Robbery gang mastermind shot dead in Bukit Tunku

Robbery gang mastermind shot dead in Bukit Tunku

KUALA LUMPUR : Police shot dead a man, believed to be the mastermind of a robbery and housebreaking gang, in an incident on Jalan Bukit Tunku, here early today. Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) acting director Datuk Fadil Marsus said the 36-year-old man, with 44 criminal records including drug cases, was believed to be responsible for several housebreaking and robbery cases reported in Kuala Lumpur, Selangor and Perak since last year, involving losses of more than RM1 million. He said a team from the Bukit Aman Criminal Investigation Department (JSJ) and the Kuala Lumpur Contingent JSJ, who were conducting crime prevention duties under Op Api KL 3/2025 in the Bukit Tunku area, spotted the suspect, who was in a BMW car, at about 4.10 am today. “During an attempt to intercept the (BMW) car, a shootout occurred, resulting in the suspect being killed at the scene. Several gunshots also struck the police vehicle,“ he said. A search of the suspect’s car uncovered a revolver, various burglary tools, and a police vest, he told a press conference held at the scene. Fadil said checks on the BMW car found it was using a fake registration number and was believed to have been smuggled in from abroad. Elaborating further, he said investigations showed that the gang targeted homes and business premises with safes, gold bars, and cash, and were believed to have posed as police officers. “We believe the gang is also linked to a drug trafficking syndicate and may have dozens of members. Efforts to track down the remaining individuals are ongoing,“ he said. - Bernama

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

KOTA KINABALU – Peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menegaskan bahawa dakwaan kononnya remaja itu dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya spekulasi semata-mata.Pasukan peguam terdiri daripada Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, kenyataan tersebut dikeluarkan susulan penularan beberapa video dan gambar berkaitan kes kematian Zara Qairina."Video seorang wanita yang menceritakan tentang Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah satu spekulasi. Anak guam kami, iaitu ibu kepada Zara (Noraidah), tidak pernah memberi maklumat sedemikian kepada sesiapa."Kami memohon agar wanita berkenaan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis bagi tujuan siasatan," katanya pada Rabu.Menurut mereka lagi, penyebaran gambar kronologi yang menggambarkan Zara Qairina hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) pada jam 8 pagi, 16 Julai lalu, juga adalah satu spekulasi."Maklumat yang membentuk kronologi itu bukan datang daripada anak guam kami," katanya.Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita yang menceritakan kejadian menimpa Zara Qairina dan mendakwa bahawa pelajar itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.Ulasan wanita tersebut menarik perhatian pelbagai pihak dan mengundang kemarahan warga maya berhubung kematian Zara Qairina yang dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli di sekolah.Zara Qairina, 13, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar sebelum disahkan meninggal dunia di HQEI.

Pilihan raya umum Bangladesh ditetapkan Februari - Yunus

Pilihan raya umum Bangladesh ditetapkan Februari - Yunus

NEW DELHI : Ketua penasihat kerajaan interim Bangladesh, Muhammad Yunus pada Selasa mengumumkan bahawa pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada Februari tahun depan, ketika negara itu memperingati setahun selepas peletakan jawatan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina. “Bagi pihak kerajaan sementara, saya akan menghantar surat kepada Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya untuk meminta Suruhanjaya Pilihan Raya mengatur pilihan raya umum pada Februari 2026, sebelum Ramadan. “Kami akan memulakan proses penyerahan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat,” kata Yunus dalam perutusan khas kepada rakyat pada malam Selasa. Sebagai mengenang peristiwa berdarah protes pelajar Julai lalu, pelbagai majlis peringatan dianjurkan di seluruh negara, memperingati mereka yang terkorban dalam insiden yang mendapat reaksi keras kerajaan Liga Awami. Sheikh Hasina, 77, meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos dan tarikh itu kini dikenali sebagai “Hari Kebangkitan Julai”. “Pada hari ini, tanah air kita yang tercinta dibebaskan daripada pemerintahan fasis yang berpanjangan,” kata Yunus. Pilihan raya parlimen di negara yang mempunyai 170 juta penduduk itu dianggap sebagai langkah penting ke arah membina Bangladesh baharu yang berteraskan institusi yang kukuh serta komitmen terhadap keadilan, kesaksamaan dan kebajikan. Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang dipimpin bekas Perdana Menteri Khaleda Zia muncul sebagai antara pesaing utama untuk membentuk kerajaan baharu. Sementara itu, Parti Rakyat Kebangsaan yang ditubuhkan oleh kumpulan pelajar yang memimpin kebangkitan rakyat, menyeru kepada pembentukan perlembagaan baharu seiring usaha merombak sistem politik negara. Jamaat-e-Islami, yang menghadapi sekatan ketat semasa pemerintahan Sheikh Hasina pula menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya, memandangkan tiga pilihan raya lepas dikritik hebat sebagai tidak telus dan tidak adil. “Pilihan raya ini akan menjadi asas kepada pembinaan semula Bangladesh. Bersedialah untuk menghadapinya. “Sekian lama, kita semua tidak dapat mengundi. Kali ini, setiap rakyat akan turun mengundi. Tiada siapa akan diketepikan,” tegasnya. - Bernama

PKR tambah kerusi PRN Sabah tanpa justifikasi kukuh

PKR tambah kerusi PRN Sabah tanpa justifikasi kukuh

KUKUSAN: Cadangan PKR untuk menambah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan satu langkah tergesa tanpa tidak disokong oleh justifikasi yang kukuh. Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Rina Jainal berkata, parti itu kini dilihat mengulangi tindakan pernah dilakukan UMNO yang gagal memahami aspirasi rakyat sehingga kehilangan sokongan rakyat Sabah. “Tindakan seperti ... Read more The post PKR tambah kerusi PRN Sabah tanpa justifikasi kukuh appeared first on Utusan Malaysia .

