Dua malim gunung ditahan polis bantu siasatan kematian pendaki

Dua malim gunung ditahan polis bantu siasatan kematian pendaki

IPOH : Polis menahan dua malim gunung berusia 40-an bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki di Gunung Liang dekat Tanjong Malim. Timbalan Ketua Polis Perak SAC Mohammad Azlin Sadari berkata tangkapan dibuat kerana mereka tidak memiliki permit sah untuk memasuki kawasan hutan simpan di Perak. “Semakan mendapati kumpulan itu hanya mempunyai permit sah bagi laluan di Bukit Fraser, Pahang iaitu lokasi mereka memulakan aktiviti mendaki.” Beliau berkata tangkapan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 tetapi mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. Mohammad Azlin menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan permit dan kebenaran sebelum melakukan aktiviti pendakian terutama bagi laluan yang merentasi sempadan negeri. Beliau berkata mangsa Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia kerana masalah kesihatan dan bukan disebabkan jatuh. “Mangsa sebelum itu mengalami kecederaan dan apabila kesemua pendaki turun, hanya mangsa yang tidak muncul.” Mohammad Azlin berkata mangsa mendaki bersama 10 rakan dari Bukit Fraser menuju ke puncak sebelum turun melalui laluan Gunung Liang. Beliau berkata usaha membawa turun mayat sedang dijalankan pihak berkuasa bersama-sama pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak. Semalam, JBPM Perak memaklumkan mangsa yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat pada 3.30 petang. – Bernama

Setiausaha Agung FAM digantung susulan siasatan FIFA

Setiausaha Agung FAM digantung susulan siasatan FIFA

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung serta-merta berkuat kuasa Jumaat susulan siasatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain warisan Harimau Malaya.Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundram mengesahkan perkara itu dalam sidang media di Wisma FAM."Setiausaha Agung FAM digantung berkuat kuasa hari ini," katanya.Langkah itu menyusul selepas tindakan yang dikenakan FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain terbabit kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.FIFA memaklumkan bahawa FAM menyerahkan dokumen dipalsukan untuk tujuan mengesahkan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano.Sebagai rekod, Noor Azman mula memegang jawatan Setiausaha Agung FAM pada 1 September 2022, menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar, dan sekali lagi dilantik untuk penggal 2025-2029 pada Februari 2025.

Penganut Hindu sambut Deepavali dengan mandi minyak dan cahaya

Penganut Hindu sambut Deepavali dengan mandi minyak dan cahaya

KUALA LUMPUR : Penganut Hindu di Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut perayaan Deepavali iaitu Pesta Cahaya pada Isnin ini. Presiden Malaysia Hindudharma Maamandram A. Radhakrishnan menjelaskan perayaan itu berasal daripada perkataan Tamil Deepam bermaksud cahaya dan Awali bermaksud deretan. Deepavali membawa makna menghapuskan kejahilan serta membersihkan rohani menurut kepercayaan Hindu. Semangat Paramathma terdapat dalam cahaya manakala cahaya yang menyala melambangkan roh atau Jeevathma. Cahaya tersebut memberikan tenaga rohani dan aura positif kepada penganutnya. Seseorang perlu menyingkirkan sifat angkuh iri hati dan ego untuk menyingkirkan kegelapan menurut Radhakrishnan. Memperoleh sinar cahaya itulah makna sebenar Deepavali katanya. Persiapan perayaan bermula sehari sebelum Deepavali dengan upacara sembahyang dan menyalakan pelita. Mereka juga membersih dan menghias rumah untuk menyambut Dewi Mahalakshmi dewi kekayaan dan kemakmuran. Pada sebelah pagi Deepavali Ganga Snanam atau mandi minyak akan dilakukan pada seawal pagi. Tempoh terbaik dikenali sebagai Brahma Muhurtham berakhir sejam 36 minit sebelum matahari terbit pada 6.56 pagi di Kuala Lumpur. Ganga Snanam sebaiknya dilakukan sebelum 5.20 pagi menurut Radhakrishnan. Ahli keluarga akan menyapu minyak bijan di kepala sebelum mandi untuk memohon keberkatan dewi. Selepas mandi pakaian baharu manisan dan buah-buahan akan dipersembahkan kepada Dewa Krishna. Kanak-kanak kemudian akan memohon restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baharu. Presiden Persatuan Hindu Malaysia T. Ganesan menasihatkan waktu terbaik untuk mandi minyak dari 5.45 pagi hingga 7 pagi. Masa tersebut dianggap sangat baik dan penuh berkat menurut waktu tempatan. Beliau menyeru penganut menjauhi minuman keras perjudian atau menyalakan mercun yang terlalu bising. Deepavali seharusnya disambut dengan kegembiraan keharmonian dan jiwa yang bersih katanya. Perayaan ini masa untuk memupuk kebahagiaan keamaanan dan perpaduan dalam kalangan keluarga serta masyarakat. Ganesan mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu. – Bernama

Keputusan mahkamah terhadap hak Sabah perlu dilaksanakan

Keputusan mahkamah terhadap hak Sabah perlu dilaksanakan

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengisytiharkan Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa berhubung 40 peratus hasil Sabah perlu dihormati dengan menunaikan segala hak negeri tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, keputusan mahkamah menegaskan bahawa hak Sabah bukan janji politik sebaliknya ... Read more The post Keputusan mahkamah terhadap hak Sabah perlu dilaksanakan appeared first on Utusan Malaysia .

Keputusan mahkamah terhadap hak Sabah perlu dilaksanakan

Keputusan mahkamah terhadap hak Sabah perlu dilaksanakan

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengisytiharkan Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa berhubung 40 peratus hasil Sabah perlu dihormati dengan menunaikan segala hak negeri tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, keputusan mahkamah menegaskan bahawa hak Sabah bukan janji politik sebaliknya ... Read more The post Keputusan mahkamah terhadap hak Sabah perlu dilaksanakan appeared first on Utusan Malaysia .

Amanah muktamadkan calon PRN Sabah, rundingan pembahagian kerusi berjalan

Amanah muktamadkan calon PRN Sabah, rundingan pembahagian kerusi berjalan

BUTTERWORTH: Parti Amanah Negara sedang memuktamadkan bilangan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah bulan depan. Naib Presiden Amanah Adly Zahari menyatakan terdapat beberapa calon yang telah disenaraikan parti itu untuk bertanding. Beliau mengesahkan rundingan masih berjalan antara parti komponen dalam Pakatan Harapan termasuk pengagihan kerusi. “Memang kami melalui PH, kami bekerjasama dengan rakan-rakan daripada Gabungan Rakyat Sabah dan juga Barisan Nasional dalam mengadakan rundingan pembahagian kerusi,” katanya. Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan bercakap kepada pemberita selepas Majlis Graduasi dan Peluncuran Program Pemerkasaan Usahawan Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Butterworth. Adly bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan kerusi yang akan ditandingi Amanah. Beliau mengesahkan calon adalah dalam kalangan orang tempatan serta mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 15 November manakala tarikh pengundian awal pada 25 November. Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan. Enam lagi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik. – Bernama

Umur bawah 16 tahun mungkin dilarang guna telefon bimbit

Umur bawah 16 tahun mungkin dilarang guna telefon bimbit

PUTRAJAYA – Larangan penggunaan telefon pintar kepada pelajar berusia 16 tahun ke bawah adalah antara tiga cadangan yang dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu adalah antara langkah yang boleh diperhalusi bagi menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah yang semakin membimbangkan. Beliau ... Read more The post Umur bawah 16 tahun mungkin dilarang guna telefon bimbit appeared first on Kosmo Digital .