13 tahun dipaksa bekerja dan dikurung, 49 mangsa sindiket pemerdagangan akhirnya bebas

KUALA LUMPUR – Dikunci, dikurung serta diberi tekanan emosi dan ketakutan merupakan antara penderitaan yang terpaksa dihadapi mangsa pemerdagangan orang yang diperdaya sindiket selepas dijanjikan tawaran kerja.Perkara itu terbongkar selepas seramai 49 wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 47 tahun diselamatkan menerusi serbuan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi Op Pintas dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) dilaksanakan di sekitar daerah Klang dari 10 hingga 13 Oktober lalu.Menurutnya, sebanyak 11 serbuan telah dilakukan dan berjaya menahan 14 suspek termasuk dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berselindung di sebalik syarikat agensi pekerja asing tidak berdaftar beroperasi di sebuah pejabat kecil."Suspek terdiri daripada 11 warga tempatan iaitu lapan lelaki dan tiga wanita, manakala tiga lagi merupakan wanita warga Indonesia."Antara peranan suspek termasuk sebagai penghantar (transporter), kerani dan pengurus," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Jumaat.Beliau berkata, hasil serbuan itu, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM1 juta, enam buah kereta, 71 naskhah pasport, 19 unit telefon bimbit, lima set rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan 14 rangkai kunci rumah.Tambahnya, siasatan mendapati sindiket terbabit merekrut mangsa dari keluarga miskin di Indonesia dengan menjanjikan pekerjaan di kilang dan syarikat swasta di Malaysia."Ejen sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk membawa masuk mangsa ke Malaysia."Namun, setibanya di sini, mangsa dikurung, dikawal rapi, telefon bimbit dirampas dan mereka diugut akan dicederakan sekiranya cuba melarikan diri dari rumah atau tempat kerja. Malah, ada mangsa telah dipaksa bekerja selama 13 tahun," katanya.Menurutnya, mangsa dipaksa melakukan kerja-kerja rumah dan bekerja mengikut syif. Bagaimanapun, bayaran yang diterima telah diambil sepenuhnya oleh pihak sindiket."Tempat penempatan kebanyakan adalah rumah teres yang disewa dan dikawal ketat dengan elemen ketakutan yang tinggi," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Trump tumpu selesaikan perang Russia-Ukraine selepas gencatan senjata Gaza

WASHINGTON: Dengan gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas masih kekal, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini mengalihkan tumpuan untuk menamatkan perang antara Russia dan Ukraine, termasuk mempertimbangkan penjualan senjata jarak jauh kepada Kyiv bagi mendesak Moscow ke meja rundingan. Usaha menamatkan perang di Ukraine dan Gaza menjadi antara janji utama dalam kempen pemilihan ... Read more The post Trump tumpu selesaikan perang Russia-Ukraine selepas gencatan senjata Gaza appeared first on Utusan Malaysia .

Empat bekas pegawai bank tak mengaku terima rasuah lebih RM170,000

KUALA LUMPUR - Empat bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM170,000 membabitkan permohonan pembiayaan pinjaman peribadi melebihi had kelayakan.Noor Iskandar Aziz, 44, Muhammad Najmi Mu'az Pekan, 34, dan Amir Hafizi Anuar, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rosli Ahmad.Noor Iskandar yang ketika itu bertugas sebagai pegawai pemasaran sebuah bank di Putrajaya didakwa atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM94,173 daripada Syarikat CSA Infinite Consultancy, Ong Kim Hock, Ong Mun Ho, Lim Kim Yen dan Anas Syazwan Abd Samad.Sementara Muhammad Najmi Mu'az yang ketika itu merupakan eksekutif pembiayaan pengguna di Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan PKNS, Shah Alam, berdepan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,567 daripada syarikat JWW Titans Trading dan Lim.Amir Hafizi, sebagai pegawai pemasaran sebuah bank cawangan Kajang pula berdepan tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM37,347.76 daripada Syarikat CSA Infinite, Syarikat JZ Solution dan Lim.Kesalahan itu dilakukan ketiga-tiga tertuduh sebagai upah membantu memproses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan bagi Syarikat CSA Academy yang membuat permohonan serupa di beberapa institusi kewangan lain secara serentak sehingga menyebabkan pelanggan tersebut mempunyai beberapa pinjaman melebihi had kelayakan.Sementara itu, Syazwan Akmal Badran, 33, yang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi didakwa atas lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42,681.63 daripada Syarikat JWW Titans, Syarikat CSA Infinite, Lim dan Syarikat JZ Solution bagi tujuan serupa.Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Maybank dan RHB Bank di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur antara 5 Oktober 2021 hingga 5 Julai 2024 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.Mahkamah membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh dengan nilai antara RM10,000 hingga RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan dikehendaki melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM selain tidak mengganggu saksi pendakwaan.Rosli menetapkan sebutan kes Noor Iskandar pada 20 Nov dan 10 Dis untuk Muhammad Najmi Mu'az dan Amir Hafizi manakala Azura menetapkan 3 Disember bagi Syazwan Akmal.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee, M.Esther Jacyntha dan Nidzuwan Abd Latip. Syazwan Akmal tidak diwakili peguam manakala tiga tertuduh lain diwakili peguam A Rayveni, Abdul Hakeem Aiman Mohd Affandi dan Humaidi Zulkifli. - Bernama