National youth council MPBN opens applications for 2025-2026 term

National youth council MPBN opens applications for 2025-2026 term

KUALA LUMPUR : The Ministry of Youth and Sports has opened applications for the National Youth Consultative Council (MPBN) for its 35th term (2025-2026). Deputy Minister Adam Adli Abdul Halim stated the move aims to make the council more inclusive. The initiative seeks to amplify youth voices from diverse backgrounds, including para-athletes and those from Sabah and Sarawak. Adam Adli emphasised the ministry’s commitment to fair and balanced representation. He addressed this during the Dewan Rakyat Q\&A session, responding to Yeo Bee Yin (PH-Puchong) on strengthening MPBN as a youth platform. The council’s conference, reintroduced last year, will now be held biannually with live social media broadcasts. – Bernama

Rwanda setuju terima 250 migran diusir dari AS

Rwanda setuju terima 250 migran diusir dari AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Rwanda mencapai persetujuan untuk membenarkan negara Afrika itu menerima sehingga 250 migran yang dihantar pulang dari AS, menurut jurucakap kerajaan. Perjanjian ini menandakan langkah lebih tegas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump terhadap pendatang asing di negara itu. Menurut pegawai Rwanda, perjanjian tersebut ditandatangani di ibu negara Kigali pada Jun dan ... Read more The post Rwanda setuju terima 250 migran diusir dari AS appeared first on Utusan Malaysia .

Terengganu ambil langkah tegas isu ceroboh gali emas

Terengganu ambil langkah tegas isu ceroboh gali emas

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kegiatan mencari gali emas secara haram yang dikesan berlaku di Kampung Bukit Tasik Apal, Besut, dekat sini sebelum mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan tidak  berkompromi dengan sebarang aktiviti pencerobohan tanah yang boleh mengundang risiko kepada ... Read more The post Terengganu ambil langkah tegas isu ceroboh gali emas appeared first on Utusan Malaysia .

Osaka terus membara, bakal jumpa Tauson di separuh akhir Terbuka Kanada

Osaka terus membara, bakal jumpa Tauson di separuh akhir Terbuka Kanada

MONTREAL: Naomi Osaka mara ke separuh akhir Terbuka Kanada selepas membenam pilihan ke-10, Elina Svitolina 6-2, 6-2 dalam masa 68 minit. Kemenangan itu membuka laluan buat juara Grand Slam empat kali itu bertemu Clara Tauson dari Denmark dalam perlawanan separuh akhir hari ini. “Saya sangat gembira dan seronok bermain di sini… saya rasa saya akan ... Read more The post Osaka terus membara, bakal jumpa Tauson di separuh akhir Terbuka Kanada appeared first on Utusan Malaysia .

