'Nak keluar parti, silakan tapi jangan hina UMNO' - Pemuda Kapar

'Nak keluar parti, silakan tapi jangan hina UMNO' - Pemuda Kapar

KAPAR – Pemuda UMNO Bahagian Kapar menegaskan bahawa mereka tidak menghalang mana-mana ahli yang ingin meninggalkan parti, namun mengingatkan agar tindakan tersebut dilakukan dengan penuh adab tanpa memperlekeh atau memburukkan parti yang pernah memberi peluang dan ruang kepada mereka.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Affifi Aris berkata, setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada ingin melompat parti, berhenti keahlian, atau menyertai parti lain."Kamu nak lompat ke, kamu nak tinggalkan perjuangan ke, kamu nak berhenti keahlian ke, kamu nak daftar parti lain ke, pergilah. Tiada siapa yang menghalang."Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas segala jasa yang pernah ditaburkan kepada parti ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Bagaimanapun, Affifi mengingatkan agar perpindahan ahli dilakukan secara berhemah dan tidak menghina perjuangan parti yang pernah mengangkat martabat mereka."Tetapi, janganlah perpindahan keluar kamu ini dilakukan dengan cara memperlekehkan, memperkecilkan, menghina mahupun memburukkan parti yang pernah mengangkat darjat kamu," ujarnya.Dalam masa yang sama, beliau menyeru ahli-ahli yang masih setia agar terus memperkukuh kesatuan dan menghindari sikap merasa diri ‘terpaling betul’."Kepada rakan-rakan yang masih setia, marilah kita rapatkan saf. Cukuplah rasa diri terpaling betul dalam semua keadaan. Hargai di antara satu sama lain, hentikan segala naratif yang mengeruhkan keadaan," katanya.Affifi turut menekankan kepentingan untuk terus bergerak ke hadapan bagi memastikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kekal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Sekarang, kita perlu bergerak untuk memastikan PRU16 yang akan datang, pengundi masih dan mahu memilih Dacing sebagai parti yang membela dan memajukan nasib mereka."Yakinkan. Eratkan. Sahabatkan Pemuda!" tambahnya.

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad orang lain

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad orang lain

SHAH ALAM – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan memiliki 205 pasport, MyKad kepunyaan tiga lelaki dan satu kad pengenalan palsu, bulan lalu.N Paarvathy, 41, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman.Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu didakwa ada dalam milikannya 205 pasport Malaysia.Dia dituduh mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang boleh dihukum bawah Seksyen 12(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memiliki kad pengenalan milik tiga lelaki berusia 19, 21 serta 31 tahun tanpa alasan yang munasabah dan satu kad pengenalan palsu atas nama seorang lelaki berusia 24 tahun.Semua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri, Taman Puchong Hartamas di sini pada jam 12.10 tengah malam 11 Julai lalu.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut peraturan 25(1)(o) dan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin berjumlah RM30,000 bagi semua pertuduhan."Ia termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat, sekali setiap bulan," katanya.Bagaimanapun, peguam, Yogamani M Marappan yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan jaminan pada kadar minimum dengan alasan wanita itu tidak berkerja dan mengharapkan pendapatan suami."Dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri selain memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sejak siasatan dijalankan termasuk sepanjang 28 hari ditahan reman."Anak guam sedia memenuhi syarat tambahan berkenaan kerana tidak mempunyai sebarang hubungan dan tidak mengenali mereka," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret, Muhammad Syafiq membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi semua pertuduhan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 September depan.

Teknologi AI perkukuh perkhidmatan agama

Teknologi AI perkukuh perkhidmatan agama

IPOH – Perak memulakan pendedahan awal tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada warga pentadbir agama dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan agama di negeri itu. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah memulakan usaha itu kepada warga jabatan untuk meneroka potensi AI. Katanya, langkah memperkukuhkan perkhidmatan agama itu termasuklah membangunkan ... Read more The post Teknologi AI perkukuh perkhidmatan agama appeared first on Kosmo Digital .

