Mayat lelaki reput ditemukan dalam paya

Mayat lelaki reput ditemukan dalam paya

SABAK BERNAM - Mayat seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun ditemukan di kawasan paya bakau, Sungai Haji Dorani, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki Melayu itu daripada orang awam pada jam 4.45 petang."Hasil siasatan yang dijalankan berjaya mengenal pasti identiti mayat yang juga merupakan penduduk tempatan. Bedah siasat turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat berada dalam keadaan telah mengalami proses pereputan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor Mohd Zulkhairie Mohd Redzuan di talian 019-3634919 bagi membantu siasatan.

Lelaki bunuh bapa ketika solat subuh direman 7 hari

Lelaki bunuh bapa ketika solat subuh direman 7 hari

MACHANG – Seorang buruh yang dipercayai membunuh bapanya dengan kerusi kayu di rumah mereka di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai dekat sini direman tujuh hari. Perintah reman yang bermula hari ini hingga Rabu depan terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias. Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen ... Read more The post Lelaki bunuh bapa ketika solat subuh direman 7 hari appeared first on Kosmo Digital .

Eksport sel PV Malaysia ke India naik 88% pada 2024

Eksport sel PV Malaysia ke India naik 88% pada 2024

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) / Facebook KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sel fotovoltaik (PV) ke India sebanyak 88 peratus atau RM4.65 bilion pada 2024 berbanding RM2.47 bilion pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MITI berkata menerusi kategori teknologi hijau dalam program Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan penglibatan syarikat solar tempatan, pihaknya telah mengenal pasti negara-negara Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi sebagai prospek untuk pasaran eksport baharu. Kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat berkata usaha itu bertujuan untuk mengatasi penurunan eksport sel PV ke pasaran Amerika Syarikat (AS). “MITI ambil maklum bahawa pasaran terbesar untuk sel PV ini ialah AS. Eksport ke AS telah mula terjejas sebelum negara itu memperkenalkan tarif timbal balik iaitu apabila ia menamatkan pengecualian cukai bagi produk solar dari Asia Tenggara pada Jun 2024. “AS telah memberi pengecualian cukai kepada import sel PV dari negara Malaysia, Thailand dan Vietnam bermula 7 Jun, 2022 hingga 6 Jun, 2024 untuk merancakkan industri solar di AS,” katanya. Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) berhubung kedudukan terkini eksport solar panel dan negara pengimport utama produk dari Malaysia itu. Pada masa yang sama, beliau turut bertanyakan mengenai usaha MITI dalam memastikan jumlah eksport dan pendapatan syarikat pengeluar solar tempatan tidak terjejas teruk jika AS mengenakan tarif import produk panel solar. Berdasarkan data Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), jumlah eksport sel PV dalam bentuk modul dan panel pada 2024 bernilai RM11.2 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM5.05 bilion (45 peratus) dieksport ke AS, RM3.69 bilion (33 peratus) ke India, RM1.34 bilion (12 peratus) ke Vietnam dan baki sekitar 10 peratus ke negara-negara lain seperti Pakistan, Ukraine, Turkiye, Filipina, Korea Selatan dan Argentina. Di samping itu, MITI juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama kementerian berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk memperkenalkan dasar-dasar yang menyokong industri solar tempatan. Ia merangkumi dasar lokalisasi dengan meletakkan kuota barangan tempatan untuk projek-projek dalam negara - BERNAMA

Semikonduktor, tenaga hijau, ekonomi Islam tumpuan utama Belanjawan 2026

Semikonduktor, tenaga hijau, ekonomi Islam tumpuan utama Belanjawan 2026

PUTRAJAYA: Tiga sektor strategik iaitu industri semikonduktor, peralihan tenaga dan ekonomi Islam dikenal pasti sebagai pemacu utama dalam Belanjawan Madani Keempat tahun 2026. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ketiga-tiga sektor itu akan terus disokong dalam usaha meningkatkan daya saing negara, sektor berpertumbuhan dan bernilai tinggi. Menurut beliau, Belanjawan 2026 merupakan belanjawan ... Read more The post Semikonduktor, tenaga hijau, ekonomi Islam tumpuan utama Belanjawan 2026 appeared first on Utusan Malaysia .

35 foreign GROs detained in Butterworth immigration raid

35 foreign GROs detained in Butterworth immigration raid

BUTTERWORTH: The Malaysian Immigration Department (JIM) detained 35 foreign guest relations officers (GROs) during a raid on an entertainment outlet early today. The women, aged between 23 and 45, were found hiding in a concealed room at the premises. JIM Enforcement Division director Basri Osman said the group included 19 Vietnamese, 14 Thais, one Chinese, and one Laotian national. Two male Chinese nationals were also detained during the operation. A total of 73 local men, suspected to be customers, were inspected by authorities. Basri revealed that the outlet had 10 rooms, each with hidden spaces behind sofas and speakers. A secret room was also discovered inside the toilet area. All entry points, including the lift, had been disabled to obstruct the raid. Officers were forced to break down the door to gain access to the seventh-floor premises. The outlet had reportedly been operating for over a year under tight surveillance. CCTV cameras and suspected informants may have alerted the operator about the raid. Investigations showed the GROs were paid between RM250 and RM300 per hour. A large sum of cash, believed to be payments, was seized at the location. The case is being investigated under the Immigration Act 1959/1963. All detainees were taken to the Seberang Jaya Immigration Office for further questioning. They will later be transferred to the Jawi Immigration Detention Depot. The operation involved 45 personnel from JIM headquarters and state offices. It began at 12.30 am and concluded at 2.30 am. - Bernama