Kerajaan tumpu kesaksamaan wilayah tambah baik penyampaian perkhidmatan awam

Kerajaan tumpu kesaksamaan wilayah tambah baik penyampaian perkhidmatan awam

PUTRAJAYA : Kerajaan akan memberi tumpuan kepada kesaksamaan wilayah sebagai sebahagian daripada usaha reformasi untuk memastikan penambahbaikan perkhidmatan awam melangkaui agensi Persekutuan dan pusat bandar. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyatakan pendekatan ini melibatkan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan di peringkat daerah dan tempatan. “Dengan pembinaan kapasiti dan penyelarasan keutamaan di peringkat akar umbi, kita sasarkan pengurangan jurang wilayah serta peningkatan kecekapan tindak balas institusi awam,” katanya. Beliau berkata demikian dalam syarahan perdana bertajuk “State Capacity and Directed Growth: A Mission Oriented” oleh pakar ekonomi Prof Mariana Mazzucato. Reformasi kerajaan dirangka untuk memacu pertumbuhan lebih terarah dalam sektor awam sebagai peneraju, bukan sekadar pengikut. Shamsul Azri menekankan hasrat kerajaan untuk menginstitusikan mekanisme berpacukan data melalui Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). “ARPA akan memastikan kecekapan melalui papan pemuka prestasi, pemantauan masa nyata, dan penilaian berasaskan ‘demerit’ bagi meningkatkan akauntabiliti,” jelasnya. Mekanisme ini akan disokong oleh penyelarasan berasaskan misi untuk mencapai matlamat nasional seperti peralihan hijau dan daya tahan sosial. Dalam sidang media, Shamsul Azri menyatakan beberapa penyesuaian akan dibuat bagi memantapkan Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030. “Kebanyakan perkara sudah ada dalam PIKAS, tetapi kita akan lakukan penyelarasan semula,” katanya. Sementara itu, Mazzucato menyeru kerajaan memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk pasaran untuk pertumbuhan adil dan mampan. Beliau menegaskan pendekatan tradisional tidak lagi mencukupi untuk menangani cabaran seperti perubahan iklim dan ketidaksamaan. Mazzucato turut menekankan kepentingan dasar berpacukan misi dengan kerjasama merentasi sektor bagi menggalakkan inovasi inklusif. Syarahan perdana anjuran INTAN itu dihadiri pegawai kanan kerajaan. - Bernama

Kes Zara Qairina: AGC serah semula laporan siasatan awal kepada polis

Kes Zara Qairina: AGC serah semula laporan siasatan awal kepada polis

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan semula laporan siasatan awal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, buat masa ini, AGC tidak boleh mengulas mengenai tindakan yang akan diambil atau inkues dijalankan bagi menyiasat kematian pelajar perempuan itu.Menurutnya, maklumat secara terperinci, tidak boleh didedahkan namun terdapat beberapa perkara yang perlu dilengkapkan."Kita kena pastikan ini adil, buat masa ini saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan masih dijalankan," katanya selepas majlis meraikan Ketua Hakim Negara yang baharu di Istana Kehakiman di sini pada Rabu.Pada Ahad lalu, pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina mendakwa, kertas siasatan yang dihantar kepada AGC tidak lengkap.Peguam, Ismail Hamid dan Shahlan Jufri berkata, ia susulan kegagalan pihak polis mengambil pakaian dan barang peribadi milik remaja tersebut yang dipercayai boleh menjadi bahan bukti penting dalam siasatan.Pihak polis sebelum ini memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan kini sedang menunggu arahan lanjut.Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).Kematian tragis remaja itu mencetuskan gelombang simpati dan kemarahan rakyat, terutama selepas dikaitkan dengan dakwaan buli di sekolah terbabit.Tanda pagar #JusticeForZara digunakan secara meluas di media sosial sebagai solidariti menuntut keadilan dan siasatan telus.

Negeri Sembilan allocates RM4.02m for Orang Asli development

Negeri Sembilan allocates RM4.02m for Orang Asli development

SEREMBAN : The Negeri Sembilan government has allocated RM4.02 million to the state Department of Orang Asli Development (JAKOA) for community projects this year. Datuk Seri Jalaluddin Alias, State Rural Development, Plantation and Commodities Committee chairman, said the projects cover treated water supply, infrastructure, and social amenities. He added that the allocation also includes access roads, house construction, repairs, agriculture, and rural entrepreneurship programmes. “Of the total allocation, JAKOA has so far committed and spent RM3,576,639 for Orang Asli community development,” he said. Jalaluddin noted that RM440,920 is pending ministry approval for project implementation. He stated that 90 per cent of JAKOA-recognised villages have access to basic necessities like water and electricity. “The remainder that lack access are additional villages not gazetted as Orang Asli Reserves,” he told reporters recently. Jalaluddin assured that JAKOA remains committed to improving Orang Asli welfare through the Ministry of Rural and Regional Development. He also highlighted that some Orang Asli households prefer using clean hill water over piped supply to avoid monthly payments. – Bernama

