Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang

Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang

TANJUNG MALIM – Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang di sini berjaya dibawa turun bomba pada pukul 3.15 petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat. Katanya, proses ... Read more The post Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang appeared first on Kosmo Digital .

PM Anwar gesa jangan lindungi atau tutup kes buli di sekolah

PM Anwar gesa jangan lindungi atau tutup kes buli di sekolah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah dan ibu bapa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menangani kes buli di institusi pendidikan serta tidak melindungi pelaku atas alasan ingin menjaga imej sekolah. Beliau berkata sikap sesetengah pentadbir sekolah yang cuba menutup kes buli kerana menganggapnya kecil atau tidak serius hanya akan menyebabkan masalah itu menjadi lebih besar pada masa hadapan. Anwar menegaskan bahawa kes buli walaupun kecil tetap merupakan satu jenayah yang tidak boleh dianggap sebagai kesalahan ringan. Beliau turut mengingatkan guru-guru yang mungkin masih berpegang kepada pendekatan pendidikan lama supaya tidak memukul atau menghentak kepala pelajar sehingga menyebabkan luka. Namun bagi guru untuk menegur, memberi nasihat atau mengambil tindakan ringan sedikit, itu boleh diterima menurut Perdana Menteri. Anwar juga berkata golongan hak asasi atau liberal berpandangan keterlaluan apabila tidak membenarkan sebarang tindakan diambil oleh para guru. Beliau menekankan bahawa apabila timbul masalah disiplin, kelonggaran itu diperlukan tetapi mestilah dengan syarat-syarat yang ketat. Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Ketibaan beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping warna biru muda serta bersongkok disambut mesra oleh pengurusan masjid, para jemaah serta pelajar sekolah. Solat Jumaat itu dipimpin oleh imam Ustaz Ahmad Jalaluddin Al-Islami Mohshin dan Anwar turut mendengar khutbah bertajuk “Masjid Nadi Penyatuan Ummah”. – Bernama

ASEAN ke-47: Tidak tutup jalan 24 jam, hanya tutup berperingkat

ASEAN ke-47: Tidak tutup jalan 24 jam, hanya tutup berperingkat

PUTRAJAYA – Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan tiada penutupan penuh jalan atau ‘total lockdown’ ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan, sebaliknya kebanyakan jalan-jalan di ibu negara akan dibuka semula sejurus acara selesai. Menurut beliau yang juga Menteri Komunikasi, kawasan tertentu seperti sekitar Kompleks Bunga Raya, Sepang dan Pangkalan Udara Subang akan ditutup ... Read more The post ASEAN ke-47: Tidak tutup jalan 24 jam, hanya tutup berperingkat appeared first on Kosmo Digital .

Usahawan Perlis perlu cakna perkembangan ekonomi global - Raja Muda

Usahawan Perlis perlu cakna perkembangan ekonomi global - Raja Muda

KANGAR: Usahawan Perlis perlu cakna terhadap perkembangan ekonomi global dan memahami kehendak pasaran secara mendalam serta bersedia meneroka peluang baharu seiring perubahan dinamik dunia masa ini untuk terus maju dan berdaya saing. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru usahawan supaya terus melangkah ke hadapan dengan memanfaatkan segala perkhidmatan, peluang serta sokongan disediakan agensi dan jabatan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan lain-lain. Baginda bertitah peluang perkhidmatan dan sokongan daripada agensi dan jabatan kepada usahawan di Perlis perlu diperluaskan lagi untuk merancakkan ekonomi rakyat melalui pelbagai inisiatif yang telah disusun. Tuanku Syed Faizuddin Putra menegaskan setiap usahawan ialah duta kecil kepada Perlis yang perlu membawa nama baik negeri itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan maruah diri ketika memperkenalkan produk atau menyertai program mahupun di ruang media sosial. Baginda menyeru usahawan merebut segala peluang yang ada, menuntut ilmu, meluaskan pasaran produk negeri Perlis serta tidak mengabaikan hubungan dengan Allah SWT sebagai sumber keberkatan dan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mencari rezeki. Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Shahrizan Sudiman berkata karnival yang berlangsung empat hari itu menyasarkan nilai jualan RM437,000 dengan penyertaan 60 usahawan pelbagai komoditi. Beliau berkata penganjuran karnival itu bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi tawaran barangan keperluan harian dengan harga antara 10 hingga 30 % lebih rendah berbanding harga pasaran serta memperkenalkan produk tempatan kepada pengunjung luar. Shahrizan menyatakan antara barangan yang ditawarkan ialah daging tempatan, ayam segar, telur ayam, sayur-sayuran dan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) selain 1,800 set Kombo MADANI bernilai RM10 yang menjadi tarikan utama pengunjung. – Bernama

Influenza: Pelajar digalak pakai pelitup muka, cegah jangkitan selepas cuti

Influenza: Pelajar digalak pakai pelitup muka, cegah jangkitan selepas cuti

GEORGE TOWN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menggalakan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berada di ruang terbuka sepanjang cuti perayaan Deepavali, bermula Isnin ini. Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, pihaknya komited dalam menangani situasi influenza di seluruh sekolah negeri ini dengan mengadakan sesi libat ... Read more The post Influenza: Pelajar digalak pakai pelitup muka, cegah jangkitan selepas cuti appeared first on Kosmo Digital .