunai haji appeared first on Utusan Malaysia .
MOSCOW, Feb 10 (Reuters) - Russia's FSB security service has detained a third suspect over an attempt last week to kill a senior military intelligence officer, Vladimir Alexeyev, Russian news agency Interfax quoted the FSB as saying on Tuesday. Read full story
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk sabun daripada bahan berasaskan khinzir yang tular di media sosial.Bahagian Pengurusan Halal Jakim mengambil maklum keresahan orang ramai berhubung video pembuatan sabun daripada bahan berasaskan khinzir yang tular di media sosial pada masa ini."Produk berkenaan tidak dipersijilkan halal oleh Jakim. Produk berkenaan juga tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh Jakim."Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh Jakim atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan pembuatan sabun di sebuah kilang yang didakwa menggunakan bahan berasaskan khinzir.Justeru, Jakim menasihatkan pengguna supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih produk dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
MOSCOW, Feb 10 (Reuters) - Russia's FSB security service has detained a third suspect over an attempt last week to kill a senior military intelligence officer, Vladimir Alexeyev, Russian news agency Interfax quoted the FSB as saying on Tuesday. Read full story
SHAH ALAM - Kerajaan perlu bertindak tegas dan berterusan dalam menangani isu pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran sah, termasuk melibatkan bangunan atas tanah pemilikan persendirian.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana penyelesaian berasaskan undang-undang dan mengutamakan ketenteraman awam amat penting bagi memelihara keharmonian dalam masyarakat majmuk di negara ini."Tiada pihak seharusnya diberi ruang untuk mengambil kesempatan dengan melanggar undang-undang sedia ada."Ketegasan penguatkuasaan bukan bertujuan menimbulkan ketegangan, sebaliknya untuk memastikan peraturan dipatuhi secara menyeluruh dan saksama," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah.Ujar Tuan Ibrahim, sebahagian besar polemik pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran sah yang timbul ketika ini didapati berlaku di atas tanah bertuan, dan keadaan tersebut dapat dielakkan sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten sejak awal.Menurut beliau, semua pembinaan bangunan hakikatnya memerlukan kelulusan pihak berkuasa, malah pengubahsuaian atau pembesaran rumah persendirian juga tertakluk kepada proses kelulusan."Prinsip yang sama mestilah dikuatkuasakan dalam hal ehwal rumah ibadat agar undang-undang dihormati dan keadilan terpelihara."Isu pembinaan bangunan keagamaan tanpa kebenaran sah kini perlu dipandang serius kerana ia boleh mengganggu kepentingan awam, menjejaskan keharmonian antara kaum, dan berpotensi mencetuskan ketegangan sekiranya tidak diurus dengan teliti."Isu tersebut perlu dipandang serius kerana ia boleh mengganggu kepentingan awam, menjejaskan keharmonian antara kaum dan berpotensi mencetuskan ketegangan sekiranya tidak diurus dengan teliti," ujarnya.Kata Tuan Ibrahim, banyak negara mengurus isu sensitif berkaitan rumah ibadat melalui gabungan dua pendekatan utama iaitu rundingan dan rangka perundangan yang jelas.Ujarnya, rundingan berperanan meredakan ketegangan dan mencari jalan penyelesaian yang munasabah, manakala undang-undang yang tegas dan tersusun pula memastikan setiap pihak memahami had, prosedur serta tanggungjawab masing-masing."Dalam isu yang melibatkan kepentingan awam, kepastian undang-undang ialah asas kepada keadilan dan ketenteraman."Sebenarnya, isu arahan berpindah atau perobohan rumah ibadat bukan perkara baharu. Ia telah berlaku dari semasa ke semasa atas pelbagai sebab, termasuk faktor keselamatan, perancangan bandar, status tanah dan pematuhan peraturan pihak berkuasa tempatan."Dalam banyak keadaan, perkara ini dapat diselesaikan secara harmoni melalui perundingan dan persetujuan bersama bagi mencari penyelesaian yang paling wajar," kata beliau.
Following Bloomberg's report that he owns 17.7 million shares worth RM800,000 in Velocity Capital Partner Bhd, Azam has responded by claiming he properly declared the shares and sold them within the same year of purchase in 2024.
SHAH ALAM, Feb 10 (Bernama) -- Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) is intensifying its focus on Physical Artificial Intelligence (AI) this year across the automotive, robotics, and next-generation intelligent mobility sectors, with particular emphasis on the low-altitude economy.
KUALA LUMPUR, Feb 10 (Bernama) -- The Dewan Rakyat today passed the motion of thanks for the royal address after all ministries and the Prime Minister's Department completed their respective debates.
KUALA LUMPUR, Feb 10 (Bernama) -- Licenced tourism van drivers are calling for enforcement measures on the industry to be implemented prudently and in line with current regulations to avoid confusion and ensure smooth services.
KUALA LUMPUR: Isu rumah ibadat bukan Islam yang dibina tanpa kebenaran lebih sesuai dibincang dan diselesaikan melalui platform Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, perkara sebegini sudah lama berlarutan dan memerlukan penyelesaian secara matang. Katanya, pandangan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, ... Read more The post Isu rumah ibadat tanpa kebenaran perlu diselesaikan secara matang appeared first on Utusan Malaysia .
The UN Interim Force in Lebanon has acted as a buffer between Israel and Lebanon for decades and has been assisting the Lebanese army as it dismantles Hezbollah.