Sivasangari naib juara Terbuka Silicon Valley

Sivasangari naib juara Terbuka Silicon Valley

PETALING JAYA: Hajat pemain skuasy wanita No. 1 Malaysia, S. Sivasangari untuk merangkul gelaran kedua, tahun ini, tidak kesampaian selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, Olivia Weaver pada perlawanan akhir Terbuka Silicon Valley 2025 di Redwood City, California, Amerika Syarikat (AS), hari ini. Sivasangari yang menghuni ranking No. 8 dunia itu tewas menerusi permainan empat ... Read more The post Sivasangari naib juara Terbuka Silicon Valley appeared first on Utusan Malaysia .

ADUN Mahkota Terus Prihatin, Santuni Pelbagai Kelompok Rakyat

ADUN Mahkota Terus Prihatin, Santuni Pelbagai Kelompok Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meneruskan komitmennya dalam menyantuni masyarakat setempat menerusi beberapa program kemasyarakatan di kawasan. Syed Hussien yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang menerusi hantaran di media sosial, memaklumkan bersama dengan rakyat menerusi Program Dapur Kasih Mahkota, anjuran bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Kluang. Berlangsung di [...]

Teman lelaki mangsa antara ditahan kes rogol

Teman lelaki mangsa antara ditahan kes rogol

ALOR SETAR – Salah seorang daripada empat remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki merogol pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah Baling dipercayai merupakan teman lelaki mangsa. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek merupakan pelajar tingkatan lima dan belajar di sekolah sama dengan mangsa. Katanya, tiga lagi suspek terdiri daripada dua pelajar ... Read more The post Teman lelaki mangsa antara ditahan kes rogol appeared first on Kosmo Digital .

Punca sebenar kematian dua kanak-kanak dijangkiti influenza sedang diteliti

Punca sebenar kematian dua kanak-kanak dijangkiti influenza sedang diteliti

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti punca sebenar dua kes kematian membabitkan kanak-kanak yang dikesan mengalami influenza A. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menunggu laporan kematian kanak-kanak yang masing-masing berusia empat dan 11 tahun terbabit. Jelas beliau, kajian berhubung punca sebenar kematian dua kematian bergejala influenza A itu dilakukan ... Read more The post Punca sebenar kematian dua kanak-kanak dijangkiti influenza sedang diteliti appeared first on Kosmo Digital .

Kes rogol: Pesalah akan dibuang sekolah - JPN Kedah

Kes rogol: Pesalah akan dibuang sekolah - JPN Kedah

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah memulakan proses siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan tegas buang sekolah terhadap semua pesalah yang terlibat dalam kes rogol serta penyebaran video kelakuan tidak senonoh di sebuah sekolah di negeri itu.Kenyataan JPN Kedah pada Khamis memaklumkan bahawa jabatan itu mengambil serius kes berkenaan."JPN Kedah telah mula mengambil tindakan. Kes ini sedang berada dalam siasatan polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan."Tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa dan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian," menurut kenyataan itu.Menurut JPN Kedah, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan seluruh warga pendidikan.Terdahulu, media melaporkan bahawa tiga pelajar dan seorang bekas pelajar telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol di sebuah sekolah di Baling. - Bernama

Kes rogol berkumpulan, sebar video: Pesalah akan dibuang sekolah - JPN Kedah

Kes rogol berkumpulan, sebar video: Pesalah akan dibuang sekolah - JPN Kedah

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah memulakan proses siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan tegas buang sekolah terhadap semua pesalah yang terlibat dalam kes rogol serta penyebaran video kelakuan tidak senonoh di sebuah sekolah di negeri itu.Kenyataan JPN Kedah pada Khamis memaklumkan bahawa jabatan itu mengambil serius kes berkenaan."JPN Kedah telah mula mengambil tindakan. Kes ini sedang berada dalam siasatan polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan."Tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa dan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian," menurut kenyataan itu.Menurut JPN Kedah, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan seluruh warga pendidikan.Terdahulu, media melaporkan bahawa tiga pelajar dan seorang bekas pelajar telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol di sebuah sekolah di Baling. - Bernama

Pasukan khas sekat penyeludupan dadah guna bungkusan, khidmat pos

Pasukan khas sekat penyeludupan dadah guna bungkusan, khidmat pos

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengemaskini dan memperkukuh strategi untuk membanteras penyeludupan dadah yang semakin licik, termasuk melalui pemantauan saluran baru dan peningkatan kawalan sempadan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, satu pasukan khas akan diwujudkan untuk memantau perniagaan pos, bungkusan dan penghantaran. Beliau berkata, ini kerana banyak ... Read more The post Pasukan khas sekat penyeludupan dadah guna bungkusan, khidmat pos appeared first on Kosmo Digital .