China moves to stop price wars in ‘anti-involution’ push

China moves to stop price wars in ‘anti-involution’ push

The Chinese government has launched a nationwide campaign to prevent companies from offering “cutthroat” prices, following a year-on-year decline in industrial profits across various sectors in the first half of this. The Politburo of the Chinese Communist Party (CCP) Central Committee, in a meeting on July 30, decided to deepen the construction of a unified […] The post China moves to stop price wars in ‘anti-involution’ push appeared first on Asia Times .

Projek perumahan perlu dilengkapi kemudahan pendidikan dan kesihatan

Projek perumahan perlu dilengkapi kemudahan pendidikan dan kesihatan

KUALA LUMPUR: Semua projek perumahan berskala besar perlu mengikut konsep pembangunan Madani dengan dilengkapi pelbagai kemudahan terutama pendidikan dan kesihatan.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarat tersebut melibatkan projek yang dibangunkan dengan kapasiti 3, 500 unit terutama di kawasan bandar.  Katanya, langkah itu penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutama bagi mereka yang menetap ... Read more The post Projek perumahan perlu dilengkapi kemudahan pendidikan dan kesihatan appeared first on Utusan Malaysia .

Russia kerah pesawat pengebom nuklear hampiri Eropah

Russia kerah pesawat pengebom nuklear hampiri Eropah

MOSCOW – Russia mengerahkan sekurang-kurangnya empat pesawat pengebom nuklear berat Tu-95MS berada lebih dekat dengan Eropah, lapor portal berita MailOnline semalam yang memetik laporan Insider UA. Pesawat strategik itu sebelum ini kerap digunakan untuk mengebom Ukraine. Laporan daripada Insider UA menyatakan bahawa pesawat-pesawat tersebut dilengkapi dengan peluru berpandu, menimbulkan kebarangkalian tinggi bahawa serangan besar-besaran akan ... Read more The post Russia kerah pesawat pengebom nuklear hampiri Eropah appeared first on Kosmo Digital .

Nampak untung RM4.8 juta dalam aplikasi, peniaga wanita rugi RM335,400

Nampak untung RM4.8 juta dalam aplikasi, peniaga wanita rugi RM335,400

KUANTAN – Seorang peniaga wanita kerugian RM335,400 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang memaparkan keuntungan mencecah RM4.8 juta menerusi sebuah aplikasi.Mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Cameron Highlands pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan dikenali sebagai Deepseek yang dilihatnya di laman sosial Facebook pada 30 April lalu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa kemudian berhubung dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Serena’ melalui aplikasi WhatsApp, sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan dikenali sebagai Black Horse Growth Plan.Menurutnya, bagi menyertai skim pelaburan itu, mangsa diminta memuat turun aplikasi pelaburan yang dikenali sebagai Phgmax."Mangsa kemudian telah melakukan sebanyak 22 transaksi pemindahan wang secara berperingkat ke tujuh akaun bank berbeza antara 2 Jun hingga 23 Julai 2025."Berdasarkan paparan dalam aplikasi tersebut, mangsa kononnya memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM4.8 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Yahaya memaklumkan, bagi tujuan pengeluaran, mangsa diminta membayar komisen sebanyak 12 peratus atau RM221,670 terlebih dahulu."Mangsa mula mengesyaki dirinya telah ditipu apabila didesak membuat bayaran tambahan. Mangsa juga menggunakan wang simpanannya bagi tujuan pelaburan ini," katanya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat, khususnya yang diiklankan melalui media sosial.Tegasnya, sebelum melakukan sebarang transaksi, semakan awal boleh dibuat di portal rasmi https://semakmule.rmp.gov.my bagi mengenal pasti akaun bank yang mempunyai rekod penipuan."Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan agar segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.

Wanita rugi RM335,400 terperdaya skim pelaburan palsu

Wanita rugi RM335,400 terperdaya skim pelaburan palsu

KUANTAN : Seorang peniaga kerugian RM335,400 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dalam talian tidak wujud. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 53 tahun itu tertarik menyertai pelaburan terbabit selepas melihat iklan melalui Facebook pada 30 April lepas dan kemudian berhubung dengan individu memperkenalkan diri sebagai “Serena” melalui aplikasi WhatsApp. “Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan diminta memuat turun satu aplikasi pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata mangsa telah membuat 22 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun bank berbeza antara 2 Jun hingga 23 Julai lepas yang didakwa untuk tujuan pelaburan. Yahaya berkata berdasarkan paparan dalam aplikasi itu, mangsa dipercayai memperoleh keuntungan pelaburan mencecah RM4.8 juta, namun diminta membuat bayaran komisen sebanyak 12 peratus atau RM221,670 untuk tujuan pengeluaran. “Mangsa yang menggunakan wang simpanan untuk pelaburan mula menyedari ditipu apabila didesak membuat bayaran tambahan dan segera membuat laporan polis,” katanya. Sehubungan dengan itu, Yahaya mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat, khususnya diiklankan melalui media sosial. - Bernama