Sambutan Hari Kebangsaan Selangor 2025 tarikh dan maklumat terkini

SHAH ALAM : Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri Selangor akan diadakan pada 30 Ogos ini dengan acara perarakan mengikut tradisi sebelumnya. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menekankan penambahan sesi amanat khas pada 29 Ogos bagi membincangkan hala tuju negeri menjelang 2026. Amirudin berkata, “Amanat ini akan merangkumi pelan kerajaan seperti Rancangan Selangor Pertama dan Selangor Smart State untuk memastikan kelangsungan pembangunan.” Beliau berucap selepas pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak hari ini. Acara tersebut turut menyaksikan penyerahan bendera kepada sembilan pejabat daerah dan 12 pihak berkuasa tempatan. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta ahli MMKN. Majlis pelancaran turut merangkumi Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri (RSTU) serta Perhimpunan Penjawat Awam secara hibrid, dihadiri lebih 1,000 peserta. – Bernama

Ab Rahaman dilantik Ketua Polis Johor baharu

JOHOR BAHRU – Komisioner Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu menggantikan Datuk M Kumar yang kini mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Ab Rahaman, 58, sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, memulakan tugas rasminya selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Isnin.Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.Kumar, 56, yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Johor sejak 24 Januari 2024 bakal menjawat jawatan baharu sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman.Ab Rahaman yang berasal dari Kulai, Johor, memulakan kerjaya dalam pasukan polis pada tahun 1989 dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di IPK Negeri Sembilan dan Kedah.Sementara itu, Kumar yang memulakan khidmat dalam PDRM pada 1 Disember 1991 sebagai Inspektor, pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua JSJ Johor, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Daerah Mersing.Pada majlis yang sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Johor antara Datin SP Shanthi dan Salwah Mahdan, yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Selmiah Tuan Ibrahim.

Dadah RM19.26 juta dirampas, lima individu diberkas

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah sewa dan apartment di ibu kota sebagai stor penyimpanan terbongkar selepas diserbu polis pada 29 Julai lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya menahan dua lelaki tempatan, seorang lelaki dan dua wanita warga Vietnam berusia 26 hingga 30 tahun secara berasingan serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM19.26 juta."Siasatan lanjut mendapati dua lelaki warga tempatan berperanan sebagai kordinator dan 'transporter'."Lelaki dan dua wanita warga Vietnam ini pula masuk ke Malaysia pada 8 Julai lalu dengan menggunakan visa pelancong. Dua wanita ini bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO ) di sebuah pusat hiburan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Isnin.Hussein berkata, serbuan pertama, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah apartmen di Taman Kuchai Entrepreneur pada jam 12 tengah hari."Kita menahan seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki dan dua wanita warga Vietnam dalam serbuan itu."Hasil pemeriksaan lanjut di ruang tamu kediaman itu, kita menjumpai lapan kotak berisi 91 bungkusan disyaki bunga ganja anggaran berat 42.3 kilogram dianggarkan bernilai RM1.48 juta," katanya.Beliau berkata, serbuan kedua pula, seorang lelaki warga tempatan ditahan di sebuah rumah teres di Taman Sri Hartamas pada jam 2.10 petang."Kita merampas 225 bungkusan plastik mengandungi dadah syabu seberat 234 kilogram dan 200 bungkusan plastik dadah ketamin anggaran berat 205.7 kilogram."Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan menerima gaji RM7,000 daripada sindiket pengedaran dadah. Dia menerima arahan daripada seseorang untuk menghantar dadah sekiranya terdapat permintaan," katanya.Hussein berkata, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati hanya seorang positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin."Hasil semakan terhadap rekod lampau mendapati hanya seorang suspek warga tempatan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan senjata," katanya.Beliau berkata, polis turut menyita pelbagai jenis aset termasuk tiga buah kenderaan, tiga utas jam tangan, pelbagai barang kemas dan wang tunai RM800."Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