“Karma is real, brother” — Influencer Kong Jau Sang slams trio for giving chicken bones to homeless man

“Karma is real, brother” — Influencer Kong Jau Sang slams trio for giving chicken bones to homeless man

A viral video involving three Malaysian content creators has sparked widespread outrage after they were seen handing chicken bones to a homeless man, while giving the leftover meat to a dog—an act that many criticised as humiliating and dehumanising. Although the trio later issued an apology and claimed that the man had been given a proper meal off-camera and was in on the act, the damage had already been done. ALSO READ : “I already treat them as brothers”: Homeless man forgives influencers over chicken bone meal incident The incident drew sharp criticism from the public and notable figures, including Malaysian influencer and celebrity lawyer, Kong Jau Sang. In a strongly worded Facebook video , Kong did not hold back his condemnation. “He is already at the lowest point of his life, and you feed him bones. Are you human?” he said, questioning the creators’ sense of empathy and morality. He went on to deliver a stark reminder: “Karma is real, brother. Don’t ever doubt it.” Kong, known for his outspoken and controversial views, urged fellow influencers to uphold a higher standard of responsibility in their content creation. “You are using someone’s suffering as content. If you insult a beggar, you might become one in the future,” he warned. ALSO READ : Malaysian content creators face backlash for homeless prank Despite the backlash, the homeless man involved—identified as Dennis—told China Press that he holds no ill will towards the group. According to Dennis, the trio later returned to apologise, and he made it clear that he bore no grudge. “I already treat them as brothers,” he was quoted as saying. As of August 6, the trio involved in the video has given statements to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). They may face penalties of up to RM500,000 in fines or a jail term of up to two years under existing laws. ALSO READ : MCMC probes trio over viral leftovers video given to homeless man

Mayat lelaki hilang 28 tahun ditemui sempurna

Mayat lelaki hilang 28 tahun ditemui sempurna

ISLAMABAD  – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama 28 tahun ditemui terperangkap di dalam glasier di kawasan pergunungan wilayah Kohistan, timur Pakistan, lapor akhbar The Sun UK semalam.  Penemuan aneh itu dibuat oleh seorang pengembala kambing, Omar Khan di kawasan terpencil, Lady Valley pada 1 Ogos lalu.  “Saya seperti tidak percaya kerana tubuhnya masih sempurna, ... Read more The post Mayat lelaki hilang 28 tahun ditemui sempurna appeared first on Kosmo Digital .

Lima tentera AS cedera ditembak di pangkalan, suspek ditahan

Lima tentera AS cedera ditembak di pangkalan, suspek ditahan

GEORGIA: Lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) cedera ditembak dalam satu insiden di Fort Stewart, Georgia pada Rabu dan suspek ditahan oleh pihak berkuasa tentera. Insiden berlaku sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan di kawasan pasukan 2nd Armored Brigade Combat Team. Pangkalan tentera itu segera dikunci sejurus selepas kejadian, dan suspek ditahan 11.35 pagi. “Tiada ... Read more The post Lima tentera AS cedera ditembak di pangkalan, suspek ditahan appeared first on Utusan Malaysia .

Polis akan tahan Eda Ezrin sebaik tiba di Kelantan

Polis akan tahan Eda Ezrin sebaik tiba di Kelantan

RANTAU PANJANG - Polis akan terus menahan penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suami dan empat lagi rakannya sebaik sahaja masuk ke negeri ini pada petang Khamis.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penahanan itu bertujuan merakam percakapan."Kita sudah menempatkan anggota untuk tindakan berkenaan."Bagaimanapun dua daripada enam individu itu yang masuk ke Thailand secara haram akan ditangkap mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1958/63," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.Dua individu terbabit ialah Eridieka Mohd Noor, 33, Zuhaira Nasrin, 26.Eda Ezrin, suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, bersama Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33, akan ditahan bertujuan merakam percakapan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dijangka tiba di Balai Polis Sungai Golok di sini pada petang Khamis.Bagaimanapun, kesemua mereka perlu ke Balai Polis dan kemudian ke Depot Tahanan Imigresen Golok untuk urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.Bagaimanapun, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya akan dipanggil untuk dirakam keterangan pada Khamis selepas dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini.Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, tindakan berkenaan akan dijalankan oleh JSJN Kelantan.Kesemua individu berkenaan akan dirakam keterangan, selain sampel air kencing turut diambil untuk saringan.

