Bekalan elektrik pulih secara berperingkat

Bekalan elektrik pulih secara berperingkat

PETALING JAYA: Bekalan elektrik yang terputus di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, Kepong dan Kuala Lumpur sejak kira-kira pukul 4.20 petang tadi dilaporkan mula pulih secara berperingkat menjelang jam 5 petang. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bekalan elektrik di Amcorp Mall telah berjaya kembali sekitar pukul 5:21 petang tadi. Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di ... Read more The post Bekalan elektrik pulih secara berperingkat appeared first on Utusan Malaysia .

Firefox Officially Adds Perplexity AI To Search Engine

Firefox Officially Adds Perplexity AI To Search Engine

From Comet to OpenAI’s undisclosed project, many major AI companies are hard at work developing their own in-house AI browser. However, if you’re keen on using AI as your default way of searching but not interested in downloading any of them, then Mozilla has you covered. Starting today, you can now use Perplexity AI as […] The post Firefox Officially Adds Perplexity AI To Search Engine appeared first on Lowyat.NET .

Malaysia sedia hantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza

Malaysia sedia hantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza

PETALING JAYA: Malaysia bersedia menghantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza bagi membantu usaha menstabilkan keadaan dan memulihkan keamanan sekiranya mandat diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia telah pun menyediakan satu batalion khas untuk tujuan pengamanan tersebut.  “Kita memang bersedia. Semasa saya menyertai mesyuarat menteri-menteri negara ... Read more The post Malaysia sedia hantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza appeared first on Utusan Malaysia .

Sindiket pindah minyak masak peket ke dalam tong, kaut untung berganda

Sindiket pindah minyak masak peket ke dalam tong, kaut untung berganda

KLANG - Taktik licik sindiket menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan menukar bungkusan asal ke dalam tong plastik dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor dalam serbuan di kawasan Perindustrian Klang Utama di sini pada Rabu.Sindiket berkenaan dikesan menjalankan kegiatan itu secara tersusun dengan mendapatkan bekalan minyak masak peket bersubsidi daripada pembekal tertentu.Sindiket kemudian memotong bungkusan secara manual dan memindahkannya ke dalam tong plastik berwarna kuning berkapasiti 17 kilogram.Minyak tersebut kemudiannya dijual semula pada harga lebih rendah di pasaran tempatan dan luar negara bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.Difahamkan, aktiviti penyelewengan itu telah beroperasi lebih enam bulan dengan harga jualan sekitar RM76 bagi satu tong, sedangkan minyak di pasaran dijual pada harga RM118.Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 1 petang itu hasil risikan selama sebulan dan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, melibatkan kekuatan 30 pegawai serta anggota.Beliau berkata, pemeriksaan awal menemui cebisan helaian dokumen berkaitan bekalan minyak masak peket dan urus niaga yang dipercayai cuba dimusnahkan."Pemeriksaan awal mendapati dua premis aktif beroperasi dan salah satunya dijadikan stor untuk aktiviti pemindahan minyak masak bersubsidi."Serbuan menemukan lambakan bungkusan minyak masak peket yang telah dipotong serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses minyak tersebut," katanya ketika sidang akhbar di lokasi operasi di sini pada Rabu.Katanya, hasil serbuan itu turut membawa kepada rampasan 133,000 tan minyak masak bersubsidi dengan anggaran nilai RM333,000."Seramai sembilan individu terdiri daripada tujuh warga tempatan dan dua pekerja asing turut ditahan dalam serbuan ini."Tujuh warga tempatan dipercayai pekerja di peringkat pengurusan premis manakala dua lagi ialah buruh warga asing," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan."Syarikat terbabit juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)."KPDN akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan barang kawalan bersubsidi tidak diseleweng pihak tidak bertanggungjawab," katanya.Mohd Zuhairi berkata, tindakan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Kita Gempur’ dalam menangani isu manipulasi aktiviti perniagaan dan ketirisan barang kawalan bersubsidi."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan boleh menyalurkan aduan melalui WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN," katanya.

