PBB desak Israel buka semua pintu masuk ke Gaza segera

PBB desak Israel buka semua pintu masuk ke Gaza segera

GAZA CITY: Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher, menggesa Israel membuka semua pintu masuk ke Gaza tanpa berlengah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar dengan segera ke wilayah yang sedang bergelut dengan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Bercakap kepada AFP di Kaherah sebelum lawatan ke sempadan Gaza, Fletcher menegaskan kelewatan akibat birokrasi dan kawalan ... Read more The post PBB desak Israel buka semua pintu masuk ke Gaza segera appeared first on Utusan Malaysia .

Fadhlina umum reformasi serta-merta sistem keselamatan sekolah

Fadhlina umum reformasi serta-merta sistem keselamatan sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan reformasi serta-merta ke atas sistem dan mekanisme keselamatan di semua 10,243 sekolah di seluruh Malaysia. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan di kerah untuk melaksanakan reformasi itu secara praktikal dan efisien. Ujar beliau, reformasi dilaksanakan berikutan insiden ... Read more The post Fadhlina umum reformasi serta-merta sistem keselamatan sekolah appeared first on Kosmo Digital .

Penumpang lori maut tercampak dari kenderaan di Tanjung Malim

Penumpang lori maut tercampak dari kenderaan di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM: Seorang penumpang lori membawa muatan paip PVC maut apabila tercampak dari kenderaan yang dinaikinya dalam nahas di Kilometer (KM) 373.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, mangsa, Selvan Muniapan, 46, dengan alamat terakhir di Klang, Selangor. “Kemalangan berlaku kira-kira pukul ... Read more The post Penumpang lori maut tercampak dari kenderaan di Tanjung Malim appeared first on Utusan Malaysia .

2 remaja didakwa kes rogol pelajar, seorang tertuduh mengaku

2 remaja didakwa kes rogol pelajar, seorang tertuduh mengaku

ALOR GAJAH: Dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan pelajar junior dan merakamkan kejadian sebelum menyebarkannya di sebuah sekolah dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah hari ini. Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dihadapkan di depan Majistret Dr. Teoh Shu ... Read more The post 2 remaja didakwa kes rogol pelajar, seorang tertuduh mengaku appeared first on Utusan Malaysia .

Wanita Indonesia rebah selepas dituduh merasuah penguatkuasa PBT

Wanita Indonesia rebah selepas dituduh merasuah penguatkuasa PBT

JOHOR BAHRU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merasuah seorang penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebanyak RM600, Mac lalu. Tertuduh, Mariana Umar, 50 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Wanita itu didakwa telah memberi memberi ... Read more The post Wanita Indonesia rebah selepas dituduh merasuah penguatkuasa PBT appeared first on Utusan Malaysia .

