Jimmy-Pei Jing buru penamat badi final

Jimmy-Pei Jing buru penamat badi final

PETALING JAYA: Selepas enam kali sekadar bergelar naib juara musim ini, gandingan beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong–Lai Pei Jing kini berpeluang menamatkan badi tersebut apabila mara ke final Korea Masters 2025, semalam. Pasangan pilihan ketiga itu melangkah penuh bergaya ke pentas akhir selepas menewaskan beregu tuan rumah, An Yun Seong–Lee Yu Lim 21-14, 19-21, ... Read more The post Jimmy-Pei Jing buru penamat badi final appeared first on Utusan Malaysia .

Penjaga pesakit terlantar berisiko tinggi jatuh sakit

Penjaga pesakit terlantar berisiko tinggi jatuh sakit

SHAH ALAM – Penjaga pesakit terlantar berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental sekiranya beban tanggungjawab itu tidak diurus dengan baik.Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan MSU (MSUMC), Profesor Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi berkata, peranan sebagai penjaga memerlukan dedikasi tanpa henti tetapi sering memberi kesan besar kepada kesihatan mereka."Secara fizikal, golongan penjaga mungkin mengalami gangguan tidur, hipertensi, obesiti atau penyakit kardiovaskular akibat kadar kortisol yang tinggi dan pengabaian tabiat pemakanan serta senaman."Dari segi mental pula, tekanan berpanjangan boleh mencetuskan gangguan kemurungan, kebimbangan dan perasaan rendah diri, yang dikenali sebagai Sindrom Pengasuh (Caregiver Syndrome)," katanya kepada Sinar Ahad.Menurut beliau, kajian menunjukkan sehingga 85 peratus pengasuh berisiko mengalami gejala sindrom berkenaan, namun ramai tidak menyedari keadaan mereka sehingga muncul tanda keletihan menyeluruh atau burnout.Jelasnya, penjaga perlu peka terhadap gejala awal seperti keletihan kronik, gangguan tidur berpanjangan, tekanan darah tinggi, sakit otot dan tulang belakang, serta sistem imun yang lemah."Masalah lain termasuk kemurungan akibat isolasi sosial, kesilapan dalam pengurusan ubat, serta kehilangan minat terhadap aktiviti harian," ujarnya.Muhammad Najib menegaskan, sokongan psikologi yang sesuai mampu memperkuat daya tahan penjaga.Katanya, antara bentuk sokongan disarankan ialah terapi individu seperti Kaunseling Kognitif-Tingkah Laku (CBT) dan terapi berfokuskan penyelesaian, selain terapi kumpulan dan sokongan keluarga.Sementara itu, pendakwah, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat berkata, menjaga ibu bapa yang uzur atau sakit bukan sekadar kewajipan moral, malah ia adalah amanah agama yang menjanjikan ganjaran besar jika dilaksanakan dengan ikhlas.Katanya, ramai sering berbalah mengenai siapa yang sepatutnya menjaga ibu bapa, sama ada anak sulung, anak lelaki atau anak perempuan."Hakikatnya, menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab semua anak, bukan hanya seorang. Malah, ia sepatutnya dilihat sebagai peluang yang ALLAH beri, kerana tidak semua orang sempat berkhidmat kepada ibu bapa mereka ketika uzur," ujarnya.Mengulas mengenai hukum anak yang enggan menjaga ibu bapa, Syamsul Debat menegaskan ia boleh jatuh dosa jika menyebabkan hati ibu bapa mereka terhiris.Menyentuh isu anak-anak yang menghantar ibu bapa ke pusat jagaan, beliau menjelaskan bahawa perkara itu perlu dinilai berdasarkan keadaan."Ada pusat jagaan harian yang menyediakan rawatan, ubat dan pemantauan rapi. Itu berbeza dengan ‘rumah orang tua’ yang meninggalkan ibu bapa tanpa perhatian."Jika pusat jagaan lebih terjamin dari segi kesihatan dan keselamatan, ia boleh dipertimbangkan," ujarnya.Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa anak-anak tetap perlu meluangkan masa bersama ibu bapa, bukan menyerahkan sepenuhnya kepada pusat jagaan.Syamsul Debat turut mengingatkan setiap anak supaya melihat penjagaan ibu bapa sebagai peluang berharga, bukan tekanan."Mak ayah ini umpama puzzle kehidupan. Walaupun mereka sakit, bila mereka tiada, ruang itu tidak akan dapat diganti. Jagalah selagi ada peluang, kerana kita tidak tahu keberkatan dan rezeki apa yang ALLAH sediakan hasil daripada pengorbanan itu," ujarnya.Beliau menegaskan, berbakti kepada ibu bapa adalah salah satu jalan mudah ke syurga yang tidak wajar disia-siakan.Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kisah-kisah pengorbanan penjaga pesakit kronik di rumah, ibarat wira tak didendang yang jarang disebut namun jasanya amat besar.Hidup mereka berubah selepas ahli keluarga jatuh sakit, di mana terpaksa mengorbankan masa dan tenaga, bukan untuk diri sendiri apatah lagi demi keseronokan.Sebaliknya, seluruh hidup mereka kini dicurahkan untuk memastikan insan tersayang yang tidak lagi berdaya dapat menjalani rutin harian dengan sempurna.

Karnival MyPesara kembali lagi, tahun ini di Kelantan!

Karnival MyPesara kembali lagi, tahun ini di Kelantan!