Ibu maut dalam perjalanan ke hospital, kereta dipandu anak kemalangan

Ibu maut dalam perjalanan ke hospital, kereta dipandu anak kemalangan

MACHANG - Hasrat dua beradik untuk membawa ibunya ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan tidak kesampaian apabila kereta dinaiki mereka terbabas di kilometer 30, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, berhampiran kampung Bukit Pulai Chondong di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu kedua-dua beradik dalam perjalanan untuk membawa mangsa berusia 61 tahun yang dikatakan tidak sedarkan diri akibat terjatuh dalam bilik air.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, sekitar jam 12.14 pagi pihaknya mendapat makluman wanita terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar USM."Hasil siasatan awal mendapati kemalangan terbabit dipercayai melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iriz yang dipandu oleh seorang lelaki bersama abang dan ibunya dari rumah di Taman Gading Galoh, Pulai Chondong."Dua beradik berusia 19 dan 23 tahun ini dipercayai hendak menghantar ibunya yang tidak sedarkan diri selepas terjatuh dalam bilik air ke Hospital Machang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, semasa tiba di kilometer 30, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Bukit, Pulai Machang kereta terbabit dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar konkrit dan pokok yang berada di kiri jalan.Ujarnya, akibat daripada kejadian itu dua beradik tersebut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Machang.Ahmad Shafiki memberitahu, manakala ibu mereka tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Pakar USM."Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi talian 011-19454020 atau 09-9751222," katanya.

Bapa didakwa bunuh, tanam mayat anaknya, Tishant

Bapa didakwa bunuh, tanam mayat anaknya, Tishant

JELEBU – Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh anak lelakinya yang ditanam di Rompin, Jempol, bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, M. Arunkumar, 36, yang kelihatan sugul di kamar mahkamah kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu telah melakukan ... Read more The post Bapa didakwa bunuh, tanam mayat anaknya, Tishant appeared first on Kosmo Digital .

Wanita maut dipercayai bakar diri

Wanita maut dipercayai bakar diri

IPOH: Seorang wanita melecur 80 peratus selepas dipercayai membakar diri berhampiran sebuah pusat beli belah di Klebang di sini semalam. Wanita berusia lingkungan 40-an itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah yang dialaminya. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima ... Read more The post Wanita maut dipercayai bakar diri appeared first on Utusan Malaysia .

Melaka FC siap sedia harungi saingan Liga Super - K. Devan

Melaka FC siap sedia harungi saingan Liga Super - K. Devan

MELAKA FC kini bersedia sepenuhnya mengharungi saingan Liga Super 2025/2026 meskipun tampil selaku pendatang baharu, sekali gus membawa status pasukan ‘underdog’. Ketua jurulatihnya K. Devan berkata gabungan pemain sedia ada, muka baharu tempatan dan tujuh pemain import diyakini mampu membentuk skuad kompetitif dalam kancah liga utama negara ini. “Kami mengekalkan antara 50 hingga 55 peratus pemain dari skuad Liga A1 sebelum ini, selain membawa masuk sembilan pemain tempatan baharu serta tujuh import. “Dengan hampir keseluruhan skuad berwajah baharu, tumpuan kini diberikan kepada pemahaman taktikal dan pembentukan keserasian dalam kalangan pemain,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Melaka FC di Ayer Keroh, hari ini. Menurut Devan, persiapan pasukan bermula sejak Jun lalu dengan mengharungi lapan perlawanan persahabatan pramusim walaupun tanpa kehadiran pemain import ketika itu. Mengulas sasaran pasukan, pengendali berusia 64 tahun itu berkata Melaka FC menyasarkan kedudukan pertengahan liga sebagai langkah realistik menghadapi kelab gergasi seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur City dan Sabah. “Sebagai pasukan yang baru dinaikkan dari Liga A1, kami perlu bersikap realistik. Sasaran pertengahan liga adalah pencapaian yang baik dalam musim sulung kami di Liga Super,” katanya. Mengulas aksi sulung menentang Penang FC di Stadium Hang Jebat pada 13 Ogos ini, Devan optimis pasukannya berpeluang mengutip tiga mata di laman sendiri. “Kami mahu bermula dengan positif di laman sendiri dan memberikan keyakinan awal kepada pasukan serta penyokong. Walaupun Penang berpengalaman, kami sudah bersedia untuk memberikan tentangan,” katanya. Antara pemain import yang menyertai Melaka FC musim ini termasuk pemain yang dikekalkan, Michael Ozor, serta enam muka baharu — Juan Douglas, Patrick Gama, Anderson Brito, Vitor Carvalho, Charles Ralph dan Florencio Badelic Jr - BERNAMA