Interpretasi Taman Keabadian buat Aishah

Interpretasi Taman Keabadian buat Aishah

SELEPAS lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi legenda Datuk Aishah kembali menghadiahkan peminat dengan single terbaharu berjudul Taman Keabadian, ciptaan komposer Senna.Lagu yang menyentuh emosi ini dilancarkan sebagai simbol kasih Aishah buat para peminat yang sentiasa menyokongnya sejak era Aishah & The Fan Club hingga ke pentas solo hari ini.Menurut Aishah, karya berkenaan sarat dengan tema kerinduan dan kehilangan, khususnya kepada insan-insan tercinta yang telah pergi mendahului."Saya tujukan lagu ini kepada semua yang merindui ibu bapa, keluarga atau sahabat yang telah kembali ke negeri abadi. Lagu ini hadir bersama doa dan harapan, agar pertemuan semula bakal berlaku... di Taman Keabadian," katanya dengan penuh ketulusan.Bagi pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin, Taman Keabadian bukan sekadar sebuah lagu, tetapi hadir sebagai hadiah buat mereka yang sedang melalui episod kehilangan dan memerlukan kekuatan jiwa."Saya harap lagu ini dapat menjadi pengubat rindu dan semangat kepada mereka yang sedang bersedih. Ia adalah hadiah saya kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong selama ini," ujarnya lagi.Aishah memulakan kariernya di pentas antarabangsa bersama kumpulan Aishah & The Fan Club di New Zealand pada era 1980-an, sebelum mencipta nama sebagai penyanyi solo tersohor dengan lagu-lagu ikonik seperti Janji Manismu, Bahtera Merdeka, dan Kemaafan Dendam Yang Terindah.Pernah menembusi carta Billboard, memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Muzik (AIM), serta dikurniakan gelaran Datuk, beliau kini dianggap antara khazanah seni suara negara yang disegani."Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus menyanyi. Setiap lagu yang saya bawakan adalah sebahagian daripada hidup saya, dan saya harap ia turut menjadi sebahagian daripada hidup pendengar," ungkapnya.Single Taman Keabadian boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula 8 Ogos.

RMK13: Lima projek mega di Perak terus jadi tumpuan

RMK13: Lima projek mega di Perak terus jadi tumpuan

IPOH – Lima projek mega yang diumumkan menerusi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu dijangka terus menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi negeri Perak. Projek-projek berimpak tinggi itu merangkumi pembangunan Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP), Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV), Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) serta Taman Perindustrian Halal Perak (Perak HIP).Kesemua inisiatif itu memperkukuhkan lagi pelan Perak Sejahtera 2030 yang diilhamkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang memberi penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi, kelestarian alam, jaringan logistik dan pemerkasaan industri halal."Bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi domestik, pelaburan melalui kerjasama strategik dengan pihak industri terus diperkukuh. Tumpuan pembangunan turut diperluas di AHTV di negeri Perak."Pelaburan berimpak tinggi akan diperluas ke luar kawasan tumpuan utama, seperti pembangunan di KIGIP dan LuMIC," ucap Anwar ketika pembentangan RMK13 pada Khamis.KIGIP yang akan dibangunkan di daerah Kerian dilihat seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan zon industri mesra alam dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Projek itu dijangka menarik pelaburan dalam sektor teknologi hijau dan menyumbang kepada agenda perindustrian rendah karbon seperti yang digariskan dalam teras kelestarian Pelan Perak Sejahtera 2030.Sementara itu, AHTV di Tanjung Malim dijangka menjadi hab automotif masa depan negara dengan fokus terhadap pembangunan kenderaan elektrik (EV) selari dengan kedudukannya yang strategik di selatan Perak sekali gus menjadikannya tapak sesuai bagi pelaburan asing berskala besar.Turut tersenarai sebagai antara projek tumpuan RMK13 ialah pembangunan LuMIC yang menempatkan Kompleks Terminal Penggasan Semula Ketiga. Fasiliti itu penting bagi memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga negara dan memperkasakan keupayaan sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal di kawasan pesisir barat Perak.Dalam masa sama, Perak turut melakar langkah ke hadapan apabila Perak HIP merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sektor pemprosesan makanan, eksport halal dan keusahawanan berteraskan syariah. Selain empat kawasan perindustrian tersebut, RMK13 turut memperlihatkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mempercepat pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) bagi memantapkan ekosistem dan mempergiat aktiviti sepanjang rantaian nilai mineral tersebut.Secara keseluruhannya,  pengumuman projek-projek besar buat  Perak dalam RMK13 bukan sahaja  memperkukuh jaringan ekonomi negeri,  malah turut menyokong aspirasi  menjadikan Perak sebagai negeri  berdaya saing, progresif dan sejahtera  menjelang 2030.

