As China, US race for critical minerals, Africa needs to make rules

As China, US race for critical minerals, Africa needs to make rules

Critical minerals such as lithium, cobalt, nickel, copper, rare earth elements, and platinum group metals are essential for modern technologies. They are key to industries ranging from electronics and telecommunications to renewable energy, defence, and aerospace systems. The global demand for these minerals has been growing, as has the competition for them. The supply and […] The post As China, US race for critical minerals, Africa needs to make rules appeared first on Asia Times .

Satu mara, empat kandas, Pearly–Thinaah kekal teguh di Denmark

Satu mara, empat kandas, Pearly–Thinaah kekal teguh di Denmark

BEREGU negara mempamerkan nasib berbeza pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark Super 750 2025 di Jyske Arena, Odense, apabila empat gandingan lelaki tersingkir manakala pasangan wanita utama, Pearly Tan–M Thinaah, menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke pusingan kedua.Pasangan muda Wan Arif Junaidi–Yap Roy King membuka tirai cabaran negara, namun langkah mereka terhenti selepas tunduk 15-21, 19-21 kepada beregu pilihan Jepun, Takuro Hoki–Yugo Kobayashi, dalam masa 39 minit.Kekalahan itu menyaksikan pasangan negara kini ketinggalan 0-2 dalam rekod pertemuan dengan lawan di ranking ke-10 dunia itu.Sementara itu, beregu berpengalaman Ong Yew Sin–Teo Ee Yi turut gagal meneruskan kemaraan apabila tewas straight set 19-21, 14-21 di tangan adik-beradik Perancis, Christo dan Toma Junior Popov.Keputusan itu membolehkan pasangan Perancis berkenaan merapatkan jurang rekod pertemuan kepada 4-1, masih memihak kepada gandingan negara.Nasib malang tidak berakhir di situ apabila pasangan pilihan ketiga kejohanan, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani, turut tersingkir selepas dikejutkan juara Terbuka Artik Super 500, Ben Lane–Sean Vendy dari England.Pertarungan tiga set sengit itu berakhir 13-21, 21-13, 14-21, sekali gus memberi kemenangan pertama buat beregu England dalam pertemuan sulung mereka.Turut kecundang ialah pasangan utama negara dan pilihan kedua kejohanan, Aaron Chia–Soh Wooi Yik, apabila mereka tewas 17-21, 13-21 kepada gandingan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto–Rahmat Hidayat, dalam masa 33 minit.Kekalahan itu menamatkan harapan pasangan nombor dua dunia berkenaan untuk melangkah jauh di bumi Odense.Namun, semangat skuad kebangsaan tetap diselamatkan oleh aksi mantap Pearly–Thinaah, yang tidak memberi ruang kepada gandingan Indonesia, Rachel Allessya Rose–Febi Setianingrum, apabila menang 21-13, 21-17 dalam masa 35 minit.Kemenangan itu membolehkan juara Terbuka Artik Super 500 berkenaan melangkah ke pusingan kedua dengan keyakinan tinggi sambil mengintai peluang menamatkan kemarau kejuaraan di siri Eropah musim ini.

