Pegawai agama didakwa salah guna kuasa

Pegawai agama didakwa salah guna kuasa

ALOR SETAR – Seorang pegawai agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan berjumlah RM30,800 berkaitan dua program keagamaan, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Suhaimi Salleh, 59, yang bertugas sebagai Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu ketika itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut di hadapan ... Read more The post Pegawai agama didakwa salah guna kuasa appeared first on Kosmo Digital .

Filem wakil Malaysia ke Oscar akan diumum selepas FFM34

Filem wakil Malaysia ke Oscar akan diumum selepas FFM34

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal mengumumkan filem tempatan yang mewakili negara bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi Ke-98 (Oscar) selepas berakhirnya Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) pada 1 November ini. Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya telah pun mengenal pasti filem yang akan dicalonkan namun ... Read more The post Filem wakil Malaysia ke Oscar akan diumum selepas FFM34 appeared first on Utusan Malaysia .

Dunia ini palsu, saya sudah menang…nota terakhir suspek tikam

Dunia ini palsu, saya sudah menang…nota terakhir suspek tikam

SHAH ALAM – Polis mengesahkan merampas surat yang dikatakan merupakan nota terakhir ditulis suspek berhubung kejadian itu. Berdasarkan surat yang tular media sosial itu menyatakan “Dunia ni palsu. Saya sudah menang”. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, surat itu berjaya dirampas semasa tangkapan dan pemeriksaan awal terhadap suspek merupakan pelajar lelaki berusia 14 tahun ... Read more The post Dunia ini palsu, saya sudah menang…nota terakhir suspek tikam appeared first on Kosmo Digital .

Bunuh, bakar kekasih hamil, tertuduh mengaku bersalah

Bunuh, bakar kekasih hamil, tertuduh mengaku bersalah

KLANG: Seorang pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil dua tahun lalu di Sabak Bernam. Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, membuat pengakuan tanpa syarat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norliza Othman. Dia turut mengakui semua fakta kes serta lebih 100 eksibit ... Read more The post Bunuh, bakar kekasih hamil, tertuduh mengaku bersalah appeared first on Utusan Malaysia .

Kes tikam pelajar: Suspek dipercayai pendam perasaan terhadap mangsa

Kes tikam pelajar: Suspek dipercayai pendam perasaan terhadap mangsa

SHAH ALAM - Remaja lelaki yang menikam rakan sekolahnya berusia 16 tahun sehingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Selasa dipercayai memendam perasaan terhadap mangsa.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan menyimpan perasaan cinta terhadap pelajar perempuan itu walaupun mereka tidak pernah berhubung secara langsung."Siasatan mendapati suspek dan mangsa tidak berada dalam kelas yang sama. Suspek merupakan pelajar Tingkatan Satu (Kelas Peralihan), manakala mangsa pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan)."Suspek dipercayai menyukai mangsa namun tidak pernah meluahkan perasaan tersebut, manakala mangsa tidak mengetahui tentang perasaan itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Katanya, siasatan mendapati tiada sebarang hubungan atau interaksi antara kedua-dua pelajar berkenaan sebelum kejadian berlaku."Siasatan turut mendapati suspek mempunyai abang yang belajar di sekolah sama."Saringan yang dijalankan mendapati suspek negatif dan bebas daripada sebarang pengaruh dadah," katanya.

Maruah bola sepak negara wajar dipertahankan dengan patriotisme - Ultras Malaya

Maruah bola sepak negara wajar dipertahankan dengan patriotisme - Ultras Malaya

KUMPULAN penyokong tegar bola sepak negara, Ultras Malaya, tampil menyuarakan pendirian tegas terhadap isu semasa membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), selepas tamat aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi bukan dengan sorakan atau nyanyian seperti kebiasaan, tetapi dengan suara menuntut kejelasan dan tanggungjawab.Dalam kenyataan rasmi yang dikongsi di media sosial, Ultras Malaya menegaskan tindakan mereka bukan bermotifkan serangan, sebaliknya lahir daripada semangat mempertahankan maruah bola sepak negara dan kedaulatan tanah air."Kami tidak menghentam sesiapa secara membabi buta. Kami bersuara kerana maruah bola sepak negara wajar dipertahankan dengan patriotisme, bukan ketaatan membuta tuli," tegas kenyataan itu.Menurut mereka, tuntutan utama hanya satu agar semua pihak berkaitan tampil memberi penjelasan terbuka terhadap kemelut yang melanda, bukan sahaja melibatkan prestasi bola sepak tempatan, tetapi juga mencabar prinsip kedaulatan Malaysia di pentas antarabangsa.Ultras Malaya turut mengingatkan bahawa maruah tidak dapat dipertahankan dengan berdiam diri, sebaliknya memerlukan integriti, ketelusan dan keberanian menegakkan kebenaran."Maruah sebenar tidak dipertahankan dengan diam. Ia hanya boleh ditegakkan dengan integriti, bukan dengan menutup kelemahan, menyembunyikan kebenaran atau menyapu persoalan rakyat ke bawah karpet. Rakyat dan penyokong berhak tahu," katanya lagi.Gerakan yang terkenal dengan semangat #UntilTheLastRebel itu menegaskan, perjuangan mereka tidak bersifat perpecahan, sebaliknya satu manifestasi cinta terhadap bola sepak Malaysia yang perlu dibina atas kejujuran dan tanggungjawab bersama.

