Forest pecat Postecoglou selepas dimalukan Chelsea

Forest pecat Postecoglou selepas dimalukan Chelsea

LONDON: Episod duka Nottingham Forest berakhir dengan pemecatan pengurus Ange Postecoglou sejurus pasukan itu tewas 0-3 kepada Chelsea di Stadium City Ground, hari ini. Keputusan drastik itu diumumkan hanya beberapa minit selepas tamat perlawanan apabila pemilik kelab, Evangelos Marinakis dilihat meninggalkan tempat duduknya sebelum wisel penamat dibunyikan. Dalam kenyataan rasmi di platform X, kelab itu ... Read more The post Forest pecat Postecoglou selepas dimalukan Chelsea appeared first on Utusan Malaysia .

Budak 12 tahun, ibu saudara mati lemas di Pantai Penunjuk

Budak 12 tahun, ibu saudara mati lemas di Pantai Penunjuk

KEMAMAN – Kegirangan sebuah keluarga berkelah bertukar tragedi apabila dua daripada ahli keluarga tersebut maut akibat lemas di Pantai Penunjuk Kijal, di sini, hari ini. Seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Ursia Medina Didi, 12, berasal dari Ampang, Selangor dan ibu saudaranya, Norhidayah Zakaria, 39, dari Jitra, Kedah tidak sedarkan diri akibat lemas selepas mandi-manda ... Read more The post Budak 12 tahun, ibu saudara mati lemas di Pantai Penunjuk appeared first on Kosmo Digital .

Zi Yu-Noraqilah buru pingat emas Kejohanan Remaja Dunia

Zi Yu-Noraqilah buru pingat emas Kejohanan Remaja Dunia

PETALING JAYA: Beregu perempuan negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Cao Zi Han-Chen Fan Shu Tian dari China pada separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Guwahati Assam, India, hari ini. Zi Yu-Noraqilah mengambil masa selama 46 minit sebelum beroleh kemenangan ke atas pilihan kelapan itu 15-13, 12-15, 15-7 ... Read more The post Zi Yu-Noraqilah buru pingat emas Kejohanan Remaja Dunia appeared first on Utusan Malaysia .

PRN Sabah: Ini Kalilah UMNO/BN Rampas Semula Sabah – Ahmad Zahid

PRN Sabah: Ini Kalilah UMNO/BN Rampas Semula Sabah – Ahmad Zahid

PUTATAN, 19 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula pentadbiran negeri itu. Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, berdasarkan analisis semasa, tiada satu parti pun yang akan muncul dominan sepenuhnya dalam PRN kali ini. [...]

Presiden Mesir jemput Anwar hadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza

Presiden Mesir jemput Anwar hadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi menyampaikan jemputan kepada beliau untuk menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza yang akan berlangsung di Mesir, sebagai sebahagian usaha bersama memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap pemulihan Gaza.Beliau berkata, jemputan berkenaan disampaikan El-Sisi menerusi perbualan telefon hari ini."Menerusi perbualan telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, petang tadi, saya menerima perkembangan terkini mengenai Pelan Damai Gaza."Presiden El-Sisi memaklumkan bahawa tumpuan kini diberikan kepada usaha mengenal pasti serta membawa keluar mayat tebusan rakyat Israel dari Gaza agar rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk melengah atau menggagalkan proses damai yang sedang diusahakan."Beliau turut memaklumkan mengenai pelaksanaan fasa kedua pelan tersebut, iaitu pembinaan semula Gaza, keperluan melindungi Tebing Barat, serta pelaksanaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF)," katanya dalam hantaran di Facebook.Perdana Menteri berkata, El-Sisi juga menyatakan harapan agar kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN minggu depan membawa hasil yang positif, memandangkan peranannya amat penting dalam menjamin keamanan berkekalan di Gaza."Kami sependapat mengenai keperluan untuk terus mempertahankan keamanan, memperkukuh agenda kemanusiaan dan menyelaras pelaksanaan misi bantuan bagi rakyat Palestin yang masih berdepan penderitaan berpanjangan," kata Anwar.Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini dengan penyertaan pemimpin tertinggi 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk AS, China, Jepun dan India. - Bernama

UM student laid to rest as parents serve as mutawifs in Saudi Arabia

UM student laid to rest as parents serve as mutawifs in Saudi Arabia

JOHOR BAHRU : The parents of a Universiti Malaya student who died after an apparent fall from his residential college could not attend his funeral because they were serving as mutawifs in Saudi Arabia. Ahmad Arif Zawir Mohd Ali was buried at the Mutmainah Muslim Cemetery in Pasir Gudang at 6.20 pm today with more than one hundred family members, friends and university representatives present. His brother Ahmad Auf said their parents Mohd Ali Hashim and Roslina A. Rahman had travelled to the Holy Land on October 7 and were originally due to return next Wednesday. The parents learned about their son’s passing through the family WhatsApp group and received videos and photos of the burial ceremony. Ahmad Arif was a twenty two year old final year student at the university’s Department of Fiqh Usul and Applied Sciences within the Academy of Islamic Studies. He was last seen on October 12 after being dropped off to begin the new semester at his residential college. His brother shared that Ahmad Arif had expressed missing their parents but never got the opportunity to see them again. The family has found acceptance in their loss particularly because he passed away on a Friday which is considered a blessed day in Islam. Close friends remembered Ahmad Arif as a cheerful, quiet and kind individual who always carried a positive demeanour. Muhammad Faiz Fahmi Abdul Basir recalled that his friend appeared happy during their last meeting before his sudden passing. Asyrafuddin Arif Amaluddin Arip described him as a well-liked friend often seen with religious items and without any known enemies. Petaling Jaya police chief ACP Shamsudin Mamat confirmed the post-mortem results showed death resulted from severe head and chest injuries consistent with a fall. The police investigation found no evidence of foul play in the student’s tragic death. – Bernama