Wanita hamil tujuh bulan maut dihentak suami guna lesung batu

Wanita hamil tujuh bulan maut dihentak suami guna lesung batu

KOTA TINGGI - Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, maklumat berhubung kejadian tragis itu diterima pada jam 7 pagi."Suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi."Mangsa berusia 34 tahun bersama suaminya merupakan etnik Rohingya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Beliau berkata, mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan objek tumpul yang disyaki lesung batu.Yusof berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‘Kalau dah termengandung dan hilang arah tuju, meh jumpa Mat!’

‘Kalau dah termengandung dan hilang arah tuju, meh jumpa Mat!’

PETALING JAYA – “Pada yang dah termengandung tanpa sengaja dan hilang hala tuju nak buat apa, meh datang jumpa Mat dekat Japerun Duyong”. Itu pesanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem, susulan penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka, pagi tadi. Noor ... Read more The post ‘Kalau dah termengandung dan hilang arah tuju, meh jumpa Mat!’ appeared first on Kosmo Digital .

'Bukan benci Muhyiddin, tapi nak elak Bersatu hancur' - MP Ketereh

'Bukan benci Muhyiddin, tapi nak elak Bersatu hancur' - MP Ketereh

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor mengesahkan beliau antara salah seorang individu yang menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagaimana tular di laman sosial pada Jumaat.Beliau berkata, tindakan itu dilakukan pada Khamis dan turut melibatkan 16 Ahli Parlimen dari Bersatu termasuk Datuk Wan Saiful Wan Jan yang telah dibuang daripada parti."Tindakan ini bukan kerana kami benci beliau (Muhyiddin) sebaliknya mahu pastikan Bersatu tidak hancur"Kami akui, jasa beliau kepada parti sangat besar. Tapi jika beliau tidak berundur dikhuatiri Bersatu akan berpecah. Kami berharap beliau berundur secara terhormat selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN (Perikatan Nasional)," katanya ketika dihubungi.Menurut beliau, susulan perletakan jawatan itu Muhyiddin perlu membuat tindakan sama dengan melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden Bersatu.Ujarnya, tindakan berkenaan bagi memastikan Bersatu kembali kukuh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.Ketika diminta mengulas pengganti Muhyiddin, Khlir memberitahu, perkara tersebut diserahkan kepada Majlis Tertinggi parti untuk membuat keputusan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa supaya Muhyiddin berundur daripada jawatannya sebagai presiden bagi membina semula kekuatan parti.Ronald berkata, ia kerana bekas Perdana Menteri itu didakwa gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

Pemandu Grab ‘belanja’ wanita bersalin

Pemandu Grab ‘belanja’ wanita bersalin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata tepat pada tarikh jangkaan bersalin dengan bantuan seorang pemandu e-hailing. Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna dikenali sebagai Syafiqahnorazman, dia memaklumkan telah selamat bersalin pada 12 Februari 2026 pukul 10.51 malam, sama seperti tarikh jangkaan yang ditetapkan. “Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin. ... Read more The post Pemandu Grab ‘belanja’ wanita bersalin appeared first on Kosmo Digital .