Skuad wanita B-20 mahu lakar kejutan lawan Iran

Skuad wanita B-20 mahu lakar kejutan lawan Iran

KUALA LUMPUR: Skuad wanita bawah 20 (B-20) negara sudah bersedia sepenuhnya dan mahu bermula dengan langkah kanan dalam aksi pembukaan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026. Skuad kendalian Cameron Ng akan berdepan Iran di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini dan pastinya aksi pembukaan ini menjadi tumpuan bagi memastikan skuad negara mendapat tonik ... Read more The post Skuad wanita B-20 mahu lakar kejutan lawan Iran appeared first on Utusan Malaysia .

Kereta terbakar atas jambatan punca jalan sesak

Kereta terbakar atas jambatan punca jalan sesak

GEORGE TOWN : Sebuah kereta jenis Perodua Myvi musnah dalam satu kebakaran di Kilometer 6.8, Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah utara di sini, pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.04 pagi. ... Read more The post Kereta terbakar atas jambatan punca jalan sesak appeared first on Utusan Malaysia .

Honda Malaysia August 2025 promo – CR-V up to RM15k off, HR-V facelift RM6k, City RM8k, Civic RM7k

Honda Malaysia August 2025 promo – CR-V up to RM15k off, HR-V facelift RM6k, City RM8k, Civic RM7k

It’s National Day month, and Honda Malaysia is welcoming the 68th Merdeka with its ‘Proud. United. Rewarded’ promo that is available for the entire month of August 2025. The available offers are for 2025 model year Honda models that are locally assembled (CKD) in Malaysia, starting with the CR-V that […] The post Honda Malaysia August 2025 promo – CR-V up to RM15k off, HR-V facelift RM6k, City RM8k, Civic RM7k appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Dalang geng samun, edar dadah maut ditembak polis

Dalang geng samun, edar dadah maut ditembak polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki dalang geng pecah rumah dan samun selain terlibat dalam sindiket pengedaran dadah maut ditembak dalam Op Api KL 3/2025 di Jalan Bukit Tunku, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi, suspek yang memandu kereta jenis BMW berjaya dipintas polis sebelum berlaku aksi berbalas tembakan yang ... Read more The post Dalang geng samun, edar dadah maut ditembak polis appeared first on Kosmo Digital .

Isteri larikan 6 anak, suami kantoi ‘makan’ darah daging sendiri

Isteri larikan 6 anak, suami kantoi ‘makan’ darah daging sendiri

MELAKA – Seorang suri rumah bertindak melarikan diri bersama enam anaknya dari Melaka ke Kuala Lumpur selepas perbuatan suami merogol salah seorang daripada mereka sejak 10 tahun lalu terbongkar, Sabtu lalu. Menurut sumber, mangsa yang kini berusia 18 tahun akhirnya membuka mulut selepas suspek yang bekerja sebagai mekanik dikatakan turut cuba melakukan perkara sama terhadap ... Read more The post Isteri larikan 6 anak, suami kantoi ‘makan’ darah daging sendiri appeared first on Kosmo Digital .

