Perbezaan prosedur perbicaraan, hukuman libatkan pelaku kanak-kanak bawah Kanun Keseksaan

Perbezaan prosedur perbicaraan, hukuman libatkan pelaku kanak-kanak bawah Kanun Keseksaan

SHAH ALAM - Semua kes jenayah termasuk rogol yang dilakukan oleh pelaku bawah umur tetap disiasat dan dituduh di bawah Kanun Keseksaan, namun terdapat perbezaan ketara segi prosedur perbicaraan dan bentuk hukuman yang dikenakan.Peguam, Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, pertuduhan terhadap pelaku bawah umur tidak terjejas, tetapi perbicaraan mesti dijalankan di Mahkamah Kanak-Kanak seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.Menurutnya, perbicaraan di mahkamah tersebut dijalankan secara tertutup, hanya dihadiri oleh pihak berkaitan iaitu mana-mana orang yang mahkamah dapati perlu dalam kes tersebut."Mahkamah Kanak-Kanak bersidang dengan seorang majistret dan dua orang penasihat daripada kalangan orang awam, dan salah seorang daripadanya mesti wanita."Perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak ini tertutup. Ia cuma boleh dihadiri oleh pihak-pihak yang berkaitan iaitu kanak-kanak yang dituduh, mangsa, ibu bapa, pegawai mahkamah, peguam-peguam," katanya.Beliau menegaskan, laporan mengenai kes yang melibatkan kanak-kanak boleh dibuat, namun identiti atau butiran yang boleh mengenal pasti pelaku mahupun mangsa tidak boleh mendedahkan identiti."Walaupun dia dituduh melakukan jenayah, dia belum didapati bersalah. Sehingga didapati bersalah, segala perlindungan wajib diberikan kepada kanak-kanak," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Haniff, hukuman terhadap pesalah bawah umur juga berbeza daripada pesalah dewasa."Walaupun kesalahan boleh membawa hukuman penjara, pelaku bawah umur tidak akan dihantar ke penjara sebaliknya ke institusi pemulihan akhlak."Hukuman yang boleh diberikan terhadap kanak-kanak di Mahkamah Kanak-Kanak, jikapun ia adalah hukuman yang boleh membawa kepada penjara sekalipun, dia tidak akan diperintahkan ke penjara."Dia boleh diperintahkan kepada tempat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney dan institusi yang seangkatan dengannya," katanya.Beliau berkata, istilah ‘sabitan bersalah’ juga tidak sesuai digunakan dalam kes melibatkan pelaku bawah umur."Ayat yang patut digunakan adalah ‘penemuan bersalah’ sahaja."Hukuman itu tak semestinya menyebabkan ada rekod sabitan kalau mahkamah berikan perintah tertentu," katanya.Menurut beliau lagi, walaupun terdapat penemuan bersalah terhadap pelaku bawah umur yang didapati bersalah, penemuan itu bukan untuk pendedahan umum tetapi akan hanya digunakan oleh pihak penguat kuasa sekiranya pesalah sama terlibat dengan kes lain pada masa hadapan.

Kerajaan terima RM20.71 bilion penyelesaian tunai 1MDB setakat ini

Kerajaan terima RM20.71 bilion penyelesaian tunai 1MDB setakat ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menerima penyelesaian tunai berjumlah kira-kira RM20.71 bilion setakat ini. Penyelesaian tersebut dicapai dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs sebanyak AS$3.9 bilion atau RM16.48 bilion. AmBank Group menyumbang RM2.83 bilion manakala JP Morgan (Switzerland) Ltd membayar RM1.4 bilion. Kementerian Kewangan memaklumkan semua hasil penyelesaian tunai telah diterima sepenuhnya. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kendalian kementerian. Goldman Sachs Group Inc. telah memfailkan Permohonan Timbang Tara di London Court of International Arbitration pada 11 Oktober 2023. Permohonan itu adalah terhadap Kerajaan Malaysia berhubung pertikaian obligasi di bawah Perjanjian Penyelesaian 18 Ogos 2020. Pasukan Perundangan Kerajaan Malaysia sedang mengendalikan Prosiding Timbang Tara tersebut. Pasukan ini terdiri daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam-peguam Inggeris yang dilantik. Maklumat terperinci tidak dapat didedahkan memandangkan pihak-pihak terikat dengan obligasi kerahsiaan yang ketat. Kementerian memberikan jawapan ini melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai status pemulihan aset 1MDB. – Bernama

Police submit Israeli flag incident investigation to prosecutors

Police submit Israeli flag incident investigation to prosecutors

KOTA BHARU : Police have submitted investigation papers concerning the display of Israeli flags during the “500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” programme to the state prosecutor’s office. Kelantan police chief Datuk Mohd Yusoff Mamat confirmed the organiser was questioned yesterday and is expected to face charges soon. He stated the case is being investigated under three separate laws including the National Emblems Act and Penal Code provisions. The incident occurred last Friday during a boat event featuring a re-enactment of Global Sumud Flotilla volunteers’ interception. Nearly 10,000 participants joined the solidarity programme organised by Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia. Participants travelled eight kilometres from Kampung Pulau Pisang to Lembah Sireh in their own boats. The event aimed to show support for the Palestinian cause through this symbolic journey. Police are proceeding with legal action following completion of their initial investigation phase. – Bernama

Suspek kes tikam pelajar 16 tahun akan dibawa ke mahkamah untuk reman

Suspek kes tikam pelajar 16 tahun akan dibawa ke mahkamah untuk reman

PETALING JAYA - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, bagi mendapatkan permohonan reman berhubung siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini.Difahamkan, suspek yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) telah dibawa pihak polis sebelum jam 9 pagi namun sehingga kini usaha media untuk mengambil gambar suspek tidak berjaya kerana pelajar berkenaan dibawa menerusi laluan dalam ke lokap sementara.Permohonan daripada pihak polis dijangka dijalankan di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.Pada Selasa, media melaporkan mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian, dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama.