Lookman lancar ‘perang’ berdepan kelab sendiri

Lookman lancar ‘perang’ berdepan kelab sendiri

BERGAMO – Pemain sayap dari Nigeria, Ademola Lookman ‘menyerang’ kelabnya sendiri apabila menuduh Atalanta tidak menepati janji yang pernah dibuat kepadanya. Pemain berusia 27 tahun itu mendapat perhatian daripada Inter Milan dan mendakwa dia sudah pun mendapat persetujuan dengan pihak kelab untuk melepaskkan khidmatnya jika memperoleh tawaran yang sepadan. Bagaimanapun, pemain kelahiran England itu mendakwa ... Read more The post Lookman lancar ‘perang’ berdepan kelab sendiri appeared first on Kosmo Digital .

‘Tidak perlu masuk semua festival filem untuk kejar pengiktirafan’

‘Tidak perlu masuk semua festival filem untuk kejar pengiktirafan’

Pengarah, pengkritik dan pemerhati industri filem, Al Jafree Md Yusop berpendapat, penerbit filem tidak perlu terlalu mengejar pengiktirafan daripada acara filem semata-mata untuk mendapat penghargaan. Ujar Al Jafree, memperoleh simbol ‘bunga padi’ untuk diletakkan dalam poster tidak akan menjamin filem tersebut akan memperoleh kutipan yang tinggi di panggung. “Menjadi calon atau ditayangkan di festival filem ... Read more The post ‘Tidak perlu masuk semua festival filem untuk kejar pengiktirafan’ appeared first on Utusan Malaysia .

Kek victoria sandwich jadi pilihan Sultan Terengganu

Kek victoria sandwich jadi pilihan Sultan Terengganu

ANTARA pelanggan terawal yang menyokong pembabitan wanita ini dalam bidang pembuatan kek ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Ketika itu, perniagaan Rina Nornahningsih Rahman, 47, hanya beroperasi dari rumah sebelum nekad membuka kafe CantekSekali di bandar Kuala Terengganu. Sehingga kini, kek victoria sandwich air tangannya kekal menjadi kegemaran baginda. Malah, keenakan resipi sentuhan ibu ... Read more The post Kek victoria sandwich jadi pilihan Sultan Terengganu appeared first on Utusan Malaysia .

Microsoft dedah 40 pekerjaan berisiko diganti AI

Microsoft dedah 40 pekerjaan berisiko diganti AI

WASHINGTON: Kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi sekadar fiksyen sains seperti dalam siri Black Mirror, sebaliknya semakin menjadi ancaman nyata terhadap kelangsungan pekerjaan manusia, demikian amaran pakar penyelidik dari Microsoft. Dalam satu kajian terbaharu, pasukan penyelidik diketuai Dr Kiran Tomlinson mengenal pasti 40 jenis pekerjaan yang paling terdedah kepada penggantian oleh teknologi AI serta 40 ... Read more The post Microsoft dedah 40 pekerjaan berisiko diganti AI appeared first on Utusan Malaysia .

