That sinking feeling for Myanmar’s exiled opposition

Myanmar’s military regime has staged a cosmetic makeover in recent days. On July 30, the State Administration Council (SAC) junta transformed into the State Security and Peace Commission (SSPC), ending a four-and-a-half-year state of emergency as preparations began for a year-end general election. After years of speculation following the February 2021 military coup, the junta’s […] The post That sinking feeling for Myanmar’s exiled opposition appeared first on Asia Times .

Bukit Aman cari Mohd. Ezman, dalang sindiket penipuan pelaburan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang mengesan seorang individu disyaki dalang sindiket penipuan pelaburan. Pengarah JSJK, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kes penipuan pelaburan yang dikendalikan sebuah syarikat dalam negara. Menurutnya, sejumlah 279 laporan polis telah diterima membabitkan nilai kerugian berjumlah RM2.31 juta. “Berdasarkan siasatan, ... Read more The post Bukit Aman cari Mohd. Ezman, dalang sindiket penipuan pelaburan appeared first on Kosmo Digital .

Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh

Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh

NAIROBI – Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala dua lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Kenya, lapor akhbar Daily Star semalam.  Pesawat jenis Cessna Citation XLS milik AMREF Flying Doctors itu terhempas di kejiranan Ruiru, daerah Kiambu.  Empat orang berada di dalam pesawat semasa kejadian.  Mangsa yang maut termasuk dua doktor, ... Read more The post Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh appeared first on Kosmo Digital .

Polis kesan Mohd Ezman bantu siasatan kes pelaburan RM2.3 juta

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM2.31 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki itu dikenali sebagai Mohd Ezman Zamani, 38, alamat terakhir di Rawang."Kita telah menerima sebanyak 279 laporan berkaitan kes itu sejak 2023. Berdasarkan siasatan, mangsa dalam kes ini menyertai pelaburan setelah mengikuti webinar yang dianjurkan oleh syarikat terbabit."Syarikat itu menawarkan pulangan dividen sehingga 18 peratus setahun atau 1.5 peratus sebulan kepada setiap pelabur," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini, pada Jumaat.Rusdi berkata, pada peringkat awal, pelabur memperoleh keuntungan yang dijanjikan."Namun kemudiannya pelbagai alasan diberikan dan pulangan yang dijanjikan tidak lagi dibayar," katanya.Rusdi berkata, individu berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Fikri Najib Ismail di talian 013-9839854 atau Inspektor Noor Azamin Noor Azahari di talian 011- 65580848," ujarnya.

LBS raikan 100 tahun Cameron Highlands, tawar hadiah RM100,000

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan kempen Sambutan 100 Tahun Cameron Highlands bersempena meraikan warisan tanah tinggi itu serta memperkenalkan fasa terbaharu projek ikonik Cameron Centrum, Centrum Iris. Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2025 itu menawarkan pembeli Centrum Iris yang layak berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan ... Read more The post LBS raikan 100 tahun Cameron Highlands, tawar hadiah RM100,000 appeared first on Kosmo Digital .

Wakil Rakyat Wanita UMNO/BN Terus Komited Perkasa Agenda Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kesungguhan, komitmen dan keprihatinan rakyat menjadi fokus utama pada perjumpaan wakil-wakil rakyat Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN). Dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, ia sebagai platform bertukar pandangan bagi membuka lebih banyak ruang kepada wanita lain untuk turut serta dalam kepimpinan, politik, dan penggubalan dasar melalui program pemerkasaan dan pembangunan kapasiti. [...]

'Arwah anak yang baik, dari kecil nak jadi polis' - Ibu Koperal Hafizul

SETIU – Minat mendalam terhadap kerjaya polis sejak di bangku sekolah menjadi pendorong Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir hayatnya.Anak ketiga daripada tujuh beradik itu mula berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) sejak 15 tahun lalu dan dikenali sebagai seorang anggota yang komited serta berdedikasi.Ibunya, Maznah Ismail, 64, berkata, arwah telah menanam impian untuk menjadi anggota polis sejak kecil dan terus berazam untuk mencapai cita-cita itu."Arwah anak yang baik, tak pernah melawan kata. Dari kecil dia cakap nak jadi polis dan saya bersyukur kerana dia berjaya capai cita-cita itu."Saya juga reda, arwah meninggal dunia ketika bertugas dan sedang berbakti kepada masyarakat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pak Kancil, di sini, pada Jumaat.Maznah berkata, pertemuan pada Sabtu lalu merupakan yang terakhir selepas arwah sempat singgah sebentar di rumahnya di sini kerana tugasan."Masa jumpa arwah hari tu dia nampak sedikit pelik sebab kurang bercakap. Dia juga ada minta nak makan nasi minyak, tapi saya tak sempat sediakan kerana kekangan masa."Saya rasa terkilan pula sebab tak sempat masak nasi minyak yang menjadi kegemaran arwah," katanya.Mengulas mengenai insiden menimpa anaknya itu, Maznah berkata, ketika kejadian, dia dan suami, Mazlan Umar, 64 berada di Tol Gombak untuk ke Shah Alam dan bergegas pulang ke Terengganu sebaik menerima khabar duka itu.Sementara itu, ayah Allahyarham, Mazlan Umar, 64, berkata, dia dan isteri terkejut apabila menerima panggilan menyatakan anak mereka telah meninggal dunia ketika bertugas."Dalam jam 4 petang tu menantu hubungi isteri saya bagitahu arwah meninggal tetapi tidak menceritakan insiden sebenar."Arwah seorang anggota polis yang bertugas di bahagian jenayah. Sebagai bekas anggota polis, saya juga tidak dapat menolak pelbagai risiko yang terpaksa dihadapi arwah sewaktu menjalankan tugas," katanya.Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang pada Khamis selepas dirempuh kenderaan dinaiki empat penjenayah yang cuba melarikan diri daripada ditahan berhampiran Taman Golf, Alor Setar, Kedah.Dalam insiden itu, arwah yang sedang menjalankan tugas cuba menghalang suspek kes pecah rumah daripada melarikan diri sebelum dirempuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarganya di sini kira-kira jam 8.40 pagi sebelum disolatkan di Masjid Kampung Pak Kancil jam 9.15 pagi.Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Kancil pada jam 10.20 pagi dengan istiadat pengebumian kepahlawanan PDRM.Istiaadat penuh penghormatan itu dihadiri Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairudin yang turut menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada bapa Allahyarham sebagai tanda penghormatan terakhir.Lebih 300 hadir ketika pengebumian termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan penduduk kampung turut mengiringi perjalanan terakhir wira negara itu.

[VIDEO] 'Arwah anak yang baik, dari kecil nak jadi polis' - Ibu Koperal Hafizul