Gangguan di stesen penjana Melaka punca ‘blackout’ di Lembah Klang, Johor Bahru

Gangguan di stesen penjana Melaka punca ‘blackout’ di Lembah Klang, Johor Bahru

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka menjadi punca kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan elektrik, sebentar tadi. TNB menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan itu berlaku akibat daripada pelantikan di stesen berkenaan, hari ini. “Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan ... Read more The post Gangguan di stesen penjana Melaka punca ‘blackout’ di Lembah Klang, Johor Bahru appeared first on Kosmo Digital .

Zara Qairina disoal mengenai kes kecurian - Saksi

Zara Qairina disoal mengenai kes kecurian - Saksi

KOTA KINABALU - Saksi ke-23 bagi inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah bahawa pelajar Tingkatan Satu itu disoal oleh beberapa pelajar senior mengenai tiga kes kecurian melibatkan kehilangan dompet, kad mesin juruwang automatik (ATM), wang tunai dan pin bendera.Perkara itu didedahkan oleh saksi yang merupakan kanak-kanak ke-14 dalam keterangannya melalui prosiding in camera di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi merupakan pelajar senior dan mengenali Zara Qairina sebagai pelajar Tingkatan Satu yang tinggal aras yang sama dengannya."Dalam keterangannya, saksi mengesahkan bahawa pada malam 15 Julai lalu, Zara disoal oleh beberapa pelajar senior mengenai tiga kes kecurian iaitu kes kecurian dompet, kad ATM, wang tunai dan pin bendera Malaysia kepunyaan saksi."Saksi berkata ada pelajar junior lain minta izin untuk buat 'spot check' terhadap loker dan bag Zara. Saksi kemudian diberitahu oleh seorang pelajar junior yang terlibat dalam spot check bahawa mereka menemukan pin bendera di dalam beg Zara," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.Katanya lagi, saksi memaklumkan dia tidak memastikan sama ada pin tersebut memang dijumpai di beg Zara atau tidak."Saksi berkata dia membenarkan pelajar junior tersebut untuk melakukan spot check. Pada masa yang sama, saksi berkata amalan spot check bukannya perkara yang biasa. "Saksi mengesahkan saksi ada dalam bilik tersebut ketika spot check berlangsung tetapi dia tidak memantau pelajar semasa mereka membuat spot check. Saksi ini membawa pin bendera yang dijumpai oleh seorang pelajar junior itu ke bilik dorm sebelah untuk berjumpa Zara," katanya.Katanya lagi, semasa saksi masuk dorm tersebut, ada dalam lima hingga enam pelajar dalam bilik dorm tersebut bersama Zara."Saksi berkata dia cuma bertanya Zara tentang pin bendera kepada Zara dan bukan mengenai tuduhan kehilangan barang pelajar-pelajar junior lain. Saksi berkata Zara menafikan tuduhan tentang kecurian pin bendera tersebut."Saksi mengakui dia memang marah pada ketika itu dan menjerit 'bodoh, sial. Apabila Zara tidak mengaku, saksi kemudian keluar dari bilik tersebut dan memanggil seorang lagi rakan pelajar senior dari bilik dorm lain untuk ikut bersama-sama bertanya kepada Zara."Saksi berkata ada kira-kira lima orang mereka dalam bilik dorm bertanyakan soalan secara bergilir-gilir dengan Zara. Mereka bertanya Zara mengenai kehilangan barang dan juga pin bendera saksi. Saksi cuma bertanya pasal pin bendera dia saja dan pada masa ini saksi menjerit 'bodoh, sial' sekali lagi."Kawan-kawan saksi lain juga ada bertanya kepada Zara. Selepas ditanya beberapa soalan secara bergilir-gilir, Zara masih tidak mengaku apa-apa. Saksi berkata tempoh mereka bertanya kepada Zara tidak sampai satu jam. Selepas saksi dan pelajar-pelajar lain selesai menyoal Zara, saksi dan rakan-rakannya meninggalkan bilik," katanya.Shahlan bersama rakan sepasukannya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili Ibu kepada Zara Qairina, Noraidah Lamat, yang hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.