[VIDEO] Ab Rahaman dilantik Ketua Polis Johor baharu

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Komisioner Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu menggantikan Datuk M Kumar yang kini mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Ab Rahaman, 58, sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Penjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, memulakan tugas rasminya selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Isnin.Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.Kumar, 56, yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Johor sejak 24 Januari 2024 bakal menjawat jawatan baharu sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman.Ab Rahaman yang berasal dari Kulai, Johor, memulakan kerjaya dalam pasukan polis pada tahun 1989 dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di IPK Negeri Sembilan dan Kedah.Sementara itu, Kumar yang memulakan khidmat dalam PDRM pada 1 Disember 1991 sebagai Inspektor, pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua JSJ Johor, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Daerah Mersing.Pada majlis yang sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Johor antara Datin SP Shanthi dan Salwah Mahdan, yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Selmiah Tuan Ibrahim.Sementara itu, Ab Rahaman mengakui bersedia menggalas tanggungjawab menerajui kontinjen negeri ini dan berdepan pelbagai cabaran, termasuk keselamatan, jenayah rentas sempadan, isu ekonomi dan sosial yang memberi impak langsung terhadap tugas-tugas kepolisan."Kita bersempadan dengan Singapura dan berjiran pula dengan Indonesia. Jadi, selain keselamatan, kita juga berdepan cabaran dalam aspek ekonomi dan sosial yang turut melibatkan peranan polis secara langsung."Saya tak nafikan, Johor ini satu cabaran besar untuk saya. Tapi sebagai pegawai polis, kita sentiasa bersedia bila diarahkan. Ini amanah yang saya terima dan saya akan laksanakannya sebaiknya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, pada Isnin.Ab Rahaman yang berasal dari Kulai memberitahu, beliau tidak pernah berkhidmat di Johor sepanjang perkhidmatannya sebelum ini, sebaliknya banyak bertugas di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.Kini, ujarnya, dengan pengalaman luas di peringkat pusat, beliau bertekad membawa pendekatan kepimpinan tersendiri dalam mendepani cabaran negeri berkenaan."Antara fokus utama ialah memperkukuh perkhidmatan kepolisan yang profesional dan berintegriti."Tiga misi utama saya ialah memastikan perkhidmatan kepolisan berkualiti, memperkukuh tadbir urus yang baik serta menjaga kebajikan warga PDRM di Johor," katanya.Menurut beliau, cabaran narkotik dan jenayah sempadan akan terus diberi perhatian, selain memperkenalkan prinsip kepimpinan dikenali sebagai ‘GREAT’.Katanya, prinsip ‘GREAT’ yang merangkumi Good Governance, Responsible, Empathy, Accountability dan Tendency of Purpose akan diterapkan dalam setiap aspek pengurusan PDRM di negeri ini."Ini nilai asas yang saya pegang untuk memastikan kontinjen Johor benar-benar berfungsi sebagai pasukan yang diyakini rakyat," ujarnya.

[VIDEO] Ab Rahaman dilantik Ketua Polis Johor

Ab Rahaman dilantik Ketua Polis Johor

Lima anggota tentera alami kelesuan haba ketika latihan

IPOH: Seramai lima anggota tentera yang terlibat dalam latihan medan di kawasan hutan berhampiran Sungai Siput baru-baru ini mengalami simptom kelesuan haba berikutan cuaca panas berterusan yang melanda negeri Perak sejak Mei lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A.Sivanesan berkata, kesemua mereka merupakan anggota tentera yang terlibat ... Read more The post Lima anggota tentera alami kelesuan haba ketika latihan appeared first on Utusan Malaysia .

Syabu, ketamin RM18 juta dirampas, seorang lelaki ditahan

KUALA LUMPUR: Polis merampas dadah jenis syabu dan ketamin bernilai RM18 juta selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah teres di Taman Sri Hartamas di sini pada 29 Julai lalu. Penahanan lelaki berusia 30 tahun itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di kediaman tersebut pada pukul 2.10 petang. Hasil penahanan itu, sebanyak ... Read more The post Syabu, ketamin RM18 juta dirampas, seorang lelaki ditahan appeared first on Utusan Malaysia .

