Jualan sektor pembuatan berkembang 3.3 peratus pada Jun 2025

Jualan sektor pembuatan berkembang 3.3 peratus pada Jun 2025

PETALING JAYA: Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 3.3 peratus  tahun ke tahun, berbanding 2.4 peratus pada Mei lalu, berjumlah RM161.2 bilion pada Jun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan nilai jualan dalam sektor itu disumbangkan terutamanya oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau, kekal pertumbuhan dua ... Read more The post Jualan sektor pembuatan berkembang 3.3 peratus pada Jun 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

Komitmen pelaburan Malaysia tiada libat dana awam - Tengku Zafrul

Komitmen pelaburan Malaysia tiada libat dana awam - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR : Semua komitmen pembelian dan pelaburan Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial syarikat swasta dan GLC tanpa melibatkan dana awam. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan pendekatan ini memastikan kebajikan rakyat dan kedaulatan fiskal negara tidak terjejas. Beliau menjelaskan komitmen dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh lima hingga 10 tahun sebagai transaksi komersial, bukan aliran keluar sekali gus. Tengku Zafrul berkata rundingan MITI berjaya menurunkan kadar tarif balas kepada 19 peratus berkuat kuasa 7 Ogos 2025. Kejayaan ini meletakkan Malaysia setara dengan negara ASEAN utama dan membuktikan keupayaan diplomasi global negara. Pendekatan kerajaan dalam rundingan berteraskan kepentingan strategik tanpa jejas syarat ekuiti bumiputera, piawaian halal, atau kawalan sektor kritikal. Tujuan utama rundingan adalah mengimbangi defisit perdagangan dengan AS dengan mengambil kira perolehan secara senegara. Komitmen melibatkan pembelian dan pelaburan bernilai US$150 bilion dalam sektor semikonduktor, aeroangkasa, dan pusat data untuk tempoh lima tahun. Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bernilai US$19 bilion akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2035. Secara purata, komitmen tahunan bersamaan lapan peratus KDNK atau 13.5 peratus perbelanjaan swasta negara bagi 2024. Dari sudut ekonomi, jumlah ini setara dengan perbelanjaan operasi tahunan syarikat korporat dan GLC utama. Malaysia turut menawarkan konsesi tarif dengan menghapus atau mengurangkan duti ke atas 98.4 peratus produk AS. Daripada jumlah itu, 60.4 peratus dikenakan duti sifar manakala selebihnya pengurangan kadar maksimum 15 peratus. Kadar duti sifar Malaysia lebih rendah berbanding negara lain yang dikenakan tarif timbal balas hampir sama. Langkah bukan tarif (NTB) turut dimudahkan termasuk pensijilan halal, fasilitasi eksport daging, dan penambahbaikan pematuhan piawaian buruh. – Bernama

Bekas jurulatih wushu ‘sentuh’ budak perempuan dijel 13 tahun, sebatan

Bekas jurulatih wushu ‘sentuh’ budak perempuan dijel 13 tahun, sebatan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurulatih wushu dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam kejadian tiga tahun lalu. Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian keputusan itu selepas mendapati Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, ... Read more The post Bekas jurulatih wushu ‘sentuh’ budak perempuan dijel 13 tahun, sebatan appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan pertimbang naikkan cukai tembakau – PM

Kerajaan pertimbang naikkan cukai tembakau – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan kadar cukai tembakau selaras dengan komitmen negara terhadap kesihatan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu juga berikutan telah lama tiada semakan semula terhadap kadar cukai berkenaan. “Saya bersemangat. Saya tidak merokok dan saya juga anti merokok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Libat ... Read more The post Kerajaan pertimbang naikkan cukai tembakau – PM appeared first on Kosmo Digital .

Just cause to question and fear the corporation

Just cause to question and fear the corporation

Home to almost 70 percent of Fortune 500 companies, Delaware’s reputation as America’s “corporate capital” has faced challenges in recent years. Tesla’s and SpaceX’s high-profile exits to Texas in 2024 highlighted other cracks in Delaware’s seamless relationship with large corporations, compounded by other states jockeying to attract businesses. Delaware’s government has launched a legislative charm […] The post Just cause to question and fear the corporation appeared first on Asia Times .

Puteri UMNO Jadi Wadah Penting, Corak Kepimpinan Muda Wanita – Siti Sokhleha

Puteri UMNO Jadi Wadah Penting, Corak Kepimpinan Muda Wanita – Siti Sokhleha

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Siti Sokhleha Nordin berpandangan 24 tahun perjuangan Puteri UMNO tetap utuh terutama dalam mendepani dinamika politik. Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Negeri Perlis menyifatkan sayap parti paling bongsu ini sebagai wadah penting membentuk sifat kepimpinan dalam kalangan wanita muda. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri [...]