Nafkah sementara sinar harapan di tengah kabus rumah tangga yang retak

Nafkah sementara sinar harapan di tengah kabus rumah tangga yang retak

DALAM pergelutan rumah tangga yang berakhir di kamar mahkamah, wanita sering menjadi pihak paling terkesan terutamanya apabila mereka bergantung sepenuhnya kepada suami dari segi kewangan.Justeru, kewujudan peruntukan nafkah sementara dalam undang-undang syariah menjadi benteng perlindungan yang bukan sahaja memberi ruang bernafas malah mengembalikan hak dan maruah seorang isteri.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, nafkah sementara menjadi sinar perlindungan dan keadilan buat isteri yang tidak bekerja atau tiada sumber pendapatan sementara menunggu kes induk nafkah diselesaikan di Mahkamah Syariah.Nafkah sementara itu diperuntukkan di bawah Seksyen 70 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang terpakai di Wilayah Persekutuan, manakala negeri-negeri lain tertakluk di bawah Seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam masing-masing.Beliau berkata, perintah tersebut boleh dikeluarkan oleh mahkamah terhadap suami sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah dan mencukupi bagi isteri menerima nafkah menurut Seksyen 70(1).Menurutnya, nafkah sementara berperanan membantu kelangsungan hidup isteri sepanjang tempoh perbicaraan yang lazimnya memakan masa antara enam hingga tujuh bulan.Nafkah sementara bukan hanya alat sokongan kewangan, tetapi manifestasi kepada prinsip keadilan, belas ihsan dan tanggungjawab dalam Islam.Dalam suasana masyarakat yang semakin sedar akan hak dan maruah wanita, langkah menyediakan saluran undang-undang seperti ini perlu terus diperkukuh agar isteri yang dizalimi tidak terus terpinggir dan agar proses kehakiman tidak menjadi medan penderitaan berpanjangan.Sebagaimana namanya, nafkah sementara adalah sinar harapan di tengah kabus rumah tangga yang retak dan wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang memerlukan dengan bimbingan pihak berwajib serta sistem sokongan undang-undang yang berkesan.Dari sudut sosial, peruntukan ini secara langsung menyumbang kepada pengurangan kadar kemiskinan dalam kalangan wanita bercerai atau berpisah serta mengurangkan risiko eksploitasi, kehilangan tempat tinggal atau paksaan kembali kepada hubungan toksik kerana desakan kewangan.Selain itu, dalam kebanyakan kes, isteri turut menjaga anak-anak sepanjang tempoh perbicaraan. Nafkah sementara secara tidak langsung melindungi kesejahteraan anak-anak, memastikan keperluan asas mereka terus terjaga.Dengan adanya nafkah sementara juga, isteri boleh merancang masa depan dengan lebih tenang sama ada dari segi pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan anak atau tindakan undang-undang seterusnya.Tanpa nafkah sementara, sesetengah isteri mungkin dipaksa kembali kepada hubungan toksik kerana kesempitan hidup.Peruntukan ini memberi mereka kekuatan untuk berdiri atas hak sendiri, tanpa tekanan kewangan yang memaksa kompromi terhadap maruah dan keselamatan diri.Lebih daripada itu, ia menandakan bahawa sistem kehakiman syariah bukan sahaja bersifat menghukum, tetapi juga menjaga kebajikan dan memberikan peluang hidup bermaruah kepada golongan yang memerlukan.Maka, peranan nafkah sementara adalah amat kritikal sebagai penyambung kehidupan dan kestabilan wanita sewaktu menanti penyelesaian penuh daripada mahkamah.

PARLIMEN: Tarif AS dan kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

PARLIMEN: Tarif AS dan kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Isu tarif timbal balik Amerika Syarikat kepada Malaysia dan usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan kerajaan ... Read more The post PARLIMEN: Tarif AS dan kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini appeared first on Utusan Malaysia .

Derita remaja jadi pemuas nafsu bapa sejak usia lapan tahun terbongkar

Derita remaja jadi pemuas nafsu bapa sejak usia lapan tahun terbongkar

MELAKA - Derita seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sejak 10 tahun lalu akhirnya terbongkar setelah dia menceritakan perbuatan terkutuk itu kepada ibunya pada Sabtu lalu.Mangsa yang kini berusia 18 tahun dan bekerja sebagai jurujual dipercayai dirogol bapanya yang bekerja sebagai mekanik sejak dia berusia lapan tahun lagi.Sumber berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada enam beradik mendakwa terpaksa merahsiakan perbuatan jijik bapanya sejak sekian lama kerana diugut oleh suspek yang mahu memukulnya, selain mengancam untuk merogol adik-adiknya yang lain.Menurutnya, setelah ibu kandung mengadu bahawa bapanya tidak lagi memberikan wang belanja anak-anak sehingga menyebabkan wanita itu terpaksa keluar dari rumah bersama lima adik mangsa, barulah gadis itu mendapat keberanian untuk menceritakan rahsia yang selama ini dipendamnya seorang diri."Ketika itu ibunya meminta mangsa untuk terus tinggal dengan suspek setelah wanita itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan suaminya."Mangsa bukan sahaja enggan namun terus menangis mengenangkan nasibnya yang selama bertahun menjadi pemuas nafsu bapa sejak dia berusia lapan tahun lagi," katanya.Tambahnya, mangsa mendakwa dia baru dipaksa memuaskan nafsu bapanya kira-kira jam 9 malam di rumah mereka pada minggu lalu."Mangsa memberitahu bahawa dalam kejadian terbaharu itu, bapanya melakukan perbuatan keji tersebut ketika pengadu sedang berkemas untuk melarikan diri bersama lima adiknya," katanya lagi.Tambahnya, pengadu kemudian membawa kesemua enam anaknya ke Kuala Lumpur dan menumpang sementara di rumah adik-beradik sebelum membuat laporan polis pada Ahad lalu."Suri rumah itu turut mendakwa suaminya sering memukul anak-anak sehingga menyebabkan mereka cedera parah, namun tidak membuat laporan polis kerana diugut oleh suspek," ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kes tersebut dan suspek telah ditahan."Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," ujarnya lagi.