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengajak semua pesara, bakal pesara serta ahli keluarga untuk menyertai Karnival MyPesara 2025, yang akan berlangsung di Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan dari 14 hingga 16 November depan.Pengunjung akan menjalani amalan gaya hidup aktif, produktif dan lebih bermakna selepas bersara di karnival ini.Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat!Karnival MyPesara edisi kelima ini menampilkan Riadah MyPesara, Bazar MyPesara dan Anugerah MyPesara yang merupakan inisiatif KWAP untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya dalam kalangan pesara tentang persediaan menghadapi alam persaraan.Program ini turut membudayakan gaya hidup sihat dan meraikan pesara kerajaan atas jasa mereka kepada masyarakat dan negara.14 November – Pameran Karnival dan Bazar MyPesaraHari pertama karnival membuka tirai dengan sesi ceramah dan bicara motivasi yang menampilkan penceramah undangan bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan perkongsian ilmu yang bermanfaat.Antara topik yang akan dibincangkan termasuk berkaitan keusahawanan, kesihatan, psikologi pasca kerjaya serta kerohanian.Lebih 100 gerai pameran akan dibuka, melibatkan pelbagai institusi kewangan, agensi kerajaan dan korporat, selain Bazar MyPesara yang dikelolakan oleh para pesara sendiri bagi memeriahkan karnival ini.Pengunjung juga boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma dan mendapatkan khidmat fisioterapi sepanjang program berlangsung.15 November – Riadah MyPesaraHari kedua dimeriahkan dengan aktiviti santai, Riadah MyPesara dengan acara larian, senamrobik, sukaneka dan permainan tradisional.Ini diikuti pula dengan Acara Senaman Kerusi Teramai oleh Malaysia Book of Records sebagai acara kemuncak hari tersebut.Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, dimana pengunjung dapat menyaksikan perarakan basikal tua dan beca Kelantan, demonstrasi permainan gasing tradisional, serta pelbagai sesi pengisian Sembang MyPesara: Teman Persaraan Anda.16 November – Anugerah MyPesaraKarnival ini melabuhkan tirai dengan Majlis Anugerah MyPesara 2025 yang merupakan satu platform penghargaan kepada pesara yang terus memberi sumbangan kepada komuniti walaupun selepas bersara.Anugerah ini menampilkan tiga kategori utama iaitu Keusahawanan, Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat, sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan semangat pesara yang menjadi inspirasi kepada orang ramai.Pengunjung juga berpeluang untuk membeli produk tempatan seperti makanan, pakaian, hiasan serta produk hasil usaha para pesara. Jangan lepaskan peluang ini!Tandakan kalendar anda pada 14 hingga 16 November ini dan sertai kami di Karnival MyPesara 2025!Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi KWAP di www.kwap.gov.my/karnivalmypesara/ atau ikuti media sosial KWAP di @KWAP Malaysia.

Lima coklat termahal di dunia

Lima coklat termahal di dunia

COKLAT sering dijadikan sebagai sumber penting untuk mengatasi kesedihan kerana berupaya merangsang penghasilan serotonin dan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita rasa gembira dan tenang. Oleh itu, ramai yang berasa lega dan lebih tenang selepas makan coklat. Coklat juga digemari ramai tidak mengira lapisan usia dan latar belakang lantas menjadikannya kudapan yang sangat popular. Terdapat ... Read more The post Lima coklat termahal di dunia appeared first on Kosmo Digital .

Gajet bukan musuh, mudarat tidak dikawal

Gajet bukan musuh, mudarat tidak dikawal

Telefon pintar yang mempermudahkan pelbagai urusan umat manusia kini suatu keperluan dalam kehidupan. Dengan hanya beberapa sentuhan di skrin, banyak perkara dapat dilakukan dengan cepat dan mudah tanpa perlu keluar rumah. Manfaat telefon pintar merangkumi hampir kesemua aspek harian termasuk perhubungan, pekerjaan, pendidikan dan kewangan. Dalamnya namun terkandung juga anasir hiburan, media sosial dan permainan ... Read more The post Gajet bukan musuh, mudarat tidak dikawal appeared first on Kosmo Digital .

Hasrat makan angin tidak kesampaian, lelaki maut motosikal terbabas

Hasrat makan angin tidak kesampaian, lelaki maut motosikal terbabas

ALOR GAJAH - Hasrat seorang pemuda dari Ampang, Selangor untuk ‘makan angin’ ke Johor Bahru tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 196 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada petang Sabtu.Mangsa, Muhammad Sufian Khairul Anwar, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru."Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar penghadang besi."Akibat hentaman itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan.Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat."Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut sementara motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan akibat hentaman kuat pada penghadang jalan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) kerana menyebabkan kematian akibat menunggang secara cuai atau berbahaya," katanya.

Hasrat 'makan angin' tidak kesampaian

Laluan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa

Laluan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa

PETALING JAYA – Rapid KL memaklumkan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan di Laluan LRT Kelana Jaya telah selesai sepenuhnya. Rapid KL dalam kenyataan berkata, perkhidmatan bas perantara dan van Rapid On-Demand (ROD) percuma yang disediakan sepanjang tempoh penyelenggaraan kini telah ditamatkan. “Perkhidmatan tren serta semua stesen yang terlibat kini kembali beroperasi seperti biasa. Kami memohon ... Read more The post Laluan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa appeared first on Kosmo Digital .

Tidak hanyut pujian seiras Siti Nurhaliza

Tidak hanyut pujian seiras Siti Nurhaliza

Di sebalik senyuman manis dan personaliti lembutnya, Nik Nur Husna Saffiah atau lebih mesra disapa Nina, merupakan figura muda yang semakin menyerlah dalam dunia kecantikan dan media sosial. Gadis berasal dari Selangor berdarah campuran Terengganu ini bukan sahaja sedang menamatkan pengajian sambil menjalani latihan industri di sebuah bank ternama, tetapi juga aktif sebagai model sambilan ... Read more The post Tidak hanyut pujian seiras Siti Nurhaliza appeared first on Kosmo Digital .