PRN: Amanah Johor tidak tunggu BN, sedia hadapi pertembungan tiga penjuru

PRN: Amanah Johor tidak tunggu BN, sedia hadapi pertembungan tiga penjuru

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menegaskan kesediaan untuk berdepan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang tanpa bergantung kepada sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN).Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun di peringkat Persekutuan wujud Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN, namun realitinya di Johor kerajaan negeri dibentuk sepenuhnya oleh BN tanpa sebarang penglibatan rasmi PH."PH adalah pembangkang di Johor. Tidak wujud perkongsian kuasa di peringkat negeri."Jadi, sebarang kerjasama pilihan raya antara PH dan BN akan dilihat tidak konsisten serta mengelirukan pengundi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, Amanah Johor menganggap rundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN di negeri itu sebagai tidak relevan, sebaliknya memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Beliau berkata, kerjasama dengan BN juga dikhuatiri akan menjejaskan peluang Amanah memperluas pengaruh politik kerana kebanyakan kerusi tradisi parti itu kini berada di tangan BN hasil peratus keluar mengundi rendah semasa PRN15 iaitu sekitar 54.5 peratus."Kerjasama sebegitu hanya akan menguntungkan sebelah pihak dan menyukarkan Amanah untuk merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi BN," ujarnya.Dzulkefly turut menegaskan, keputusan untuk bersiap sedia menghadapi tiga penjuru adalah hasil suara akar umbi yang kecewa dengan sikap beberapa pimpinan UMNO/BN Johor yang didakwa memperlekeh semangat setiakawan dalam Kerajaan Perpaduan."Ini isyarat jelas kepada UMNO/BN Johor supaya nyatakan pendirian sebenar sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau bersendirian dalam PRN Johor. Jangan terus bermain teka-teki yang hanya mengundang kekeliruan rakyat," katanya.Beliau berkata, Amanah Johor akan memperkukuh jentera termasuk menggerakkan sayap Awan dan pemuda di seluruh kawasan DUN sebagai persediaan menghadapi PRN akan datang.Sebelum itu pada Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa PRN Johor hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada April 2027, sejajar dengan tempoh penggal pentadbirannya yang tamat pada tarikh berkenaan.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH terdiri DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi dengan Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.

Anak sulung Pengasas Sapura Holding bantah bapa batal hibah 14.85 juta unit saham

Anak sulung Pengasas Sapura Holding bantah bapa batal hibah 14.85 juta unit saham

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Anak sulung Pengasas Sapura Holdings Sdn Bhd akan membantah permohonan bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis, yang mahu membatalkan hibah mencecah 14.85 juta pegangan saham syarikat, yang diberikan kepadanya hampir 30 tahun lalu.Peguam syarie, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Group, Tan Sri Shahril Shamsuddin selaku defendan pertama berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima saman dan tuntutan terpinda mengenai permohonan terbabit, daripada peguam yang mewakili Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir pada Isnin lalu.Menurutnya, mengambil kira permohonan Shamsuddin, 94, baru sahaja diterima tiga hari lalu, maka defendan meminta mahkamah menetapkan tarikh lain untuk prosiding seterusnya."Tempoh masa terlalu singkat, jadi anak guam akan memfailkan notis untuk membatalkan permohonan terbabit."Alasannya ialah, pegangan saham itu bukan merupakan hibah selain isu yang dibangkitkan berlaku pada tahun 1997," katanya ketika sebutan kes di hadapan Pendaftar, Niana Nazahar.Sementara itu, peguam syarie, Suhaimi Saad yang mewakili plaintif berkata, notis saman dan tuntutan terpinda telah diserahkan kepada defendan pertama dan kedua masing-masing pada Isnin dan 3 Oktober.Beliau berkata, Shamsuddin telah menyerahkan pegangan saham kepada dua anaknya, Shahril, 64, dan anak keduanya, Pengarah Eksekutif dan Pemegang Saham Sapura Holdings, Datuk Shahriman, 56, masing-masing sebanyak 14.85 juta pada 7 November 1997."Bagaimanapun, plaintif mahu membatalkan hibah terbabit terhadap Shahril sahaja, atas alasan peribadi," katanya yang hadir bersama peguam syarie, Datuk Shamsuriah Sulaiman.Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Shahriman selaku defendan kedua tidak membantah permohonan pengesahan hibah oleh plaintif."Ini kerana, hibah merupakan hak plaintif maka beliau berhak untuk memberi mahupun membatalkan pemberian hadiah itu," katanya.Ketika ditemui di luar mahkamah beliau berkata, plaintif mempunyai hak untuk mengesahkan hibah tersebut kerana pemberian telah dibuat semasa masih hidup.Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, mahkamah menetapkan 18 November depan untuk pengurusan kes terbabit.Pada tarikh itu, mahkamah akan mendengar keizinan pembatalan saman dan penyata tuntutan oleh defendan pertama termasuk permohonan penzahiran dokumen oleh plaintif, sebelum mendengar permohonan penarikan dan pembatalan hibah berkenaan.

Ribut: Sesi persekolahan 4,000 pelajar di Sijangkang terjejas

Ribut: Sesi persekolahan 4,000 pelajar di Sijangkang terjejas

KUALA LANGAT: Sesi persekolahan bagi sekurang-kurangnya 4,000 pelajar di lima buah sekolah rendah dan menengah serta sekolah agama dekat Sijangkang serta Kampung Medan, Telok Panglima Garang di sini terjejas akibat ribut semalam. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan SK Kampung Medan serta SK ... Read more The post Ribut: Sesi persekolahan 4,000 pelajar di Sijangkang terjejas appeared first on Utusan Malaysia .

Itali sedia kerah tentera ke Gaza

Itali sedia kerah tentera ke Gaza

ROM: Itali menyatakan kesediaannya menyertai Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza, selaras dengan pelan gencatan senjata yang diketuai Amerika Syarikat, kata Menteri Luar Antonio Tajani pada Rabu. Dalam satu taklimat kepada Dewan Deputi, Tajani menyatakan penglibatan Itali adalah sejajar dengan pengalaman luas negara itu dalam operasi ketenteraan antarabangsa yang kompleks. “Seperti yang anda maklum, pelan ... Read more The post Itali sedia kerah tentera ke Gaza appeared first on Utusan Malaysia .

Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih – Ardell

Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih – Ardell

PETALING JAYA – Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana bersyukur kerana diberi kekuatan untuk menguruskan proses penanaman sebahagian kaki ibunya, Sawiyah Abdullah yang dipotong akibat komplikasi diabetes kronik. Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, turut bersyukur berpeluang mempelajari ilmu baharu berkaitan cara mengurus dan mengebumikan sebahagian anggota badan. “Hari yang panjang tapi ... Read more The post Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih – Ardell appeared first on Kosmo Digital .