Enam gantian: Isyarat baharu kelab Eropah lawan tekanan jadual padat

Enam gantian: Isyarat baharu kelab Eropah lawan tekanan jadual padat

CADANGAN memperkenalkan enam pemain gantian dalam setiap perlawanan kini menjadi antara topik hangat dalam kalangan kelab-kelab utama Eropah yang semakin bimbang terhadap kesan jadual padat terhadap tahap fizikal dan mental pemain.Difahamkan, perbincangan mengenai perkara itu tercetus secara tidak rasmi ketika Perhimpunan Agung Kelab Bolasepak Eropah (EFC) di Rom minggu lalu, walaupun tidak termasuk dalam agenda rasmi persidangan.Beberapa kelab gergasi termasuk dari Liga Perdana Inggeris seperti Manchester City, Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Nottingham Forest dilapor mengambil bahagian dalam sesi tertutup tersebut yang turut menyentuh kemungkinan memperbesarkan saiz skuad kepada 28 pemain berbanding had semasa 25 pemain.Sekiranya dipersetujui, perubahan itu perlu terlebih dahulu mendapat perakuan daripada Lembaga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), badan penggubal undang-undang bola sepak dunia, sebelum dibawa ke peringkat pelaksanaan.Peraturan lima pemain gantian sebelum ini mula diperkenalkan pada Mei 2020 ketika saingan bola sepak disambung semula selepas pandemik Covid-19.Namun, ia hanya kekal sementara apabila liga kembali kepada tiga gantian pada musim berikutnya, sebelum lima pemain gantian disahkan kekal mulai musim 2022/23.Selain itu, pasukan turut dibenarkan membuat pertukaran tambahan bagi menggantikan pemain yang disyaki mengalami kecederaan di kepala, satu langkah keselamatan yang diiktiraf badan perubatan sukan antarabangsa.Langkah menambah tiga lagi tempat dalam senarai pemain diyakini mampu memberi ruang rotasi lebih luas kepada jurulatih.Ini sekali gus mengurangkan risiko kecederaan dan keletihan kronik, terutama kepada pemain muda yang terpaksa melalui jadual padat di peringkat kelab dan antarabangsa.Musim lalu, pertahanan muda Tottenham, Archie Gray disenaraikan skuad dalam 80 perlawanan melibatkan kelab dan negara, termasuk perlawanan persahabatan rekod tertinggi di Eropah bersama bintang Real Madrid, Arda Guler.Gray, 19, turut membuat 48 penampilan sepanjang musim ketika membantu Spurs menjuarai Liga Europa dan membantu skuad England Bawah 21 Tahun menjulang trofi Euro 2025.Namun, Persatuan Pemain Profesional (PFA) berpandangan penambahan saiz skuad belum tentu mampu menyelesaikan isu utama kerana pemain tetap perlu menjalani rutin latihan, persediaan taktikal serta perjalanan ke lokasi perlawanan, walaupun tidak diturunkan.Menurut laporan FifPro, kesatuan pemain bola sepak dunia, situasi itu masih dikira sebagai sebahagian daripada masa kerja pemain profesional dan menyumbang kepada tekanan mental jangka panjang.Pada Jun lalu, UEFA, EFC, FifPro Eropah dan Liga Eropah (EL) melancarkan kajian menyeluruh bagi menilai hubungan antara beban perlawanan, tahap kecederaan serta kesejahteraan pemain.Ketika ini, EFC mewakili lebih 800 kelab lelaki dan wanita dari 55 negara termasuk Paris Saint-Germain, Inter Milan dan Barcelona yang turut menghadiri mesyuarat di Rom minggu lalu.Cadangan penggunaan enam pemain gantian ini dilihat bukan sekadar perubahan teknikal, tetapi mungkin menjadi isyarat awal kepada reformasi struktur bola sepak profesional Eropah dalam usaha menyeimbangkan antara kepentingan komersial dan kebajikan pemain.

Setia bersama PN, Wan Ahmad Fayhsal tidak mahu khianati mandat rakyat Machang

Setia bersama PN, Wan Ahmad Fayhsal tidak mahu khianati mandat rakyat Machang

MACHANG: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung keahlian satu penggal oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih untuk terus setia bersama Perikatan Nasional (PN) dan tidak akan mengkhianati mandat rakyat kawasan itu. Wan Ahmad Fayhsal berkata, walaupun Ahli Parlimen Jelutong mengajaknya untuk bersama Kerajan Perpaduan namun dia mahu terus kekal ... Read more The post Setia bersama PN, Wan Ahmad Fayhsal tidak mahu khianati mandat rakyat Machang appeared first on Utusan Malaysia .