Tauke dadah Vietnam berdepan hukuman mati edar, miliki dadah 5kg

Tauke dadah Vietnam berdepan hukuman mati edar, miliki dadah 5kg

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga Vietnam berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengedar dadah seberat lebih 5 kilogram (kg), dua minggu lalu. Tertuduh, Vo Thi Be Thu, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret, A. Shaarmini. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan atas ... Read more The post Tauke dadah Vietnam berdepan hukuman mati edar, miliki dadah 5kg appeared first on Kosmo Digital .

Jangan diskriminasi dasar tenaga kerja, UNI-MLC selar kenyataan Guan Eng

Jangan diskriminasi dasar tenaga kerja, UNI-MLC selar kenyataan Guan Eng

SHAH ALAM - Dasar tenaga kerja tidak wajar didiskriminasikan antara pekerja tempatan dan pekerja asing sama ada pekerja lama atau baharu, membuktikan Malaysia tidak menganak tirikan pekerja-pekerja asing yang sedia ada di negara ini.Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Mammal berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang berhubung dasar gaji minima dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu dilaksanakan kepada pekerja-pekerja asing sedia ada, dilihat kurang matang dan sangat memalukan.Menurutnya, Guan Eng sepatutnya tampil kehadapan untuk memberi sokongan supaya semua warga pekerja asing diberi layanan terbaik."Tidak wajar bagi Lim Guan Eng yang pernah menyandang jawatan Menteri Kabinet yang kononnya memperjuangkan golongan pekerja, tetapi menafikan perlindungan sosial paling asas kepada mereka yang melakukan kerja-kerja 3D (kotor, bahaya, sukar dan penting), hanya kerana mereka tidak dilahirkan di sini."Sepatutnya Guan Eng merasa bangga kerana Malaysia dibawah Kerajaan Madanui yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, Malaysia sentiasa memikirkan pembaharuan serta mengiktiraf hak pekerja serta kesejahteraan pekerja dengan mendapat gaji minima dan juga caruman KWSP."Jika kerajaan Malaysia mampu membuat sesuatu yang berbeza demi kesejahteraan pekerja-pekerja asing yang dianggap terbaik, ini juga satu penghormatan kepada mereka kerana mereka juga sebagai pekerja telah mencurahkan segala tenaga dan kepakaran demi membangunkan Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Guan Eng ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen pada Rabu berkata, Malaysia tidak wajib mengenakan dasar gaji minimum RM1,700 atau caruman KWSP 2 peratus ke atas pekerja asing yang telah pun diambil bekerja kerana tidak terikat dengan mana-mana konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).Menurut beliau, dasar gaji minimum dan caruman sepatutnya hanya terpakai kepada pengambilan pekerja asing baru kerana pekerja sedia ada telah diambil dengan terma yang berbeza.Mohamed Shafie berkata, beliau kesal dan kecewa dengan kenyataan Guan Eng yang didakwa dibuat tidak berlandaskan fakta."UNI-MLC berpendapat jika beliau tidak dapat menerima hakikat ini, jelas menunjukkan beliau membuat kenyataan mengikut emosi bukan mengikut fakta yang sedia ada."Dalam hal ini, Guan Eng mengaitkan dengan Standard ILO dan merendahkan tindakan berani dan tegas oleh kerajaan Malaysia dengan melaksanakan gaji minima dan caruman KWSP," ujarnya.