PSM gesa bebaskan 22 Orang Asli Kampung Jemeri

PSM gesa bebaskan 22 Orang Asli Kampung Jemeri

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam keras tindakan polis menahan 22 penduduk Orang Asli Kampung Jemeri, Kuala Rompin, Pahang, hari ini, ketika mereka mempertahankan hak tanah adat daripada pencerobohan pihak luar. Ahli Biro Alam Sekitar dan Krisis Iklim PSM, Aein Aneera berkata, kesemua individu terbabit ditahan selepas menghalang sebuah syarikat swasta yang didakwa mencerobohi ... Read more The post PSM gesa bebaskan 22 Orang Asli Kampung Jemeri appeared first on Utusan Malaysia .

MPSepang ambil maklum kenyataan PM, tunggu arahan kerajaan negeri

MPSepang ambil maklum kenyataan PM, tunggu arahan kerajaan negeri

SEPANG: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keizinan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak terhadap rumah ibadat termasuk kuil yang dibina tanpa mengikut jalur hukum dan peraturan yang sah. Yang Dipertua MPSepang, Dr. Ani Ahmad berkata, pihaknya bersedia mengambil tindakan sekiranya diarahkan, namun menegaskan sebarang ... Read more The post MPSepang ambil maklum kenyataan PM, tunggu arahan kerajaan negeri appeared first on Utusan Malaysia .

Kes tembak Durian Tunggal di peringkat lengkapkan bukti teknikal

Kes tembak Durian Tunggal di peringkat lengkapkan bukti teknikal

KUALA LUMPUR: Siasatan insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lalu kini di peringkat melengkapkan pembuktian teknikal. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis sedang menunggu dua laporan penting iaitu berkaitan patologi daripada Hospital Melaka serta laporan forensik balistik dan ‘gun shot residue’ daripada Jabatan Kimia. Katanya, ... Read more The post Kes tembak Durian Tunggal di peringkat lengkapkan bukti teknikal appeared first on Utusan Malaysia .

'Jho Low arah cek Najib jangan ditolak' - Saksi

'Jho Low arah cek Najib jangan ditolak' - Saksi

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mengambil langkah bagi memastikan cek yang dikeluarkan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di AmBank tidak dipulangkan kerana dana tidak mencukupi.Bekas pengurus hubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 54, berkata, berdasarkan interaksinya dengan Jho Low, lelaki itu memberitahunya supaya memastikan cek yang dikeluarkan daripada akaun Najib tidak dipulangkan."Beliau (Jho Low) menyebut supaya cek tidak ditolak atau dikembalikan sekiranya akaun terlebih keluar. Terdapat beberapa keadaan di mana rakan Jho Low akan membawa wang tunai ke bank untuk didepositkan ke dalam akaun apabila ia terlebih keluar."Saya rasa beliau tidak bimbang tentang cek apa yang dikeluarkan. Beliau bimbang sekiranya cek itu tidak ditunaikan oleh bank akibat dana tidak mencukupi. Terdapat beberapa insiden di mana Jho Low akan menghantar mesej kepada saya bertanyakan baki dalam akaun Najib," katanya.Joanna berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan oleh SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, terhadap bekas perdana menteri itu.Beliau berkata, memandangkan perkara itu berlaku beberapa kali, beliau pada beberapa kesempatan pernah bertanya kepada Jho Low dan pemegang amanah akaun Najib, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, mengenai sebab mengapa dana mencukupi tidak dipastikan sebelum cek dikeluarkan.Apabila ditanya oleh Muhammad Farhan sama ada adalah perkara biasa bagi pemegang akaun mengeluarkan cek sedangkan akaun tidak mempunyai dana, Yu yang merupakan saksi defendan keempat berkata akaun tersebut bukan akaun biasa."Akaun ini milik Perdana Menteri. Ia bukan akaun biasa. Saya rasa tiada sesiapa yang sanggup melakukan perkara ini, melainkan mereka menganggap terdapat dana dalam akaun itu," katanya.Saman sivil yang difailkan pada tahun 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari itu menuntut pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta serta ganti rugi bagi penerimaan yang mengetahui, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam dan penyalahgunaan kuasa.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok. - Bernama

PARLIMEN: Pindaan SOSMA dibentang Jun atau Julai

PARLIMEN: Pindaan SOSMA dibentang Jun atau Julai

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau Julai ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kertas Kabinet bagi membolehkan kementeriannya memulakan gerak kerja pindaan akta berkenaan termasuk kajian dan libat urus telah dibentangkan pada Jumaat lalu. Katanya, pindaan tersebut akan melibatkan ... Read more The post PARLIMEN: Pindaan SOSMA dibentang Jun atau Julai appeared first on Utusan Malaysia .

Plus kenal pasti 30 lokasi ‘hot spot’ kemalangan

Plus kenal pasti 30 lokasi ‘hot spot’ kemalangan

SUNGAI BULOH – Plus Malaysia Berhad (Plus) mengenal pasti sebanyak 30 lokasi ‘hot spot’ kemalangan di sepanjang lebuh raya kendaliannya dan akan menempatkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) di lokasi berkenaan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku insiden, khususnya sepanjang musim perayaan. Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pasukan operasi ... Read more The post Plus kenal pasti 30 lokasi ‘hot spot’ kemalangan appeared first on Kosmo Digital .