Faezuddin terajui Ketua AMK Johor, fokus dekati akar umbi

Faezuddin terajui Ketua AMK Johor, fokus dekati akar umbi

JOHOR BAHRU – Ketua Cabang PKR Pulai, Faezuddin Puad dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor yang baharu.Pelantikan itu dibuat susulan keputusan kepimpinan AMK Pusat yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui sayap pemuda parti di negeri ini.Bekas Naib Ketua AMK Johor itu menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu tanggungjawab besar yang akan digalas sebaik mungkin demi memperkukuh jentera parti di peringkat negeri."Langkah awal saya bersama Timbalan Ketua AMK Johor, Sharwin Subra ialah membentuk Jawatankuasa AMK Negeri dan turun padang ke setiap cabang bagi mendengar sendiri pandangan akar umbi," katanya dalam kenyataan.Beliau turut memaklumkan bahawa AMK Johor akan memperkukuh kerjasama dengan Pengerusi Keadilan Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa serta barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi memastikan segala gerak kerja selari dengan hala tuju negeri."Selain itu, kami juga akan menjalin hubungan lebih erat dengan rakan-rakan pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) serta komponen Kerajaan Perpaduan di Johor," ujarnya.Faezuddin berkata, AMK Johor bertekad untuk menjadi tulang belakang penting bagi memastikan kemenangan parti dalam pilihan raya negeri akan datang serta menyumbang kepada kejayaan agenda Malaysia Madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Operasi SAR OKU hilang di Bukit Tabur dihentikan sementara

Operasi SAR OKU hilang di Bukit Tabur dihentikan sementara

KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang di Bukit Tabur dihentikan buat sementara waktu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan operasi SAR dihentikan pada pukul 6 petang semalam. Beliau berkata polis bersedia meneruskan semula operasi jika terdapat petunjuk baharu mengenai lokasi lelaki berusia 43 tahun itu. “Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu telah pergi ke lokasi lain. Sepanjang operasi pencarian dilakukan tiada sebarang petunjuk ditemui di kawasan sekitar,” katanya. Mohd Azam menambah bahawa satu kertas inkuiri berkaitan kes orang hilang itu telah dibuka bagi siasatan lanjut. Laporan kehilangan Norhafsham Nazri dibuat oleh bapanya pada 2 Ogos kira-kira 1.04 tengah hari. Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas dihantar berehat di Kampung Warisan pada 1 Ogos sekitar 2.30 petang. Sebuah beg galas dipercayai milik mangsa ditemui di laluan menuju ke Bukit Tabur semasa pencarian awal dijalankan. Operasi SAR kemudian dilaksanakan di sekitar Bukit Tabur dan kawasan Hulu Sungai Klang. - Bernama

AGC serah semula laporan, arah polis lengkap siasatan Zara Qairina

AGC serah semula laporan, arah polis lengkap siasatan Zara Qairina

PUTRAJAYA: Laporan penuh siasatan awal kematian pelajar, Zara Qairina Mahathi telah diserahkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan. Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, sebarang keputusan sama ada untuk mendakwa sesiapa atau mengarahkan agar inkues dilakukan akan diputuskan selepas siasatan benar-benar telah dilengkapkan. “Kita telah menyerahkan semua laporan kepada pihak polis semalam. Kita ... Read more The post AGC serah semula laporan, arah polis lengkap siasatan Zara Qairina appeared first on Utusan Malaysia .

Cycle & Carriage launches pop-up store in 1 Utama – showcases both Leapmotor and Peugeot models

Cycle & Carriage launches pop-up store in 1 Utama – showcases both Leapmotor and Peugeot models

Cycle & Carriage has launched a new pop-up store located in the new wing of 1 Utama, which will run for three months starting from August 1, 2025. As with the company’s new 3S dealership located in George Town, Penang, the store in 1 Utama adopts a multi-brand concept, showcasing […] The post Cycle & Carriage launches pop-up store in 1 Utama – showcases both Leapmotor and Peugeot models appeared first on Paul Tan's Automotive News .