Jadi mangsa buli; mereka memang salah oranglah, tunggu masa saya ‘meletup’ – Farahdhiya

Jadi mangsa buli; mereka memang salah oranglah, tunggu masa saya ‘meletup’ – Farahdhiya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya, 42, mendedahkan, dirinya pernah menjadi mangsa buli sewaktu di berada bangku sekolah dan pengalaman itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupnya. Menurut Farahdhiya, insiden itu berlaku ketika dia menjejakkan kaki ke sebuah sekolah menengah sebagai pelajar baharu pada pertengahan Tingkatan Satu. Jelas Farahdhiya, kehadirannya seakan tidak disenangi segelintir kumpulan ... Read more The post Jadi mangsa buli; mereka memang salah oranglah, tunggu masa saya ‘meletup’ – Farahdhiya appeared first on Utusan Malaysia .

PMKS catat pertumbuhan 5.8 peratus, sumbang RM652.4 bilion kepada ekonomi Malaysia

PMKS catat pertumbuhan 5.8 peratus, sumbang RM652.4 bilion kepada ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus dan menyumbang sebanyak RM652.4 bilion kepada ekonomi negara pada tahun 2024.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah tersebut secara tidak langsung kekal mengatasi prestasi ekonomi negara yang berkembang sekitar 5.1 peratus dan bukan PMKS pada 4.7 peratus dalam tempoh sama."Pertumbuhan ini dipacu oleh sektor pembinaan yang mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 17.3 peratus berbanding 5.8 peratus tahun sebelumnya dan ia merupakan rekod pertumbuhan paling kukuh yang pernah dicapai PMKS dalam sektor pembinaan sepanjang sedekad lalu."Hasil perkembangan menggalakkan ini telah meningkatkan sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) keseluruhan kepada 39.5 peratus berbanding 39.3 peratus pada 2023," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Prestasi PMKS 2024 di sini pada Isnin.Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin; Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.Dalam pada itu Ewon menjelaskan, industri PMKS negara turut memperkukuh kedudukan dalam pasaran global dengan eksport melonjak 31.3 peratus atau hampir RM50 bilion kepada RM196.8 bilion.Menurutnya, ia merupakan peningkatan luar biasa berbanding pertumbuhan tiga peratus yang dicatatkan sebelum ini dengan nilai RM149.9 bilion.Malah beliau memaklumkan, eksport PMKS jauh lebih kukuh berbanding bukan PMKS dan firma besar yang mencatatkan pertumbuhan eksport sekitar 7.2 peratus."Momentum luar biasa PMKS berorientasikan eksport dipacu oleh sektor perkhidmatan yang meningkat sekali ganda iaitu daripada RM33.2 bilion kepada RM71.3 bilion pada tahun 2024, disokong terutamanya industri berkaitan pelancongan."Perkembangan positif dalam industri pelancongan memberi kesan limpahan yang menggalakkan terhadap eksport PMKS memandangkan lebih separuh daripada PMKS terlibat secara aktif dalam industri berkaitan pelancongan."Insentif pengecualian visa 30 hari kepada pelancong dari China dan India juga tidak dinafikan membantu meningkatkan daya saing sektor ini, memberikan ruang pertumbuhan lebih besar kepada PMKS," jelasnya.Sementara itu ditanya mengenai unjuran pertumbuhan pada tahun ini, beliau mengakui industri berdepan cabaran dalam prestasi perniagaan susulan situasi semasa.Malah tekanan geopolitik termasuk timbal balas tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia akan memberi impak secara langsung dan tidak langsung terhadap prestasi perniagaan PMKS yang terlibat dalam aktiviti eksport."Potensi PMKS dalam rantaian nilai global juga boleh ditambah baik dengan memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telah ditandatangani Malaysia," ujarnya.