Suspek kes tikam pelajar 16 tahun dibawa ke mahkamah untuk reman

Suspek kes tikam pelajar 16 tahun dibawa ke mahkamah untuk reman

PETALING JAYA - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, bagi mendapatkan permohonan reman berhubung siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini.Difahamkan, suspek yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) telah dibawa pihak polis sebelum jam 9 pagi namun sehingga kini usaha media untuk mengambil gambar suspek tidak berjaya kerana pelajar berkenaan dibawa menerusi laluan dalam ke lokap sementara.Permohonan daripada pihak polis dijangka dijalankan di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.Pada Selasa, media melaporkan mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian, dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama.

Malaysia-AS jangka meterai perjanjian perdagangan timbal balik adil

Malaysia-AS jangka meterai perjanjian perdagangan timbal balik adil

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Timbal Balik yang dijangka ditandatangani Malaysia dan Amerika Syarikat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan disifatkan sebagai perjanjian adil bagi kedua-dua pihak. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan perjanjian itu mengambil kira kepentingan masing-masing negara. Beliau berkata delegasi perundingan AS telah berada di Malaysia sejak Ahad lepas bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan. Ini susulan persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS Donald Trump untuk menandatangani perjanjian itu. “Kini, kita sedang memuktamadkan perjanjian ini supaya seimbang dan mengutamakan kepentingan rakyat dan syarikat tempatan kita,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV. Tengku Zafrul menekankan kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat serta perniagaan tempatan sepanjang rundingan. Beberapa garis merah seperti isu berkaitan Bumiputera, halal dan perolehan terus terpelihara dalam perjanjian tersebut. Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai beberapa isu yang mungkin akan dibangkitkan termasuk isu tarif. Isu tarif tersebut melibatkan sektor semikonduktor dan sektor lain yang terletak di bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962. Seksyen 232 itu membenarkan AS mengenakan tarif tambahan atas alasan keselamatan negara. Trump sebelum ini mengumumkan AS akan mengenakan tarif 100% ke atas produk farmaseutikal berjenama melainkan syarikat membina kemudahan pembuatan di AS. Bagaimanapun, AS masih belum membuat sebarang keputusan berhubung sektor semikonduktor. – Bernama

‘Qaira hanya mahu dengan saya, dia tak nak orang lain kecuali…’

‘Qaira hanya mahu dengan saya, dia tak nak orang lain kecuali…’

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu penyayang yang bukan sahaja menjadi tulang belakang hidupnya, malah guru pertama dalam perjalanan bergelar ibu muda. Ujar Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, banyak perkara dalam dunia keibubapaan yang dipelajarinya daripada ibunya iaitu Rosmizah Mohd. Noor, terutama ketika menguruskan puteri ... Read more The post ‘Qaira hanya mahu dengan saya, dia tak nak orang lain kecuali…’ appeared first on Kosmo Digital .

Samsung To Launch Project Moohan At Worlds Wide Open Event

Samsung To Launch Project Moohan At Worlds Wide Open Event

Samsung has announced that it will be hosting another event next week. Called Worlds Wide Open, the event is slated for 21 October at 10PM Eastern Time. For us, that’s the following day, 22 October, at 10AM. Perhaps unsurprisingly, the main focus of this event will be Project Moohan, which has been the subject of […] The post Samsung To Launch Project Moohan At Worlds Wide Open Event appeared first on Lowyat.NET .

MCMC gesa orang ramai tidak sebar gambar mangsa insiden tikaman pelajar

MCMC gesa orang ramai tidak sebar gambar mangsa insiden tikaman pelajar

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai supaya bertindak dengan penuh tanggungjawab serta tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan termasuk gambar atau video yang memaparkan mangsa, pelajar lain atau lokasi kejadian berkaitan insiden tikaman pelajar di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.MCMC dalam kenyataan pada Rabu menasihatkan orang ramai yang telah memuat naik kandungan sedemikian agar segera memadamkannya bagi menghormati privasi serta maruah keluarga terlibat, selain bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang dijalankan.Suruhanjaya itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam kejadian tragis berkenaan.MCMC mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan kandungan sedemikian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia selepas disyaki ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek berusia 14 tahun, yang juga pelajar di sekolah sama, telah ditahan. - Bernama

Kembalikan Hukuman Rotan, Bimbang Krisis Moral Pelajar Semakin Parah

Kembalikan Hukuman Rotan, Bimbang Krisis Moral Pelajar Semakin Parah

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh mencadangkan agar kuasa merotan dikembalikan kepada guru sebagai salah satu langkah mendidik dan membentuk disiplin pelajar di sekolah. Beliau berpandangan, tindakan tersebut perlu dipertimbangkan secara serius susulan beberapa insiden membimbangkan melibatkan pelajar sekolah kebelakangan ini yang menunjukkan tanda-tanda krisis disiplin dan keruntuhan moral dalam kalangan generasi [...]