JKR dijangka serah 61 projek bina sekolah tahun depan

JKR dijangka serah 61 projek bina sekolah tahun depan

PUTRAJAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka menyiapkan 61 buah lagi projek pembinaan sekolah di seluruh negara, termasuk kompleks sekolah baharu, tahun depan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah projek bina sekolah di bawah rancangan pembangunan fasa lima dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Beliau berkata, pembinaan sekolah menggunakan 70 peratus Sistem ... Read more The post JKR dijangka serah 61 projek bina sekolah tahun depan appeared first on Utusan Malaysia .

Lima pegawai ATM disyaki bocor maklumat ketenteraan dikecualikan operasi

Lima pegawai ATM disyaki bocor maklumat ketenteraan dikecualikan operasi

KUALA LUMPUR : Lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Ogos lepas kerana disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup telah dikecualikan daripada sebarang operasi. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata mereka kini ditempatkan di markas pentadbiran masing-masing sementara siasatan kes itu dijalankan oleh ATM bersama pihak berkuasa. “Kita tegas dalam siasatan bagi memastikan semua pihak mendapat keadilan sewajarnya, jika didapati bersalah, tindakan undang-undang akan diambil kerana keutamaan kita ialah integriti namun sekiranya tidak, mereka akan dipulangkan kepada operasi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor mengenai langkah kawalan kerosakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat ekoran pendedahan media tentang penjualan maklumat keselamatan taktikal negara oleh lima pegawai ATM kepada pihak luar. Adly berkata kementerian berkenaan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan kes itu ditangani dengan sebaiknya selain menjalankan siasatan dalaman berhubung isu kebocoran maklumat seperti yang didakwa berlaku. “Dari sudut pemulihan keyakinan rakyat, kementerian melalui ATM menekankan aspek kesedaran keselamatan dan pematuhan prosedur termasuk memperkukuh unit integriti di setiap formasi serta perkhidmatan selain mempergiat program didikan keselamatan, etika dan integriti bagi warga ATM,” katanya. Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata sebahagian anggota ATM yang ditahan di sekitar Lembah Klang dalam operasi khas oleh SPRM pada Ogos kerana dipercayai membocorkan maklumat kepada sindiket penyeludupan di perairan Selat Melaka hingga Johor, merupakan anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia. – Bernama

Tikam pelajar: Mangsa ditikam banyak kali didada, leher

Tikam pelajar: Mangsa ditikam banyak kali didada, leher

SHAH ALAM: Mangsa yang maut dalam kejadian tikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai ditikam beberapa kali pada bahagian dada dan leher. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, proses bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa ditikam secara berulang kali. Katanya, hasil bedah siasat terhadap mayat pelajar berusia 16 tahun ... Read more The post Tikam pelajar: Mangsa ditikam banyak kali didada, leher appeared first on Utusan Malaysia .

Abu Dhabi tawar khidmat nikah dalam talian

Abu Dhabi tawar khidmat nikah dalam talian

ABU DHABI: Pasangan dari mana-mana negara di seluruh dunia kini boleh melangsungkan perkahwinan melalui aplikasi kerajaan Abu Dhabi tanpa perlu menjejakkan kaki ke negara itu, menurut ketua projek berkenaan kepada agensi berita AFP. Konsep perkahwinan dalam talian masih baharu di peringkat global, namun idea itu mula diperkenalkan apabila pada tahun lalu Ukraine membenarkan pasangan yang ... Read more The post Abu Dhabi tawar khidmat nikah dalam talian appeared first on Utusan Malaysia .