Nationwide art competition to choose the best

Nationwide art competition to choose the best

The Top 10 Outstanding Young Artists Awards was organised by One Academy, in close collaboration with The Walt Disney Company to choose the most talented and outstanding secondary art students, with “Elio” featured as Disney Pixar’s theme for this year. With over RM910, 000 worth of scholarships and cash prizes for the winners, The One Academy ensured the participation of schools in 13 locations across eight states, including Sabah and Sarawak, in search of Malaysia’s finest young artists. The national-level drawing competition, open to secondary school students aged 14 to 18 was held at schools in Selangor (Petaling Jaya), Penang (Straits Quay), Malacca, Perak (Ipoh), Kelantan (Kota Bharu), Johor (Muar, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru), Sabah (Sandakan, Kota Kinabalu), and Sarawak (Kuching, Sibu). The grand finale and awards ceremony took place at The One Academy’s main campus in Bandar Sunway, Petaling Jaya. The art competition has long served as a launchpad for many aspiring creative students, helping young talents realise their artistic dreams. The ‘Best of the Best’ Gold Award was won by Wong Ker Yang from Selangor, the prize worth RM90,000, in the form of a scholarship from The One Academy, and RM3,000 in cash prize. The Silver Award was bagged by Sarah Ariesya Khairul Anuar from Selangor, who won a scholarship worth RM70,000 and a cash prize worth RM 2,000. The Bronze Award went to Nicole Pang Yi Ning from Sarawak with a scholarship valued at RM50,000 and a cash prize worth RM 1,000. The 7 young artists award winners were Lai Hiew Thong (Selangor), Chinta Suri Eowyn binti Zulkifli (Johor), Tan Iro (Johor), Shannon Leong Tze Kie (Sabah), Tam Kei Hang (Johor), Ooi Zi Ern (Selangor) and Aqilah binti Zulkarnain (Sabah). They each received scholarships valued at RM30,000 and RM500 cash prize for their effort. In line with its commitment to excellence and its long-standing reputation as an institute of achievers – by achievers, for achievers – The One Academy also presented the Malaysia Top 10 Outstanding Creative Youth Awards. This prestigious recognition honoured 10 outstanding past graduates of The One Academy who have achieved remarkable success and left a significant impact on the creative industry. The One Academy is committed to providing the best art education programmes and continues to nurture its students passionately through its “Masters Train Masters” coaching philosophy, which has been practised for over 35 years, by providing diploma and degree courses in visual communication design, digital animation, digital media design, interior architecture and design, illustration, fine arts, and Paris fashion design & pattern making. For more information visit www.toa.edu.my or call 03-7875 5510 or e-mail your enquiries to info@toa.edu.my.

Tata chief financial officer P.B. Balaji to replace Adrian Mardell as Jaguar Land Rover CEO from Nov 2025

Tata chief financial officer P.B. Balaji to replace Adrian Mardell as Jaguar Land Rover CEO from Nov 2025

Jaguar Land Rover has announced the appointment of P.B. Balaji as its chief executive officer, effective November 2025. This follows the group’s announcement last week that outgoing CEO Adrian Mardell will be leaving JLR after […] The post Tata chief financial officer P.B. Balaji to replace Adrian Mardell as Jaguar Land Rover CEO from Nov 2025 appeared first on Paul Tan's Automotive News .

KDA FC perlu lebih tajam robek gawang

KDA FC perlu lebih tajam robek gawang

JITRA: Jentera serangan Kedah Darul Aman (KDA) FC perlu lebih tajam jika mahu muncul antara pencabar utama Liga A1 Semi Pro musim ini. Biarpun mengutip tiga mata penuh ketika menang 1-0 ke atas Machan FC, kelmarin, pengendali KDA FC, Azzmi Ab Aziz masih belum berpuas hati. Bekas pengendali Negeri Sembilan FC itu berkata, beberapa aspek ... Read more The post KDA FC perlu lebih tajam robek gawang appeared first on Utusan Malaysia .