Lelaki maut akibat serangan jantung selepas mengamuk di Kepala Batas

KEPALA BATAS : Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat serangan jantung selepas bergelut dengan polis ketika ditangkap kerana bertindak agresif di Taman Bukit Jambul, dekat sini Sabtu lepas. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). “Pada 6.20 petang Sabtu, pihak polis telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan seorang lelaki mengamuk sambil memegang sebatang besi di blok D Taman Bukit Jambul. “Anggota polis yang tiba di lokasi itu diserang oleh suspek yang bertindak agresif dengan menumbuk beberapa kali pada bahagian muka serta belakang kepala, selain cuba merampas senjata api anggota polis terbabit,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bagi Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini. Beliau berkata melihat keadaan itu, orang awam yang berada di lokasi bertindak membantu pihak polis menahan lelaki itu sebelum membawanya ke Balai Polis Sungai Nibong. Mohd Alwi berkata ketika di balai polis itu, lelaki berkenaan tiba-tiba pengsan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang sebelum disahkan meninggal dunia. “Polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu suspek bertindak memecahkan cermin kereta penduduk di situ dengan menggunakan besi dan menceroboh masuk rumah penduduk. “Kedua-dua kejadian dilakukan suspek sebelum insiden dia mengamuk dan penduduk yang bimbang keselamatan mereka bertindak menghubungi pihak polis,“ katanya. Beliau berkata identiti lelaki itu sedang dikenal pasti memandangkan dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri, malah penduduk di situ juga mendakwa tidak mengenalinya. – Bernama

Beruang matahari sesat ditangkap Perhilitan

SETIU – Penduduk Kampung Hulu Seladang, di sini lega apabila beruang matahari yang berkeliaran di perkampungan tersebut sejak lebih tiga minggu lalu berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam. Haiwan liar seberat 80 kilogram itu dikesan tersesat memasuki perkampungan terbabit pada 12 Julai lalu. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, ... Read more The post Beruang matahari sesat ditangkap Perhilitan appeared first on Kosmo Digital .

RUU Koperasi baharu dibentang Disember 2025, gantikan Akta 1993

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi baharu kini berada di peringkat akhir penggubalan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Disember ini. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata RUU tersebut akan menggantikan Akta Koperasi 1993 bagi memenuhi keperluan semasa dan menyokong aspirasi pembangunan koperasi negara. Ewon menjelaskan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjalankan 23 sesi libat urus dengan pelbagai pihak. Antara yang terlibat termasuk agensi kerajaan, koperasi premier, federasi, ANGKASA, universiti tempatan, serta wakil pentadbiran negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Johor, Pahang, dan Sarawak. “KUSKOP menyasarkan pewartaan Akta Koperasi baharu pada Jun 2026 dan dikuatkuasakan November atau Disember tahun yang sama,“ katanya semasa berucap di Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2025. Beliau turut menekankan kepentingan sektor koperasi dalam perancangan kewangan negara, termasuk Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan Oktober ini. “Adalah penting gerakan koperasi menyuarakan input dan cadangan bajet daripada perspektif koperasi,“ ujarnya. Mengenai Hari Koperasi Negara 2025 (HKN’25), Ewon berkata program tersebut berjaya menarik lebih 58,000 pengunjung di Melaka, melebihi sasaran 50,000 orang. Jumlah jualan koperasi dan usahawan hampir RM1.1 juta, dengan potensi jualan dianggarkan RM22 juta. MPKK kali ini turut membentangkan satu kertas perbincangan dan dua kertas makluman. Ewon menggesa semua anggota aktif menyampaikan pandangan serta mengemukakan isu-isu koperasi yang memerlukan tindakan. – Bernama

Datuk Bandar Athens bertikam lidah dengan duta Israel ke Greece isu grafiti antisemitik

ATHENS: Datuk Bandar Athens, Haris Doukas bertikam lidah dengan Duta Israel ke Greece, Noam Katz pada Ahad selepas diplomat itu menuduh pihak berkuasa bandar tidak mengambil tindakan mencukupi untuk membersihkan grafiti antisemitik yang berleluasa. Dalam kenyataan kepada akhbar Kathimerini pada Ahad, Katz mendakwa bahawa pelancong Israel berasa ‘tidak selesa’ berada di Athens kerana Datuk Bandar ... Read more The post Datuk Bandar Athens bertikam lidah dengan duta Israel ke Greece isu grafiti antisemitik appeared first on Utusan Malaysia .