Program perintegrasian semula banduan Guthrie tawar lebih 900 peluang kerja

Program perintegrasian semula banduan Guthrie tawar lebih 900 peluang kerja

SHAH ALAM – SD Guthrie Berhad (Guthrie) mengumumkan 948 penempatan kerja menerusi program perintegrasian semula banduan di ladang sawitnya seluruh negara.Pengarah Urusan Kumpulan Guthrie, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, ia bukanlah sekadar program yang menyediakan pekerjaan tetapi peluang untuk peserta membina semula kehidupan."Bukan sahaja memulihkan harapan dan maruah mereka, malah dapat menyumbang kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat serta inklusif."Kami bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif yang memberi peluang kedua dalam hidup, yang mana saya percaya merupakan hak asasi setiap insan," katanya.Menurut Mohamad Helmy lagi, sejarah masa lalu bukanlah ukuran nilai seseorang individu tetapi jauh lebih penting adalah sumbangan yang boleh mereka berikan untuk membina masa depan lebih bermakna."Guthrie berbangga membantu para peserta program ini untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat," ujarnya dalam satu kenyataan media.Inisiatif tersebut merupakan yang terbesar pernah dilaksanakan oleh sebuah syarikat perladangan di Malaysia sejak Jabatan Penjara Malaysia (JPM) memperkenalkan program Latihan Pintar Korporat atau Corporate Smart Internship (CSI) pada tahun 2016.Program CSI membantu banduan yang dibebaskan awal untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat menerusi latihan sambil bekerja dan penempatan kerja dengan kerjasama sektor swasta.Kerjasama Guthrie dengan JPM sejak tahun 2019 itu menyokong perintegrasian semula dua kumpulan individu ke dalam masyarakat iaitu banduan yang dikategorikan sebagai ‘Orang Diparol’ (ODP) dan ‘Orang Bebas Berlesen’ (OBB).Guthrie turut menyasarkan untuk mengambil lebih 450 individu daripada setiap kategori berkenaan bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada dalam syarikat.Pada tahun 2025, seramai 131 orang telah menyertai tenaga kerja Guthrie di bawah program itu, sekali gus menjadikan jumlah peserta terkini ialah seramai 152 orang.Sejak tahun 2019, Guthrie berjaya merekrut seramai 761 peserta, yang mana 15 orang daripadanya telah diserap masuk menjadi pekerja tetap dalam operasi huluan syarikat tersebut.Peserta program berkenaan ditempatkan di 10 estet Guthrie di Perak, Kedah, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.Selain penempatan kerja untuk tempoh yang panjang, Guthrie turut menawarkan program latihan sambil kerja, bimbingan dan penyeliaan berstruktur kepada para peserta.Tidak hanya memperoleh pengalaman pekerjaan sebenar, peserta program juga menerima faedah yang setaraf dengan pekerja lain di Guthrie.Ia termasuk gaji minimum seperti yang ditetapkan oleh Perintah Gaji Minimum Kebangsaan 2022 dan faedah lain di bawah Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (MAPA)/ Perjanjian Perundingan Kolektif 2019 Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW).Antaranya perumahan percuma, bekalan air, subsidi elektrik, waktu kerja dan gaji lebih masa yang ditetapkan di bawah Akta Pekerjaan.Dengan pengalaman kerja sebenar dan faedah pekerjaan yang diterima, ia dijangka akan membantu mengurangkan lagi ulang laku jenayah dalam kalangan bekas banduan.Guthrie merupakan salah satu daripada sebilangan kecil syarikat perladangan di Malaysia yang melaksanakan program tersebut dalam skala yang besar.Ia sekali gus mengukuhkan kepimpinan syarikat berkenaan dalam amalan pekerjaan yang bertanggungjawab dan usaha-usaha rehabilitasi nasional.Selain itu, Guthrie menggalakkan syarikat lain untuk turut serta melibatkan diri dalam inisiatif sama demi membantu membina masyarakat yang lebih inklusif dan positif kepada usaha pemulihan.

Dua beradik terlibat sindiket edar ganja ditangkap

Dua beradik terlibat sindiket edar ganja ditangkap

BALIK PULAU – Tiga lelaki termasuk dua beradik ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Pantai Jerejak, di sini dan Sungai Petani di Kedah, 10 Oktober lalu selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran ganja. Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, polis turut merampas ganja seberat 49.38 kilogram (kg) bernilai lebih RM153,000. Ketua Polis Daerah ... Read more The post Dua beradik terlibat sindiket edar ganja ditangkap appeared first on Kosmo Digital .

PRN Sabah ditetapkan pada 29 November; 1,784,843 pengundi

PRN Sabah ditetapkan pada 29 November; 1,784,843 pengundi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 pada 29 November ini. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 15 November manakala tarikh mengundi awal pula pada 25 November. Katanya, mesyuarat diadakan susulan SPR menerima pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undang Negeri (DUN) Sabah ... Read more The post PRN Sabah ditetapkan pada 29 November; 1,784,843 pengundi appeared first on Utusan Malaysia .