ECRL Fasa 1 dijangka siap Disember 2026, operasi Januari 2027

ECRL Fasa 1 dijangka siap Disember 2026, operasi Januari 2027

PUTRAJAYA: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berada di landasan tepat untuk menyiapkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengikut jadual, susulan kemajuan mencapai 86.07 peratus setakat Julai lepas. Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi MRL Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata MRL yakin jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dapat disiapkan menjelang Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027. Bagi jajaran ECRL Fasa 2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula, beliau berkata MRL yakin ia dapat disiapkan menjelang Disember 2027 untuk membolehkan infrastruktur nasional itu beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028. “Insya-Allah, dengan izin-Nya, semua perancangan ini dapat direalisasikan, rakyat dan negara dapat manfaat atas kemudahan perjalanan dan limpahan ekonomi,” katanya pada Majlis Penyempurnaan Ekosistem Kewangan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 360 Darjah RHB-MRL di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Pengerusi RHB Banking Group Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak. MRL adalah pemilik projek ECRL manakala RHB pula antara institusi kewangan teras yang terlibat secara langsung dalam pembinaan itu. Shamsul Azri berkata projek ECRL membabitkan jarak 665 kilometer (km) adalah satu contoh terbaik yang mendukung agenda ESG. Ini adalah kerana pembinaan jajaran itu menetapkan pembinaan 41 terowong, laluan bertingkat sepanjang 154km dan 28 lintasan hidupan liar di lokasi strategik bagi mengurangkan penglibatan kawasan hutan simpan dan tadahan air serta meminimumkan kesan terhadap hidupan liar dan habitat di hutan. “Tambahan pula, rangkaian 665km ECRL yang menerapkan landasan elektrik akan mengurangkan sejuta tan karbon dioksida (CO₂) setiap tahun apabila ia beroperasi pada Januari 2027,” katanya. Shamsul Azri berkata selaras dengan komitmen MRL terhadap inisiatif kelestarian dan kemampanan, satu pencapaian bersejarah dicapai pada Februari 2024 apabila MRL menjadi syarikat pertama di bawah Kementerian Kewangan, serta satu-satunya projek infrastruktur pengangkutan yang dibiayai secara hijau. Pada masa sama, beliau berkata MRL telah melancarkan Program Sukuk Mampan dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu inisiatif pembiayaan Islamik bernilai sehingga RM10.21 bilion. “Pencapaian ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai Sukuk SDG pertama di Malaysia yang dijamin oleh kerajaan, malah turut menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembiayaan lestari bagi sektor pengangkutan ke arah mempercepat pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya. Beliau berkata kejayaan Sukuk SDG MRL diiktiraf secara meluas di peringkat tempatan dan serantau dengan meraih pelbagai anugerah berprestij. Ini menjadi bukti kepimpinan kerajaan dalam memacu infrastruktur mampan dan menetapkan penanda aras bagi projek-projek masa depan yang menyokong SDG. Shamsul Azri berkata penerbitan Sukuk SDG itu akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam inisiatif yang bertujuan membiayai sebahagian daripada pembinaan projek ECRL. Beliau berkata usaha itu berjaya meraih dana sebanyak RM7.40 bilion sehingga Julai 2025, bagi membiayai Projek ECRL yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Shamsul Azri berkata kerjasama MRL dengan RHB menerusi Ekosistem Pembiayaan ESG 360 Darjah akan terus menyokong kemajuan MRL dalam inisiatif pembiayaan SDG. Beliau berkata kerjasama itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak memandangkan RHB adalah pelabur dalam program Sukuk SDG MRL. “Hasil terbitan Sukuk dilaburkan semula oleh MRL dalam instrumen deposit yang mematuhi prinsip ESG bersama RHB, khususnya menerusi deposit tetap di bawah Program Deposit ESG RHB. “Inisiatif perintis ini, yang pertama seumpamanya di Malaysia ini bertujuan mewujudkan rangka kerja kewangan ESG yang lestari dan bersepadu dengan menghubungkan aktiviti pelaburan dan deposit yang sejajar dengan ESG antara MRL dan RHB,” katanya. Justeru, Shamsul Azri berkata kerjasama RHB-MRL menerusi Ekosistem Pembiayaan ESG 360 Darjah akan melengkapkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam kewangan Islam mampan, serta berfungsi sebagai pelan induk bagi mengintegrasikan prinsip kemampanan dalam pembiayaan infrastruktur berskala besar. Beliau berkata isu perubahan iklim, jurang sosial dan keperluan kepada tadbir urus yang telus bukan lagi cabaran yang harus dilengahkan, justeru agenda ESG kini menjadi keperluan teras dalam operasi perniagaan dan memerlukan tindakan menyeluruh, bersifat strategik dan kolaboratif. Shamsul Azri berkata MRL sebagai anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) memikul tanggungjawab besar dalam memastikan pembangunan infrastruktur mega negara berjalan seiring dengan prinsip-prinsip kelestarian dan tadbir urus yang baik. “Selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan mampan dan seimbang, MRL sebagai pemilik projek ECRL amat menitikberatkan aspek kelestarian dan alam sekitar dalam pelaksanaan projek infrastruktur nasional ini,” katanya . - BERNAMA

Hubungan Malaysia-China terus kukuh dalam bidang pertahanan

Hubungan Malaysia-China terus kukuh dalam bidang pertahanan

PETALING JAYA: Hubungan dua hala Malaysia dan China terus diperkukuh khususnya dalam aspek keselamatan dan pertahanan strategik antara kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Peralatan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Jeneral Xu Xueqiang, pagi tadi. Katanya, pertemuan tersebut turut menyentuh kerjasama erat antara Malaysia ... Read more The post Hubungan Malaysia-China terus kukuh dalam bidang pertahanan appeared first on Utusan Malaysia .